Site logo

Cikgu Luar Biasa Ulang Alik 100KM Atas Motosikal Untuk Mengajar Pelajar

cikgu zahir sarawak lubuk antu

Pendidikan merupakan hadiah untuk pelajar luar bandar. Untuk turun sekolah sahaja merupakan kerja keras untuk banyak pelajar-pelajar yang hidup di kawasan luar bandar. Mereka berjalan untuk beberapa kilometer, menyeberang jambatan memberbahaya dan kadang kala mengembara melalui lumpur hanya semata hadir ke sekolah.

Kerja Keras ini Tidak Hanya Dialami Pelajar, Malah Cikgu Juga.

Memperkenalkan cikgu Zahir, seorang cikgu berumur 30 tahun yang telah mendedikasikan 6 tahun daripada hidupnya untuk mengajar pelajar-pelajar luar bandar di SK Nanga Entalau, yang terletak di pedalaman Sarawak.

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Dari tahun 2014 kepada awal tahun 2020, Cikgu Zahir membuat perjalanan sejauh 100km setiap minggu menggunakan Honda kapcai beliau dari Sri Aman ke Lubok Antu di mana terletaknya sekolah tersebut. Keadaan jalan jauh teruk daripada disangka. Beliau bergerak di atas jalan tanah yang banyak berlubang. Apabila hujan, jalan-jalan ini menjadi bahaya.

Cikgu Zahir travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Zahir dilahirkan dan membesar di Negeri Sembilan. Selepas beliau berjaya graduasi sebagai seorang cikgu, beliau menerima penempatan pertama di Sarawak. Walaupun kebanyakan kawan yang sama tahun dengan beliau keluar selepas beberapa tahun, Zahir memilih untuk kekal di sana kerana persahabatan dan sokongan yang beliau terima daripada komuniti Iban yang telah dikawan beliau.

SK Nanga Entalau Lubok Antu
Students at SK. Nanga Entalau, Lubok Antu, Sarawak.

Zahir bekerja sebagan seorang cikgu Teknologi Informasi dan Komunikasi di SK Nanga Entalau dan kekal di sana sepanjang penempatan beliau di Sarawak. Beliau berkongsi cerita beliau dengan blogger Malaysia Timur Cikgu Emmet[1] dengan tujuan menyebarkan kesedaran tentang keadaan sekolah-sekolah luar bandar di Malaysia. Post tersebut menjadi viral dengan lebih 3,500 reaksi dan ratusan komen daripada rakyat Malaysia. SK Nanga Entalau merupakan satu daripada banyak sekolah-sekolah pedalaman di Malaysia yang sangat memerlukan akses kepada internet.

SK Nanga Entalau Lubok Antu
SK Nanga Entalau is one of the many remote schools in Malaysia that is in dire need of internet access.

Zahir telah membuat perjalanan ulang alik yang amat susah dari sekolah tersebut setiap minggu. Walaupun beliau menikmati perasaan pengembaraan tersebut, beliau juga mengakui perjalanan tersebut sangat memenatkan.

Saya menjadi sesat dalam hutan dan nasiblah, saya berjaya diselamantkan. Saya juga pernah membuat perjalanan dalam keadaan jerebu tebal semasa krisis pencemaran 2019, dan kadang kala saya menemui pelbagai haiwan seperti babi hutan, ular, kumbang besar dan pelbagai serangga besar lain.

Sarawak teacher travels motorbike dirt road

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Zahir terpaksa ulang alik dari Sri Aman ke Lubok Antu akibat kekurangan sambungan internat di kawasan luar bandar. Beliau memerlukan internet untuk menyiapkan kerja administrasi.

Sarawak teacher travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Menurut Jabatan Statistik, penembusan internet di rumah tleah meningkat dari 87% pada 2018 ke 90.1% pada 2019[2] tetapi banyak yang hidup di kawasan pedalaman terpaksa bertahan dengan sambungan internet yang teruk atau hidup tanpa internet langsung.

Dalam perbincangan baru-baru ini, Zahir memberitahu beliau telah ditempatkan kembali di Semenanjung Malaysia dan dia gembira untuk bertemu kembali dengan keluarganya, tetapi hati dia masih dengan orang-orang di Sarawak. Apabila ditanya mengenai sambungan internet, beliau berkata,

Sambungan internet semakin teruk sejak saya keluar dari sana. Kawan saya bagitau mereka tidak dapat menggunakan internet langsung. Apabila saya hantar mesej kepada mereka, biasanya saya kena tunggu satu minggu untuk mesej saya dijawab, kadang kala lebih lama. Saya tertanya-tanya bagaimana pelajar boleh teruskan pendidikan mereka, terutama kerana kita sudah menghampiri akhir tahun 2020. Sambungan internet masih terhad di kawasan luar bandar.

Sarawak teacher travels motorbike

Source: Cikgu Emmet Menulis

Pengarah Pengurusan Kumpulan Syarikat Xair Nor Zachy Fernandez memberitahu masalah di mana penyedia telekomunikasi-internet mempunyai kesusahan membuat keputusan mengenai kawasan mana yang patut mendapat liputan yang paling banyak. “Apabila kerajaan memberi spektrum kepada penyedia, ia memberi spesifikasi bahawa operator mesti menyediakan sambungan kepada 95% daripada populasi, bukan 95% daripada kawasan geografi. Oleh kerana kawasan luar bandar hanya mempunyai 5% daripada populasi, operator-operator mempunyai pilihan untuk tidak menyambung kepada kawasan-kawasan tersebut. Ia merupakan hak keputusan mereka, dan tiada apa yang boleh dilakukan mengenai hal ini.” Kata beliau dalam temu bual dengan The Edge[3].

cikgu zahir mengajar di lubuk antu

Sumber: Sarawak Voice

Perkara menjadi lebih mencabar dengan landskap Sarawak. Dengan populasi sebanyak 2.8 juta orang dalam kawasan tanah 124,450km persegi, populasi negeri Sarawak disebar luas. Infrastruktur dan kemudahan jalan masih amat diperlukan. Tanpanya, komuniti di kawasan pedalaman masih susah dicapai.

Sarawak teacher travels motorbike

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Cikgu-cikgu seperti Zahir sukar untuk dijumpai. Cikgu muda yang memberi inspirasi seperti beliau telah menyentuh banyak hati dan pelajar-pelajar beliau boleh berterima kasih kepada beliau. Cerita-cerita begini mengingati kita tentang pengorbanan yang telah dibuat orang lain dalam hidup kita, tetapi juga mengambil perhatian kita untuk melihat luar bulatan kita kepada komuniti yang perlu bantuan. Bolehkah anda menjadi ‘Cikgu Zahir’ kepada sesiapa hari ini? Apa yang anda boleh buat untuk generasi seterusnya?

Untuk mendapat lebih maklumat tentang isu internet di kawasan pendalaman, bacalah kertas penyelidikan berjudul ‘Shocking Facts On Malaysia’s Education Gap’.

Rujukan:

  1. Cikgu Emmet Menulis. (November 2019), Getir at Ng Entalau Teacher Zahir’s Challenge. Facebook Community. Link.
  2. Department of Statistics Malaysia. (April 2020). ICT Use and Access By Individuals and Households Survey Report, Malaysia, 2019. Link.
  3. Jacobs, J., Subramaniam, P., (October 2020). Cover Story: The Digital Divide and Disconnection. The Edge Markets. Link.

Diterjermah oleh: Fariessa Ameer

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?