Site logo

Faiz Qayyuum:Bekas Remaja Bermasalah Menjadi Aktivis Yang Membantu Golongan Terpinggir

Faiz Qayyuum Abdul Majid tahu satu atau dua perkara tentang memberi peluang kedua kepada mereka yang memerlukannya. Masa lalunya yang penuh warna membabitkannya berkawan dengan golongan yang kurang baik semasa zaman remajanya, membawa kepada penglibatannya ke gangsterisme dan dadah.  Dan akibatnya, lelaki berusia 32 tahun yang berasal dari Semenyih pernah menghabiskan masanya dalam penjara selepas ditahan kerana gangsterisme.

Semasa saya berumur 21 tahun, saya ditangkap kerana saya terlibat dalam gangsterisme. Ia merupakan satu tamparan besar bagi saya dan setelah saya dibebaskan, saya berazam untuk mengubah diri saya untuk menjadi lebih baik. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)[1]

Apabila dunia seolah-olah sudah berputus asa dengannya dengan masa depannya yang tidak menentu, terutamanya dengan keputusan SPM yang kurang memuaskan, arwah ibunya tidak. Ibunya secara berterusan percaya bahawa Faiz mampu melakar lembaran baru. 

Sumber: Koleksi Peribadi Faiz

Beliaulah yang menarik saya keluar dari kemerosotan saya. Arwah ibu saya merupakan salah seorang penyokong saya. Beliau sentiasa percaya bahawa saya boleh melakukannya apabila keadaan menjadi semakin sukar. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Bagi Faiz, peluang kedua yang diberikan oleh arwah ibunya menguatkan keyakinannya bahawa setiap orang berhak mendapat peluang kedua, walaupun mereka melakukan kesilapan.

Kita harus faham bahawa semua orang melakukan kesilapan, kalau bukan kita yang menolong mereka, siapa lagi? – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Pembaharuan Tujuan

Penglibatan aktif Faiz dalam bidang sukarelawan hingga kini bermula dengan menyertai kakaknya menabur bakti  di Chow Kit. Pada suatu hari, dia menerima sebuah mesej di media sosial bahawa sebuah NGO sedang mencari para sukarelawan untuk membawa “kanak-kanak berisiko tinggi” yang tinggal di Chow Kit ke sebuah pementasan teater di KLPac. 

Saya menghubungi penyelaras di NGO tersebut dan mendaftar sebagai seorang sukarelawan untuk menyertai program tersebut, walaupun pada masa itu saya tidak beberapa pasti apakah khidmat sukarelawan. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)[2]

Sumber: Harian Metro

Interaksi itu mencetuskan minatnya yang berterusan untuk melakukan kebaikan. Langkah pertama Faiz termasuk mengumpulkan maklumat lebih tentang menjadi seorang sukarelawan. Beliau menghadiri kursus kesukarelawan dengan sebuah yayasan tempatan. Penglibatan aktifnya sejak 2012 membawa kepada penyertaannya ke misi-misi kemanusiaan, termasuklah “Misi Mafraq, Jordan”, #RevisitBangladesh 2018, #Ohana ke Acheh 2018, dan  #Misi Dapur Sulawesi 2018, membantu komuniti  terpinggir termasuk para pelarian di luar negara.


Walaupun telah mengembara di Malaysia dan di luar negara, Chow Kit kekal sebagai satu tempat istimewa bagi Faiz.

Setiap beberapa bulan, saya akan berjalan di Chow Kit untuk memerhati perubahan di sekeliling. Berbual dengan komuniti di sana. Jalanan Chow Kit adalah suatu tempat saya belajar paling banyak.– Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Chow Kit, Tempat Kelahiran Semula Bagi Faiz 

Di Chow Kit, di mana Faiz telah menganjurkan pelbagai program dengan golongan gelandangan di bawah pelbagai NGO dan kumpulan sukarelawan, Faiz melihat komuniti-komuniti yang sering dipandang serong oleh masyarakat dengan lensa yang baru, dan beliau berbual secara santai dengan golongan kanak-kanak gelandangan, pelacur, transgender, pengguna dadah dan bapak ayam.

Sikapnya yang mudah didekati dan empati yang kuat kepada semua orang memudahkan masyarakat setempat untuk mempercayai Faiz dan berberkongsi cerita mereka. 

Pernah, seorang budak lelaki berusia 7 tahun memberitahu saya tentang dadah. Budak itu mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai dadah, cara untuk menggunakannya, dan sebagainya. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Faiz, yang pernah menjadi seorang belia bermasalah, merasa kecewa bahawa ibu negara Malaysia, kanak-kanak terperangkap dalam kitaran gejala sosial. Faiz melalui episod gelapnya selepas perceraian ibu bapanya, bertekad  untuk memberi peluang sebanyak mungkin kepada belia. Sejak 2014, Faiz telah berada di lapangan untuk memahami komuniti tersebut serta memberikan pertolongan yang sepatutnya kepada golongan gelandangan dan kanak-kanak ‘berisiko tinggi’.

Kita perlu memahami bahawa kita semua membuat kesilapan dan pernah memilih jalan yang yang salah. Tetapi, seperti setiap manusia yang lain, golongan terpinggir juga mempunyai keperluan juga. Ia terpulang kepada kita untuk membantu mereka sebelum ianya terlambat, dan bukan untuk menghukum mereka lebih lanjut. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Menangani Kritikan

Dengan lebih dari sedekad berkhidmat kepada masyarakat terpinggir, Faiz telah menerima pelbagai tanggapan negatif dari golongan awam. 

Pada tahun 2017, ketika beliau sedang mencari tajaan untuk Misi Mafraq Jordan, ada beberapa yang mempersoalkan kebolehannya. Misi itu adalah pertama kalinya beliau menjelajah ke luar negara, tetapi ada yang menganggap bahawa kekurangan pencapaian akademiknya akan membawa kepada kejatuhannya.

Saya mendekati beberapa orang, beberapa NGO untuk menyumbang kepada projek ini. Tetapi, kebanyakannya telah mengata ayat-ayat seperti: “Projek ini akan gagal” , “Kamu bukan seorang pemegang ijazah” , dan “kamu tidak akan bertahan.” – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Akhirnya, Faiz menghampiri Yayasan Salam Malaysia dan mereka menyokong misi kemanusiaannya ke Jordan. 

Ada yang berpendapat bahawa beliau sepatutnya berhenti memberi makanan kepada golongan gelandangan, kerana ramai di kalangan awam masih mempunyai prasangka buruk terhadap golongan tersebut.

Ramai yang mengutarakan pendapat mereka apabila ianya tentang memberi makanan kepada yang bergelandangan. Tetapi jawapan saya kepada mereka ialah: Sebungkus nasi juga ialah seribu harapan bagi mereka untuk bertahan.– Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Bagi Faiz, menjadi gelandangan tidak semestinya tidak mempunyai harapan, terdapat suatu rasa tekad yang dia telah saksikan daripada komuniti itu untuk meneruskan kehidupan mereka. 

Keindahan Khidmat Sukarelawan

Walaupun terdapat sikap negatif yang Faiz terima kerana membantu kedua-dua kalangan LGBTQ dan gelandangan, terdapat suatu kemanisan dalam menjadi seorang sukarelawan. 

Menjadi seorang sukarelawan tidak menghadkan jenis pertolongan yang anda boleh memberikan, asalkan pertolongan anda dapat membawa senyuman kepada muka orang lain. Tugas anda selesai. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Sebuah senyuman yang terlukis di wajah golongan yang telah Faiz bantu adalah sebuah ganjaran Faiz perlukan untuk meneruskan pekerjaannya dan menceburi projek-projek berbeza, memakai topi berbeza.

Sumber: Harian Metro

Pada Ogos 2022, Faiz terlibat dalam sebuah projek dengan Fitrah Qaseh, sebuah rumah untuk kanak-kanak di Johor. Projek itu menyaksikan Faiz menulis dan mengarahkan sebuah persembahan teater dengan kanak-kanak tersebut menjalankan persembahan itu, dari berlakon hingga ke pakaian dan mekap, untuk makan malam amal.

Kanak-kanak dibenarkan untuk meneroka cara mencipta pakaian, jenis solek dan siapa yang dipilih untuk menjadi pelakon. Ada beberapa rakan saya juga turut membantu mengembangkan bakat kanak-kanak itu dengan lebih lanjut. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Seperti kebanyakan peranan yang beliau mainkan sebagai seorang sukarelawan, Faiz telah membangunkan  projek-projek berbeza untuk pelbagai tujuan semenjak 2019. Selepas pemergian arwah ibunya disebabkan kanser, Faiz memulakan Hadiah Untuk Mak, sebuah projek yang berfokus membantu pesakit kanser.

Pada 2020, semasa dunia terhenti sementara, Faiz meneruskan menghantarkan makanan dan barang keperluan kepada sesiapa yang memerlukan bantuannya. Tetapi pada tahun yang sama, Faiz didiagnosis dengan kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety).

Menepiskan pedih di hatinya, Faiz pulang ke projek-projek yang beliau minati setelah sekatan dilonggarkan. Kembara Buat Baik melihat Faiz berkunjung ke tempat-tempat berbeza di Semenanjung Malaysia. 

Salah satu kawan saya bagi tahu, inilah masanya untuk sya melancong semula dan melakukan projek-projek yang saya minati.  Itulah sebab saya memulakan Kembara Buat Baik. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Tetapi, melibatkan diri dengan golongan terpinggir dan memberikan mereka peluang kedua adalah sesuatu yang dekat di hatinya. 

Daripada Seorang Sukarelawan kepada Sukarelawan Yang Lain 

Faiz, yang baru-baru ini dilantik sebagai Presiden Volunteering Trip Malaysia(VTM)  telah menerima Anugerah Kepimpinan oleh Yayasan Salam Malaysia 2016, “Anugerah Emas 2017” , dan Anugerah Wira GEMA berkongsi bahawa menjadi seorang pekerja sosial sepenuh masa memerlukan hati dan niat yang ditetapkan untuk menyediakan keperluan komuniti tersebut.

Selama bertahun-tahun, Faiz telah menyaksikan ramai yang bersemangat untuk membantu, terkeluar dari landasan apabila mereka melupakan tujuan asal mereka.

Sumber: Gempak

Saya telah bertemu beberapa orang yang bersemangat untuk menjadi sukarelawan dan menolong orang lain. Tetapi pada suatu hari, rasa bangga telah menguasai mereka, dan mereka terlupa mengapa mereka melakukannya. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Ada beberapa yang berhenti apabila menyedari bahawa duit tidak datang secara senang apabila melakukan kebaikan. 

Kepada mereka yang masih menjadi seorang sukarelawan, tumpuan mereka beralih kepada mendapatkan pendapatan bukannya cara untuk menolong orang. Saya memahami bahawa kita memerlukan duit untuk meneruskan hidup, tetapi tumpuan pekerjaan sosial sepatutnya adalah untuk membantu orang ramai. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM)

Walaupun, Faiz sedar bahawa kunci untuk menjadi seorang sukarelawan adalah untuk duduk dan dengar. Banyak yang boleh dipelajari daripada mendengar cerita kanak-kanak gelandangan merayau di Chow Kit, golongan pelacur dan pengguna dadah. Salah satu kisah yang memberi inspirasi kepada Faiz untuk meneruskan pekerjaannya ialah cerita seorang bekas pensyarah yang menjadi seorang pengguna dadah. 

Terdapat seorang kakak ini, ramai panggil  beliau gila.  Beliau merupakan bekas pensyarah yang mulai mengambil dadah disebabkan suaminya yang “abusive”. Walaupun ramai orang memanggilnya nama-nama yang kesat, beliau telah mengajar kanak-kanak di Chow Kit. Ceritanya menunjukkan kepada saya bahawa terdapat kebaikan dalam diri kita masing-masing. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM) 

Kisah bekas pensyarah itu merupakan satu bukti bahawa tiada siapa yang sebenarnya jahat dalam dunia ini. Ia adalah penting untuk memahami bahawa sesiapa yang dilihat sebagai orang yang bermasalah dalam masyarakat mempunyai cerita masing-masing yang masih belum didengari.

Memberi Peluang kepada Anak Muda

Faiz telah dilanjutkan lagi untuk membina sebuah jalan yang baru untuk dirinya sebelum ia terlambat, berkat sokongan berterusan ibunya. Kini, beliau mempercayai bahawa langkah pertama untuk mengubah belia yang bermasalah adalah untuk memberi mereka peluang dan memberi mereka contoh teladan yang baik.

Kalau ibu saya telah memberikan saya peluang kedua untuk mengubah diri saya, saya percaya bahawa semua orang mesti diberikan peluang yang sama. Itulah sebab saya melakukan ini, saya selalu memberi orang lain peluang kedua. Tidak kiralah beberapa banyak, saya akan terus memberi anda peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM) 

Sumber: SUARA TV

Secara perlahan, Faiz mengemudi golongan terpinggir di Chow Kit dan seluruh negara untuk menjadi lebih baik dan menggilapkan potensi mereka melalui ceramah motivasi. 

Masih terdapat pihak yang ragu dan mengetepikan yang usaha dalam menolong golongan transgender, pelacur dan yang gelandangan. Namun Faiz memilih untuk mengabaikan pertimbangan mereka dan berjanji untuk membantu mereka selagi dia berupaya. 

Saya pilih untuk membantu mereka. Selagi saya hidup, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka. – Faiz Qayyuum, President of Volunteering Trip Malaysia(VTM) 

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources:

  1. V.Devi. (2022). Ex-gangster guides troubled teens off dark path. The Star. Link 
  2. A.F.Mohd Nasir. (2021). Faiz Qayyum: Anak Muda Liar Menjadi Aktivis Masyarakat. SUARA TV. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?