Site logo

Guru Luar Biasa Sanggup Menempuh Perjalanan Sejauh 100KM Dengan Motosikal Demi Menemui Pelajarnya

cikgu zahir sarawak lubuk antu

Pendidikan merupakan anugerah yang tak ternilai kepada para pelajar luar bandar. Pergi ke sekolah untuk belajar pada setiap hari sebenarnya merupakan kerja keras bagi kebanyakan pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar. Mereka sanggup berjalan berbatu-batu jauhnya, menyeberangi jambatan yang reput dan kadang-kala bergelumang lumpur semata-mata untuk sampai ke sekolah.

Kerja keras tidak hanya dialami oleh pelajar tetapi guru juga.

Ini adalah Cikgu Zahir, seorang guru berusia 30 tahun yang telah banyak menghabiskan masa enam tahun hidupnya untuk mendidik para pelajar luar bandar di SK Nanga Entalau di kawasan pedalaman Sarawak.

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Bermula dari tahun 2014 hingga awal tahun 2020, Guru Zahir menempuh perjalanan sejauh 100km setiap minggu dengan menggunakan kapcai Honda sebagai peneman dari Sri Aman ke Lubok Antu di mana terletaknya sekolah itu. Keadaan jalan sangat teruk. Dia menempuh jalan raya yang becak dan dipenuhi lubang. Apabila hujan, jalan-jalan ini sangat bahaya.

Cikgu Zahir travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Zahir dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Setelah lulus peperiksaan sebagai guru, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di Sarawak. Walaupun terdapat sebilangan besar rakan seperjuangannya memilih untuk berhenti setelah beberapa tahun, beliau tetap setia hasil dari persahabatan dan sokongan yang beliau perolehi daripada komuniti Iban yang beliau telah kenali.

SK Nanga Entalau Lubok Antu
Para pelajar di SK Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak.

Cikgu Zahir bertugas sebagai guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi di SK Nanga Entalau dan beliau terus kekal di Sarawak. Beliau turut berkongsi kisahnya dengan blogger Malaysia Timur Cikgu Emmet[1] dengan tujuan untuk memberi penerangan lebih mendalam mengenai keadaan sekolah luar bandar di Malaysia. Catatan itu turut menjadi viral dengan mendapat lebih daripada 3,500 reaksi dan beratus-ratus komen daripada rakyat Malaysia.

SK Nanga Entalau Lubok Antu
SK Nanga Entalau merupakan salah satu contoh sekolah terpencil di Malaysia yang sangat memerlukan kemudahan internet.

Guru ini terpaksa menghadapi cabaran dengan membuat perjalanan pergi dan balik pada setiap minggu. Walaupun begitu, beliau turut gembira menikmati pengembaraan tersebut sungguhpun ia amat meletihkan.

“Saya tersesat di hutan dan syukurlah, saya berjaya diselamatkan, Saya juga pernah melakukan perjalanan dalam keadaan jerebu yang tebal semasa krisis pencemaran pada tahun 2019 dan kadang-kala saya ada juga bertemu dengan pelbagai haiwan seperti babi hutan, ular, kumbang besar semua jenis pepijat besar.”

Sarawak teacher travels motorbike dirt road

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Salah satu sebab yang menyebabkan Cikgu Zahir dipaksa bertugas antara Sri Aman dan Lubok Antu adalah kerana kekurangan capaian kemudahan internet di kawasan luar bandar. Beliau memerlukan kemudahan internet bagi menyelesaikan tugas kerja pentadbiran.

Sarawak teacher travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Berdasarkan Jabatan Perangkaan, capaian internet isi rumah meningkat dari 87% pada tahun 2018 kepada 90.1% pada tahun 2019[2] namun masih ramai yang tinggal di kawasan terpencil terpaksa mempunyai sambungan internet yang tidak jelas atau hidup tanpa internet.

Semasa berbual dengan beliau baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa beliau telah ditugaskan untuk kembali ke Malaysia Barat dan beliau sangat gembira dapat bertemu kembali dengan keluarganya, walaupun begitu, hatinya masih lagi untuk mereka di Sarawak. Ketika beliau ditanya mengenai capaian internet, beliau berkata,

“ Keadaan internet paling teruk sejak saya pergi. Rakan saya memberitahu saya bahawa mereka tidak boleh menggunakan internet. Walaupun saya menghantar mesej kepada mereka, mereka memerlukan masa sehingga satu minggu untuk membalasnya, kadang-kala ia mengambil masa yang lebih lama. Saya turut terfikir juga bagaimana para pelajar saya dapat meneruskan pembelajaran mereka kerana kita sudah menghampiri akhir tahun 2020. Liputan talian asas internet  masih terhad di kawasan luar bandar.”

Sarawak teacher travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Pengarah Urusan kumpulan Syarikat Xair,  Nor Zachy Fernandez memberi kiasan bahawa masalah ini  berpunca di mana penyedia telekomunikasi – internet sukar untuk menentukan kawasan mana yang paling banyak mendapat liputan. “Apabila pemerintah memberikan spektrum kepada operator [penyedia], ia menetapkan bahawa operator mesti menyediakan capaian kepada 95% penduduk, bukan 95% dari wilayah geografi. Oleh kerana kawasan luar bandar hanya mengandungi sekitar 5% populasi, pihak pengusaha diberikan kebebasan untuk tidak meliputi kawasan ini. Namun begitu, ini adalah hak mereka dan anda tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya dalam temu bual bersama The Edge.e[3].

Sumber: Sarawak Voice

Keadaan menjadi lebih mencabar di kawasan lanskap Sarawak. Dengan populasi sebanyak 2.8 juta orang di kawasan tanah 124.450 km persegi, penduduk negeri ini sangat tak sekata dan berselerak. Kemudahan infrastruktur dan jalan raya tetap menjadi keperluan utama. Tanpanya, masyarakat terpencil masih sukar dijangkau.

Sarawak teacher travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Guru-guru seperti Cikgu Zahir sangat jarang dan jauh ditemui. Guru muda yang penuh inspirasi ini telah menyentuh hati ramai orang dan murid-muridnya akan mengucapkan terima kasih kepada beliau. Cerita seperti ini mengingatkan kita akan pengorbanan yang telah dilakukan orang dalam hidup kita, tetapi juga meminta perhatian kita untuk melihat di luar lingkaran kita dan kepada masyarakat yang memerlukan. Bolehkah anda menjadi ‘Guru Zahir’ kepada seseorang hari ini? Apakah yang anda boleh lakukan untuk generasi yang akan datang?

Ingin membaca dengan lebih mendalam? Muat Turun “Whitepaper” atau “Slide” mengenai ‘Fakta menghadapi jurang pendidikan Malaysia’.

Rujukan:

  1. Cikgu Emmet Menulis. (November 2019), Getir at Ng Entalau Teacher Zahir’s Challenge. Facebook Community. Link.
  2. Department of Statistics Malaysia. (April 2020). ICT Use and Access By Individuals and Households Survey Report, Malaysia, 2019. Link.
  3. Jacobs, J., Subramaniam, P., (October 2020). Cover Story: The Digital Divide and Disconnection. The Edge Markets. Link.

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Fariessa Ameer.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?