Site logo

Mukmin Nantang Aktivis Warga Sabah Bersuara Bagi Mereka Tanpa Kerakyatan

Beliau telah disoal siasat di bawah Akta Hasutan1948 pada akhir Jun 2024 kerana komen dalam talian mengenai pengusiran komuniti Bajau Laut daripada penempatan mereka di Semporna. Namun, ini bukanlah merupakan kali pertama beliau terbabit dengan undang-undang drakonian yang disasarkan kepada kebebasan bersuara, hak untuk perhimpunan aman dan aktivis di Malaysia.

Siapa sebenarnya Mukmin Nantang, sosok ini kelihatan tidak gentar yang tidak pernah berundur  daripada mempertahankan perjuangannya.

Pembikinan Seorang Aktivis

Sebagai seorang budak lelaki, perbincangan mengenai politik tiada di dalam keluarga Mukmin Nantang. Dibesarkan oleh seorang bapa yang melakukan pelbagai pekerjaan (pemandu teksi,pemandu lori,tukang) dan seorang ibu yang bekerja menjahit dan melakukan kerja katering secara kecil-kecilan, Mukmin, anak keenam daripada sepuluh orang adik-beradik, menghabiskan banyak masa kanak-kanaknya di hadapan televisyen, dengan siaran awam (TV1,TV2, dan TV3) sebagai penemannya.

Kehadiran internet mendedahkan beliau kepada protes BERSIH, mencetuskan kesedaran beliau kepada dunia yang lebih luas daripada persekitaran terdekatnya.

Protes BERSIH 2008 terutamanya bermakna buat Mukmin; menyaksikan kesudahanya semasa masih lagi bersekolah, beliau secara naif menyenaraikan dirinya sebagai pengasas BERSIH Sabah di profil Facebook beliau.

Walaupun terdapat sentimen negatif pergerakan tersebut, beliau tertarik dengan slogan yang tertera disepanduk. Kesedaran baru ini telah membawa beliau untuk mengenali isu-isu tempatan, seperti kemiskinan dikalangan rakan-rakan, jalan yang daif, dan ketiadaan air bersih, yang menyemarakkan rasa ketidakadilan.

Membesar di Tawau, Mukmin seterusnya dipengaruhi oleh ceramah-ceramah keagamaan, digabungkan dengan mesej politik. Beliau juga menerapkan budaya tempatan dalam konflik di kampung, yang menanamkan rentak pemberontakan yang kuat dan keinginan untuk menentang ketidakadilan yang dirasakan.

Kumpulan kampung kami dinamakan Budak Pondok Pisang. Kami akan menentang kumpulan-kumpulan seperti Budak Amuk, Budak Ice Box, and Budak Pasar. Kami membuat senjata, yang kami namakan pitik (flying feather) atau tied arrows. Ia mengajar saya semangat pemberontakan terhadap ketidakadilan, seperti mempertahankan rakan yang diancam di kampung lain. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Mukmin membaca dengan bersemangat, dan beliau telah mendalami isu-isu melibatkan negara, perasaan ketidakadilan beliau menjadi lebih ketara. Bagaimanapun, beliau memerlukan saluran untuk menyampaikan rasa tidak puas hati yang semakin membara.

Memberontak Dengan Sebab

Mukmin bukanlah seorang pelajar contoh dan pernah sekali dibuang sekolah. Bagaimanapun, apabila beliau lebih memahami politik, beliau mula menyalurkan rasa ketidakadilan dan ketidakpuasan hati menerusi pembabitan di dalam pelbagai organisasi.

Saya mulakan sebuah organisasi kelab sukan. Ada seorang guru yang menyokong saya. Saya menjadi Presiden kelab sukan tersebut, seterusnya menjadi mentor rakan sebaya, dan saya berasa ia sesuai bagi saya. Ada sesuatu yang dapat saya sampaikan. – Mukmin Nantang,pengasas Borneo Komrad[1]

Semasa di tingkatan 6, Mukmin bertemu Rahman Muda, yang juga seperti beliau menyenaraikan dirinya sebagai sebahagian daripada BERSIH di Sabah. Mereka bersama-sama mengasaskan Geng Street Dakwah, menandakan permulaan perjalanan activisme Mukmin.

Di Universiti Malaysia Sabah, di mana beliau tamat pengajian dengan ijazah Seni Kreatif pengkhususan dalam teater, Mukmin kecewa dengan pilihanraya majlis pelajar, mendapati kebimbangan calon adalah dangkal dan serupa dengan janji politik yang kosong.

Saya amat marah terhadap ketua pelajar Pro-Mahasiswa, Aspirasi, dan Arus mahasiswa ketika itu. Saya tertanya-tanya jika ini adalah hakikat sebenar politik. Saya benar-benar ingin lakukan sesuatu dan ingin mulakan kelab pemikir di universiti. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Walaupun dia menghadapi cabaran bagi mendaftarkan kelab pemikir. Mukmin menggiatkan semula Kelab Kesusasteraan Pelajar menjadi kelab seni untuk komuniti, dikenali sebagai Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA). Apabila Fahmi Zainol dan Anwar Ibrahim mengunjungi Sabah pada tahun 2014, Mukmin melihatnya sebagai peluang untuk terlibat dalam aktivisme yang lebih luas.

Berazam untuk menyertai  protes BERSIH tahun 2015, Mukmin meneruskan hasratnya walaupun bersendirian dalam usahanya.

Saya memberitahu kawan saya,Haziq, bahawa saya akan pergi ke demonstrasi BERSIH. ‘Awak nak pergi?’ Saya bertanya. ‘Tak apa jika awak tak mahu,’ saya berkata, ‘Saya dah kemaskan pakaian saya. Jika saya ditangkap, boleh tak tolong bawa pakaian saya ke asrama?’ Saya rasa ia semudah itu. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Pada tahun 2016, Mukmin mengetuai demonstrasi Tangkap MO1 di Sabah, membantah terhadap skandal rasuah mantan Perdana Menteri Najib Razak. Kemuncak activisme beliau ialah protes “pandang ke Sabah” 2018.

Saya mengetuai sepenuhnya dengan pelajar-pelajar lain. Kami benar-benar mengadakan gangguan. Walaupun tiada apa pun yang rosak, pertempuran dengan polis memang benar. Polis memukul kami, kami melawan. Terdapat tangkapan, gari, dan kami ditahan. Ia terasa simbolik kerana kami menganjurkannya. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Mukmin Nantang (middle) and other activists detained at the “Pandang Sabah” protest. Source: Buletin TTKM

Mukmin menganggap protes itu satu kejayaan, kerana ia menonjolkan kesukaran bagi mereka tanpa kerakyatan dan mencetuskan riak positif kesan daripada pergerakan tanpa kerakyatan di Sabah.

Keadilan Bagi Mereka Tanpa Kerakyatan

Pada suatu ketika, Mukmin Nantang mungkin dianggap sebagai pencetus masalah, namun sejak 2015, beliau begitu komited dengan perjuangan yang diperjuangkan. Semasa kegagalan beliau untuk merebut kerusi majlis pelajar tahun tersebut, manifesto Mukmin menekankan keperluan untuk berkolaborasi antara pelajar dan komuniti.

Meskipun visi beliau tidak berhasil dalam universiti, ia telah berkembang menerusi activisme beliau. Bukan hanya penyertaan protes jalanan, Mukmin dan rakan-rakannya mula mendidik kanak-kanak yang tinggal di jalanan di Sabah.

Saya dapati ramai kanak-kanak berkeliaran di sekitar bandar-bandar Tawau, Sandakan, Lahad Datu, and Kota Kinabalu. Saya tertanya-tanya mengapa mereka tidak bersekolah, akhirnya mendapati bahawa mereka berasal dari keluarga miskin, dan setengahnya tanpa kerakyatan. – Mukmin Nantang, penasihat Borneo Komrad[2]

Pada tahun 2015, Borneo Komrad ditubuhkan sebagai inisiatif bagi pelajar dan remaja untuk menasihati isu-isu sosial seperti pendidikan, kebudayaan, dan hak asasi manusia. Misinya adalah untuk menyediakan pendidikan alternatif kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan dan tanpa dokumen.

Bagi Mukmin, pendidikan bukan sekadar mengenai pembelajaran, ia juga alat penting untuk menangani cabaran sosial berkaitan dengan ketiadanegaraan, seperti menghidu gam dan jenayah kecil.

Sekolah ini menarik lebih ramai pelajar kerana tiada yuran, dan pendaftaran tidak memerlukan sebarang dokumen. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[2]

Pada mulanya dibiayai sendiri bagi bekalan asas, inisiatif telah berkembang untuk meliputi empat sekolah di kampung dan penempatan kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Mukmin menekankan bahawa tugas mereka lebih daripada pendidikan; mereka mengumpul dokumen-dokumen penting seperti alamat kampung, surat, dan bukti untuk membantu komuniti dalam cabaran-cabaran untuk mengesahkan hak tanah dan kewarganegaraan.

Source: Simply Giving

Ini adalah tanah mereka, tempat mereka. Oleh itu, kami mula mencari bukti. Ada seorang pak chik yang mempunyai dokumen. Apabila kami mendengar kisahnya, ia mencetuskan idea. Kami bertanya pakcik berkenaan (penduduk kampung Teluk Layang) untuk pastikan sekiranya ada sebarang dokumen. Dia berkata, ‘saya ada sijil nikah tahun 1980 dengan alamat kampung ini!’ – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Pejuang Komuniti Mentakrifkan Semula Empati

Pada tahun 2018, Mukmin bekerja sepenuh masa dengan Teach For The Needy Semporna untuk membina sekolah bagi kanak-kanak tempatan. Beliau percaya untuk benar-benar membantu sebuah komuniti, seseorang mesti tinggal dikalangan mereka dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka, bukannya memberi penyelesaian daripada jauh. Falsafah ini membentuk silibus Sekolah Alternatif, disuai padankan untuk memenuhi keperluan tertentu komuniti.

Sebagai seorang penggemar teater pementasan, Mukmin memasukkan elemen kreatif ke dalam kurikulum, tidak hanya fokus kepada membaca,menulis, dan mengira, malahan juga penulisan skrip, lagu, dan lakonan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif Borneo Komrad, sekolah tersebut bertujuan untuk mendorong perubahan melalui seni dan sastera.

Bagaimana kita boleh menawarkan sokongan jika kita bukan sebahagian daripada mereka? Kita sebenarnya tidak memahami perjuangan mereka. Jika kita tidak tinggal di kalangan mereka apabila keadaan sukar, kita mungkin akan kecewa dengan mereka. Oleh itu, kita tidak boleh hanya masuk dan berjuang untuk mereka. Pendekatan yang betul adalah dengan datang dan tinggal di kalangan mereka dahulu. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[3]

Pada tahun 2019, apabila penempatan Teluk Layang menghadapi pengusiran dan perobohan tanpa notis, Mukmin dan kumpulannya memilih pendekatan tanpa konfrontasi untuk melindungi komuniti, mengelak daripada tindakan yang boleh memburukkan lagi ketegangan dengan pihak berkuasa.

Di Teluk Layang,Kota Kinabalu, ia hampir-hampir dirobohkan sebanyak tiga kali.  Bilamana aktivis Borneo Komrad dan pelajar-pelajar hadir, ia tidak akan terjadi kerana kami akan membuat halangan,protes, dan buat memorandum. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Sejak penubuhannya, Borneo Komrad telah meluaskan inisiatifnya, termasuk pembukaan Sekolah Pemulihan gam di Semporna dan pelancaran terbaharu Universiti Alternatif, bertujuan menyediakan pendidikan tinggi kepada komuniti terpinggir.

Pada bulan Julai 2024, kami akan melancarkan Universiti Alternatif. Fokusnya adalah untuk mereka mendalami ilmu, dan belajar tentang sejarah mereka sendiri, sejarah Bajau Laut, dan hak-hak komuniti. Universiti ini menekankan nilai pembentukan pengetahuan tanpa banyak birokrasi. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[4]

Aktivisme Mukmin telah matang, tetapi beliau kekal komited kepada pembabitan di peringkat jalanan. Semasa pandemik, beliau telah mengetuai demonstrasi di Tawau semasa perintah kawalan pergerakan lanjutan, dan pada tahun 2024, beliau telah protes terhadap kekurangan air kepada alma mater beliau.

Mempertaruhkan Nyawa

Jika tidak berjuang hari ini, dan hari selepasnya – ditindas,ditindas,ditindas lagi! – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[4]

Selama bertahun-tahun, Mukmin Nantang menjadi penasihat setia kepada komuniti terpinggir Bajau Laut. Baru-baru ini, setelah kediaman mereka dibakar dan dimusnahkan, video lama muncul menunjukkan Mukmin menghimpunkan komuniti tersebut untuk menentang ketidakadilan itu.

Cara hidup mereka telah dicerobohi bagi jangka waktu yang lama. Mereka dipaksa untuk berpindah ke daratan.” Mukmin berkata. “Sekarang, kehidupan mereka dimusnahkan lagi, dan perlindungan alternatif tidak disediakan untuk mereka. Ke mana mereka akan pergi? – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[5]

Walaupun menghadapi rsiko peribadi, termasuk ditangkap dan disoal siasat, Mukmin menemui sokongan kuat bagi perjuangannya. Fokus beliau adalah sentiasa memastikan belia menerima asas pendidikan, percaya bahawa merekalah yang akan berjuang untuk hak mereka di masa akan datang.

Ia bukanlah berkenaan saya; apa yang penting adalah kanak-kanak sihat dan bijak ini akan akhirnya menyumbang kepada masa hadapan. Merekalah yang akan mengubah nasib dan mempertahankan komuniti mereka. – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[2]

Semasa Mukmin menjelajah ke serata kampung, protes meletus, dengan komuniti bersungguh-sungguh mempertahankan tanah mereka.

Malahan di Kota Belud, terdapat papan tanda besar di pintu masuk kampung yang menyatakan, ‘Tanah kami, hidup kami.’ Ia masih lagi di situ sehingga kini. Jadi, saya fikir, ‘Wow!(ini) protes yang berterusan.’ – Mukmin Nantang, pengasas Borneo Komrad[1]

Dengan perhatian yang semakin meningkat terhadap kesukaran mereka tanpa kerakyatan, lebih banyak inisiatif pendidikan yang muncul. Misi Mukmin telah jelas, untuk menunjukkan bahawa sekolah Borneo Komrad boleh mencapai kejayaan luar biasa walau dengan sumber terhad dan untuk mencabar tanggapan bahawa campur tangan kerajaan adalah perlu untuk hasil yang memberi impak.

Kami berada di sini untuk berjuang, Kami berhasrat untuk menunjukkan bahawa sekolah boleh dibangunkan oleh orang muda dan pelajar-pelajar tanpa bantuan kerajaan. Sebenarnya, jika kerajaan terlibat, hasilnya boleh memberi lebih impak. – Mukmin Nantang, founder of Borneo Komrad[5]

Dengan azam yang tidak berbelah bahagi, Mukmin Nantang terus mengetuai, komited untuk menangani ketidakadilan yang telah terlepas pandang di negeri ini.

Explore our sources:

  1. Pusat Sejarah Rakyat. (2024). DEMO#10 | Mukmin Nantang: Dari Pendidikan ke Pergerakan. Link 
  2. Dahali, R. (2022). ‘Sekolah jalanan’ anak miskin. Berita Harian. Link 
  3. Ku Fozi, K.S. (2024). Pedagogi anak tertindas: Kisah Mukmin Nantang dan pendidikan alternatifnya. Relevan. Link
  4. Ku Fozi, K.S. (2024). Dari sekolah menjadi Universiti Alternatif.  Relevan. Link
  5. Marsden, H. (2024). The campaign of destruction against ‘sea gypsies’. The Week. Link 

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?