Site logo

Kerja Sosial Boleh Menjadi Kerjaya Dan Bukan Hanya Pekerjaan Sampingan

Baru-baru ini, Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) telah melancarkan forum kerja sosial secara maya buat julung kalinya. ‘Hentikan Stigma Terhadap Kerja Sosial’ merupakan usahanya dalam menghargai kerjaya sebagai pekerja sosial di Malaysia. Institusi tersebut merupakan institusi swasta pertama yang menawarkan Diploma dalam Pekerjaan Sosial dan telah menerima pengiktirafan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk sumbangan yang diberi sebagai langkah mengubah landskap kerja sosial pada awal tahun ini.

Forum tersebut menekankan peranan penting yang telah dimainkan dan usaha yang dijalankan oleh pekerja sosial dalam mengurangkan masalah biopsikososial di Malaysia. Antara isu penting yang dibincangkan adalah mitos dan stigma yang mempengaruhi kemasukan ke bidang pekerjaan sosial terutamanya apabila dikaitkan dengan pendapatan pekerja sosial yang rendah dan pandangan umum tentang kerja sosial sebagai satu bentuk kerja sukarela berbanding kerjaya. 

Source: The Straits Times

Stigma #1: Kerja Sosial Cuma Satu Kerja Sukarela 

Stigma yang paling biasa dikaitkan dengan kerja sosial ialah ianya cuma satu peranan sukarela. Hal ini adalah jauh dari kebenaran kerana pekerja sosial ialah seorang profesional yang dilatih dan dilengkapi dengan ilmu, nilai dan kemahiran.

Pekerja sosial yang berkelayakan ialah profesional yang mesti mematuhi ‘National Competency Standards for Social Work Practice’ dan ‘Professional Code of Ethics’ di samping berkelakuan selari dengan nilai-nilai kemanusian dan keadilan sosial.. – Jolyn Hong, Ketua Jabatan, Diploma dalam Pekerjaan Sosial (MCKL)

Source: Generasi Gemilang

Stigma #2: Pekerja Sosial Berpendapatan Rendah

Apabila soalan mengenai pendapatan yang diberikan kepada pekerja sosial, gaji yang diberikan semestinya berlainan dalam semua organisasi bergantung kepada cabang pekerjaan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Pendapat yang mengatakan bahawa pekerja sosial hanyalah berpendapatan minimum dan tidak mampu mempunyai kehidupan melebihi purata mungkin boleh dikaitkan dengan bahagian NGO yang kebanyakannya ditanggung melalui sumbangan orang ramai. Namun, bukanlah semua pekerja sosial bekerja dalam sektor NGO. Mereka boleh dilantik dalam pelbagai sektor dan setiap sektor mempunyai pelbagai jenis pekerjaan, tanggungjawab dan rangka gaji. Pekerja sosial diberikan imbuhan selayaknya terutamanya apabila kelayakan dan kemahiran yang ditunjukkan sepadan.

Kekurangan Pekerja Sosial Yang Berkelayakan Di Malaysia

Melalui satu kajian oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), nisbah pekerja sosial dengan populasi di Malaysia adalah 1:8,756 iaitu terlalu jauh jika dibandingkan dengan negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat (1:490), Australia (1:1,040), United Kingdom (1:3,025) dan Singapura (1:3,448).[1]

Nisbah yang terlalu berbeza ini menunjukkan kekurangan profesional dan pekerja sosial yang berkelayakan di dalam negara di mana kebanyakannya diperlukan dalam menangani masalah kemanusian terutamanya kesan yang terjadi akibat PKP yang berpanjangan.

Perspektif mengenai kerjaya dalam pekerjaan sosial perlulah diubah dalam generasi sekarang dan juga hadapan. Masyarakat sebagai keseluruhannya haruslah memahami bahawa pekerjaan sosial adalah seperti kerjaya yang lain di mana pendidikan yang bertauliah diperlukan dan terikat dengan piawaian yang tertentu dan etika. 

Jolyn Hong, Head of Department, Diploma in Social Work (MCKL)

Apa yang pekerja sosial lakukan bukan hanya membantu dalam keperluan yang segera tetapi mereka memperkasakan yang lain melalui teori dan ilmu sosial secara saintifik, kemahiran sosial dan kaedah pengantaraan. Prinsipnya adalah meningkatkan kemahiran daya tahan dan kemampuan untuk hidup secara berdikari bagi mereka yang memerlukan. – Jolyn Hong, Ketua Jabatan, Diploma dalam Pekerjaan Sosial (MCKL)

Pandemik yang melanda Malaysia menyebabkan bilangan kes sering meningkat, kawalan pergerakan yang ketat, ramai yang bergelut dan kehilangan nyawa yang banyak. Ramai yang tidak mampu bertahan dan impaknya dirasai secara fizikal dan mental. Kita telah melihat peningkatan kes bunuh diri dan penderaan secara domestik di dalam berita semasa. Bilangan pekerja sosial, pekerja bantuan dan ‘front liners’ untuk menangani semua masalah. Maka, jelaslah bahawa kita memerlukan lebih ramai profesional yang berkaitan untuk menghadapi situasi ini. 

Source: New Straits Times

Sekarang, ramai individu yang mampu membantu mereka yang memerlukan mencari tempat untuk terlibat dengan kerja-kerja sosial dan memiliki jawatan profesional secara sepenuh masa. Terdapat banyak organisasi yang mengalukan pertolongan tidak kira secara sepenuh masa atau separuh masa. – Jolyn Hong, Ketua Jabatan, Diploma dalam Pekerjaan Sosial (MCKL)

Amat penting untuk mengetahui bahawa anda memerlukan kemahiran yang betul untuk menjadi pekerjaan sosial yang berkelayakan. Kemahiran-kemahiran ini diajar di MCKL melalui Diploma dalam Pekerjaan Sosial. Beringatlah bahawa kadang-kadang, mempunyai kemahiran yang salah boleh mendatangkan kecederaan kepada kedua-kedua pihak samada mereka yang ditolong atau yang memberikan pertolongan. 

Kemahiran-kemahiran seperti memahami sikap manusia, mempelajari dasar umum, prinsip-prinsip kemanusian dan keadilan sosial, teori sosial dan ilmu, dan pengajaran kemahiran sosial dan kaedah pengantaraan diperlukan di dalam latihan latihan untuk menjadi pekerja sosial yang profesional dan berkelayakan. – Jolyn Hong, Ketua Jabatan, Diploma dalam Pekerjaan Sosial (MCKL)

First batch of social work graduates from MCKL in 2021

Di dalam usaha meningkatkan kerjaya pekerja sosial di Malaysia, MCKL sedang menawarkan 50% pengurangan bagi bayaran pengajian untuk semua kemasukan program diploma Ogos 2021 tidak kira sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa, Calon-calon yang berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelayakan pekerjaan sosial dan kerjaya dalam bidang ini, bolehlah melayari MCKL-Social Work atau hubungi mereka di talian +603 2300 0998. 

Explore Our Sources: 

  1. Malaysiakini. (2019). Shortage of social workers among social problem challenges – Wan Azizah. Link

Written by MCKL and edited by the Wiki Impact team.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?