Darul Naim, bermaksud “negeri yang penuh nikmat,” merupakan gelaran terhormat buat Kelantan, terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Walaupun namanya demikian, Kelantan merupakan pusat bagi tajuk berita yang membimbangkan yang menggambarkan pelbagai isu sosial yang mempengaruhi penduduknya yang berjumlah 1,792,501.
Sebagai sebuah negeri yang pada dasarnya pendalaman dan pertanian dengan sumber ekonomi berasaskan beras,getah,tembakau,perikanan, dan pembalakan, Kelantan mempunyai kadar kemiskinan pada 12.4%,menjadikannya salah satu negeri termiskin berdasarkan bancian tahun 2020. Pada tahun 2023, Kelantan merekodkan bilangan seramai 67,772 keluarga miskin dan miskin tegar, bilangan tertinggi di Semenanjung Malaysia[1].

Uniknya, Kelantan merupakan beberapa negeri di Malaysia yang menggabungkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negeri, dengan 95% daripada penduduknya adalah bangsa Melayu beragama Islam. Pematuhan tegas dalam nilai-nilai Islam yang bertujuan membendung kecenderungan keseronokan, termasuk larangan penggunaan dadah[2], seks luar nikah, dan hiburan dengan muzik keterlaluan.
Walaupun cadangan hukuman lebih tegas di bawah undang-undang Hudud pada tahun 2015[3] oleh parti yang memerinah, langkah-langkah ini sahaja tidak mencukupi untuk menangani isu-isu sosial yang meningkat.
Kelantan boleh menjadi kajian kes yang sesuai untuk membanteras tanggapan bahawa aktiviti tidak bermoral boleh dibendung hanya dengan mengawal hiburan. Kami tidak mempunyai pawagam pun di sini. – Tan Ken Ten, Naib Ketua MCA Kelantan[4]
Kadar Pengangguran Tinggi Membelenggu Kelantan
Pengangguran di Kelantan melepasi tahap beban kewangan. Ia mempengaruhi harga diri dan kesejahteraan,terutamanya dikalangan belia[5].
Kelantan menghadapi krisis pengangguran ketara, dengan statistik mendedahkan ketaksamaan yang signifikan dibandingkan dengan wilayah lain. Daripada tahun 2017 hingga 2018, kadar pengangguran di Kelantan meningkat daripada 5.6% kepada 6.0%[6,7]. Sehingga 2023, angka ini mengatasi purata kebangsaan, menghampiri 5.1%[8].
Pada tahun 2019, data mendedahkan sejumlah 250,000, anggaran 15% daripada 1.8 juta penduduk Kelantan, berpindah ke negeri-negeri yang lebih membangun dari segi ekonomi seperti Selangor untuk mencari kehidupan yang lebih baik[9].
Secara amnya, pantai barat Semenanjung Malaysia menawarkan peluang pekerjaan yang lebih baik, namun di Pantai Timur, termasuk Kelantan, menghadapi prospek yang lebih suram.

Walaupun usaha untuk mendapatkan pekerjaan di Kelantan, ramai yang kekal menganggur,kerana sikap memilih pekerjaan, dengan sebahagian tenaga kerja yang signifikan memilih untuk bekerja sendiri bukannya pekerjaan formal, oleh itu memburukkan lagi kadar pengangguran[8].
Namun, bagi wanita,naratifnya adalah sebaliknya memandangkan ramai memilih untuk melepaskan pekerjaan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Perkahwinan awal adalah berleluasa dikalangan wanita di Pantai Timur, terutamanya kerana faktor-faktor seperti kemiskinan keluarga, peluang pelajaran terhad, dan stigma yang membelenggu wanita berusia yang tidak berkahwin (dirujuk sebagai “anak dara tua”)[10]. Malahan mereka yang inginkan pekerjaan menghadapi halangan kerana status perkahwinan, menyebabkan ramai yang menyertai tenaga kerja tidak formal.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan telah menempatkan lebih 37,000 orang dalam pekerjaan sejak 2020 untuk mengatasi pengangguran.
Kami mengaku bahawa pembangunan fizikal (Kelantan) adalah perlahan. Tetapi ia bertujuan untuk memastikan rakyat boleh menikmati pembangunan. Jika kami membangun dengan pesat, mengamalkan pendekatan lebih mudah, kami boleh bersaing dengan negeri-negeri seperti Selangor, tetapi bahayanya adalah, rakyat mungkin akan ketinggalan. – Mohd Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan[11]
Kerajaan yang memerintah telah menyatakan pembangunan di Kelantan memang sengaja diperlahankan untuk memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan. Bagaimanapun, kitaran pengangguran semasa telah menyebabkan warganegara terperangkap dalam kemiskinan, dan infrastruktur terhad merupakan potensi punca-punca isu kemasyarakatan yang berterusan berkembang di Kelantan.
Tanpa tujuan dan punca pendapatan stabil, penduduk–penduduk Kelantan beralih kepada cara mudah untuk menyelesaikan masalah mereka.
Epidemik Dadah
Masalah dadah di Kelantan berterusan, dengan pengambilan dadah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2016, terdapat 3,233 kes bagi setiap 100,000 orang, telah meningkat kepada 3,700 kes pada tahun 2017. Jenayah berkaitan dadah mewakili 70% daripada kes mahkamah di Kelantan[12].
Pil Methamphetamine dan pil Yaba yang kini popular, iaitu satu campuran methamphetamine dan kafein, lazimnya disalahgunakan.

Golongan lelaki di Kelantan mempunyai kadar penggunaan dadah yang lebih tinggi berbanding wanita , dipengaruhi oleh norma-norma sosial dan agama yang memberi lelaki lebih kebebasan sementara wanita lazimnya terhad kepada peranan dalam rumahtangga[13].
Lelaki bergaul dengan ramai orang kerana mereka punya lebih kebebasan; wanita mempunyai kurang kebebasan dan berada di rumah lebih lama. – Petikan daripada Emerging Drug Use Trends in Kelantan[13]
Bagaimanapun, masa kini, perubahan keadaan telah terjadi dengan peningkatan penggunaan dadah meskipun di kalangan generasi muda.
Sebelum ini, hanya pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan penggunaan dadah. Bagaimanapun, bermula 2015, ia telah merebak kepada pelajar sekolah rendah, dan sebahagiannya didapati mula mengambil dadah seawal usia sembilan tahun. – Rohayu Ahmad, Pengarah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan[14]
Tambahan pula, penyeludupan dadah telah menjadi satu matlamat utama dengan kanak-kanak yang kurang daripada 17 tahun terlibat dengan sindiket.
Kami percaya sindiket penyeludupan dadah menyasarkan pelajar memandangkan kumpulan ini mudah dipujuk untuk mengambil dadah memandangkan mereka mendapat ketenangan dengan dadah disebabkan oleh status keluarga mereka. Mereka juga tertarik dengan kehidupan mewah yang dialami oleh penyeludup dadah dan mereka mula mengedar dadah dalam skala yang kecil. – Datuk Muhamad Zaki Harun, Ketua polis Kelantan[15]
Memandangkan kedudukan geografi negeri bersebelahan Thailand disamping sempadan negeri yang kurang kawalannya, bahan-bahan seperti heroin mudah diseludup melalui bot-bot nelayan merentasi Teluk Thailand. Malahan segolongan pengguna merentasi sempadan untuk membeli dadah dengan harga lebih murah, menjual di pasaran tempatan untuk keuntungan. Mendapatkan dadah telah dimudahkan dengan transaksi menerusi telefon mudah alih[13].
Semua peserta melaporkan adalah amat mudah untuk mendapatkan kedua-dua pil kuda dan heroin asalkan mereka mempunyai wang. Mereka memaklumkan menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi individu yang menjual dadah dengan panggilan atau pesanan teks, dan dadah tersebut akan diserahkan dalam masa beberapa minit. – petikan daripada Emerging Drug Use Trends in Kelantan[13]
Di Kelantan, di mana undang-undang agama melarang alkohol dan pusat-pusat hiburan seperti karaoke, kelab pool, panggung wayang adalah sukar didapati, sesetengah individu beralih kepada dadah oleh kerana bosan, keinginan untuk berehat, dan keperluan untuk mengalih perhatian daripada masalah, menunjukkan kurang minat dalam aktiviti-aktiviti lain.

Heroin memberi banyak ketenangan. Dalam masa tiga saat, semua masalah anda akan selesai. – Petikan daripada Emerging Drug Use Trends in Kelantan[13]
Di Kelantan, usaha untuk menangani penggunaan dan penyeludupan dadah melibatkan kedua-dua kerajaan dan organisasi bukan kerajaan. Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Kelantan (AADK) berhasrat melakukan ujian saringan air kencing ke atas pelajar-pelajar sekolah untuk mengelakkan pembabitan mereka dengan dadah.
Kelantan juga menempatkan 15% daripada klinik methadone maintenance therapy Malaysia (MMT) untuk menyokong penagih dadah dalam pemulihan[13]. Tambahan lagi, pihak polis negeri giat membongkar sindiket penyeludupan dadah menerusi pelbagai operasi.
Jenayah Seksual Tersembunyi
Pada tahun 2024, Adun Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman menyatakan bahawa setiap negeri perlu melaksanakan undang syariah masing-masing untuk memerangi jenayah seksual. Bagaimanapun, Menteri dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaannya dan membentangkan fakta bahawa jenayah seksual di Kelantan tidak mencerminkan keberkesanan pemerintahan berdasarkan undang-undang Syariah[16].
Penduduk Kelantan adalah 98% Melayu Islam dan mempunyai Kod Jenayah Syariah sendiri. Namun, ia mempunyai jumlah tertinggi jenayah seksual dan ia adalah dalam aliran meningkat. Angka ini tidak berbohong. – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri[16]
Kerajaan Kelantan telah memainkan peranannya dan mengguna pakai interpretasi undang-undang syariah yang lebih tegas dalam negeri. Terkini ia telah memperkenalkan 24 peruntukan baru di dalam Kod Jenayah Syariah, mensasarkan kesalahan seperti hubungan kelamin dengan mayat, ilmu sihir, fitnah, murtad, ajaran Islam sesat, dan hubungan seksual dengan bukan manusia. Ia adalah tambahan kepada peraturan tegas dalam berpakaian sewajarnya tertakluk kepada semua penduduk Kelantan.

Kelantan, Terengganu dan Kedah…. Kes-kes semakin meningkat sedangkan di Pulau Pinang, ia berkurang apabila kita bandingkan statistik tahun 2022 dan 2023. Beliau (Ahmad) membangkitkan isu ini di parlimen selepas menonton temuduga dengan Ketua Polis Jabatan Penyiasatan Jenayah CID. – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri dalam Negeri[16]
Menteri Dalam Negeri seterusnya menegaskan kaitan lebih rapat di antara kemiskinan dan jenayah seksual, daripada keperluan kepada perundangan lebih tegas.
Kesalahan seksual merangkumi kategori yang luas dan kebanyakan daripada mereka yang melakukan jenayah ini terdiri daripada kumpulan B40, mereka yang berada dalam golongan ekonomi miskin. Jenayah tersebut dilakukan sesama ahli keluarga mereka sendiri, kawan-kawan atau saudara mara…. Anggaran 45 peratus – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri dalam Negeri[16]
Kelantan juga melaporkan jumlah kes positif HIV yang tinggi iaitu 11,000 kes daripada 2001 – 2016 dengan seramai 2,255 kematian penduduk Kelantan disebabkan oleh AIDS dalam jangkamasa 7 tahun[17].
Sebahagian mengaitkan ia dengan pergaulan bebas dan perlakuan liwat dalam negeri,sebahagian mereka telah, beralih daripada berkongsi jarum apabila menggunakan dadah.
Lanskap jangkitan HIV di Kelantan telah berubah daripada jangkitan melalui perkongsian jarum kepada jangkitan secara seksual melibatkan lelaki dan wanita. 80% daripada kes baharu jangkitan HIV adalah melalui jangkitan seksual. – Datuk Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Kelantan[18]
Dalam negeri di mana perkahwinan awal adalah digalakkan untuk membendung seks sebelum nikah dan peraturan Islam telah memastikan pengasingan jantina lebih awal lagi, bertambahnya perlakuan seks luar tabii kekal membingungkan ramai.
Hubungan Keluarga Yang Terlarang
Jenayah seksual di Kelantan yang nampaknya sukar dipercayai adalah perlakuan sumbang mahram. Ahli kriminologi Shankar Durairaja melaporkan purata kes sumbang mahram adalah 15 kes sebulan di Malaysia.
Pada tahun 2022, 127 kes sumbang mahram dilaporkan hanya dalam tempoh enam bulan. Pada tahun 2015 kajian di Kelantan mendapati bahawa sumbang mahram merupakan kesalahan jenayah seksual kedua tertinggi, iaitu sebanyak 27.3% kes di One Stop Crisis Centre (OSCC)[18].
Bagi menjawab kepada kes sumbang mahram yang dilaporkan dalam media, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar mengatakan begini:[19]

Bagaimanapun, faktor lain disebaliknya, adalah kemudahan bahan-bahan seksual, walaupun pihak negeri telah melakukan yang terbaik untuk membendung tingkah laku terlarang melalui penapisan media dalam negeri.
Satu platform video dewasa atas talian mendedahkan bahawa pengguna internet di Kota Bharu menghabiskan purata of 12 minit dan 27 saat menonton atau mencari gambar lucah setiap hari. Ia juga menunjukkan bahawa sumbang mahram adalah salah satu tema yang berleluasa dalam bahan-bahan lucah .
Menurut Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia Kelantan, Professor Madya Dr Dasmawati Mohamad, satu lagi sebab utama sumbang mahram adalah penggunaan dadah dan dalam menangani keparahan dalam kes sumbang mahram dalam negeri, Ikram menganjurkan seminar bertajuk ‘Haruan Makan Anak’ bertujuan memberi kesedaran mengenai sumbang mahram dalam rumahtangga[21].
Setiap daripada kita memainkan peranan untuk menangani isu ini. Sebagai ibubapa, tugas mereka adalah mendidik anak-anak mengenai aurat, sentuhan selamat dan etika sosial. Latih anak-anak untuk berkongsi informasi dan tidak menyembunyikannya,sentiasa mendengar aduan mereka. – Professor Madya Dr Dasmawati Mohamad, Ketua Wanita,Pertubuhan Ikram Malaysia[21]
Namun sudah pasti, disebalik campur tangan keagamaan dan menangani isu kemiskinan di Kelantan, ahli kriminologi Professor Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat berpendapat bahawa motivasi disebalik jenayah seksual terutamanya terhadap kanak-kanak datang daripada latar belakang yang buruk dan biasanya bersifat peribadi[22].
Menyuarakan Kesukaran
Pengangguran tinggi, penyalahgunaan dadah, dan jenayah seksual melakarkan gambaran suram Kelantan. Walaupun persepaduan nilai-nilai Islam untuk memupuk masyarakat bermoral, isu sosial yang lama bertapak berterusan dalam negeri ini.
Setelah bertahun dalam kemiskinan dan ejekan berterusan berkaitan masalah bekalan air membelenggu masyarakat, kerajaan telah mengambil langkah berurusan dengan kerajaan persekutuan, terutamanya dengan suntikan dana terkini untuk memperbaiki infrastruktur usang.

Kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat yang terperangkap dalam kemiskinan sudah pasti akan timbul masalah sosial seperti kecurian, perceraian, penganiayaan anak, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi keanehan sosial dan seksual. Kepuasan dari segi ekonomi didapati dapat mengurangkan kesukaran tersebut. – Letter to Editor, Free Malaysia Today[23]
Sungguhpun begitu,hanya masa yang menentukan jika negeri ini akan kembali kepada gelaran terhormatnya sebagai “ negeri yang penuh nikmat ” kepada semua penduduknya.
Terjemahan oleh: Norazah Nizar
Explore our sources:
- Abdullah, S.M. (2023). Kelantan highest state in Peninsular with poor and hardcore poor families – DPM. New Straits Times. Link
- Kamarulzaman, A & Saifuddeen, S.M. (2010). Islam and harm reduction. Int J Drug Policy. 2010 Mar;21(2):115-8. doi: 10.1016/j.drugpo.2009.11.003. Link
- Berita Harian. (2015). Hudud Kelantan dilulus sebulat suara. Link
- Malaysiakini. (2017). PAS’ moral policing a failure, says Kelantan MCA. Link
- ILMIA.(n.d.)Youth Unemployment. Link
- Institute for Youth Research Malaysia. IYRES. (2017). Malaysia Youth Statistics: Data for 2017: Volume 5. Institute for Youth Research Malaysia (IYRES). Ministry of Youth and Sports. http://ebelia.iyres.gov.my/
- Department of Statistics Malaysia. DOSM. (2018). Graduate Statistics 2018, December 2019. Department of Statistics Malaysia. Retrieved February 4, 2020 from https://www.dosm.gov.my/ v1/index.php/ index.php?r=column/cthemeByCat&cat=476&bul_ id=cDJkZjM5b2hjdjJZMDlvNDlueU54Zz09&menu_id=Tm8zcnRjdVRNWWlpWjRlbmtlaDk1UT09
- Razali, H. (2023). High unemployment rate in Kelantan due to people being selective. New Straits Times. Link
- Welsh, B. & Cheng, C. (2020). Malaysia’s youth on the unemployed frontline. Link
- Zainab, I. and W.A. Wan Ibrahim (2017), ‘Age at first marriage of single mothers in East Coast, Malaysia’, Research on Humanities and Social Sciences 7, no. 24: 161–165.https://www.iiste.org/Journals/index.php/RHSS/article/view/40154/41298.
- N. Fazlina Abdul Rahim. 70 peratus kes di mahkamah Kelantan babit jenayah narkotik [METROTV]. My Metro. Link.
- Ghazali, N.F. (2017). Kelantan’s slow pace of development is deliberate, says deputy MB. Malaysiakini. Link
- Desrosiers, A., Chooi, W-T., Mohd Zaharim, N., Ahmad, I., Mohd Yasin, M.A., Syed Jaapar, S.Z., Schottenfeld, S.R., Vicknasingam, B. , Chawarski, C., (2016). Emerging Drug Use Trends in Kelantan, Malaysia, Journal of Psychoactive Drugs, DOI:10.1080/02791072.2016.1185553
- Mnh.C (2018). Murid sekolah rendah jadi sasaran terkini pengedar dadah di Kelantan.Mynewshub. Link.
- Malay Mail. (2023). Kelantan police chief: 30 students arrested for drug offences in state from January to October this year. Link
- Chan, D. (2023). Saifuddin takes issue with Pas man’s statement, says Kelantan has high number of sexual crimes despite having syariah laws. New Straits Times. Link
- Muhamad, M. (2017). Dekat dengan Thailand antara faktor jangkitan HIV di Kelantan meningkat – Mohd Amar. Astro Awani. Link
- Abdullah, S.M.(2023). 80 pct of new HIV patients in Kelantan infected through sexual activities. New Straits Times. Link
- Astro Awani. (2023). [COLUMNIST] Exploring the root causes of incest. Link
- Tan, Q. (2022). Kelantan’s Dept MB Blames Netizens & Media For Sensationalising Rape & Incest Cases. Juice Online. Link
- Kamaruddin, H.L. (2023). Drugs, pornography main causes of incest in Kelantan. Sinar Daily. Link
- Karim, K. (2023). Debunking common misconceptions: Poverty alone does not drive crime – Criminologist. Sinar Daily. Link
- Free Malaysia Today. (2021). Under PAS rule, Kelantan needs to focus on bigger issues.Link