Site logo

Suthan Mookaiah: Menerangi Haluan Untuk B40 Melalui BeliGas, Sebuah Perusahaan Sosial

Beligas

Dalam semangat Deepavali, perayaan cahaya, kami menemu ramah Suthan Mookaiah, 35 tahun; suar yang memberi cahaya kepada isi rumah di Malaysia melalui BeliGas, sebuah perusahaan sosial yang memenangi anugerah- dan secara peribadi, Suthan juga membawa sinar kepada komuniti B40 dan banduan yang telah berubah. 

Permulaan Awal Yang Sukar 

Suthan berasal dari permulaan yang sukar di West Country, Kajang yang Suthan gelarkan sebagai “setinggan bandar” dan “ghetto tempatan”. Bapanya bekerja sebagai pemotong rumput dan ibunya seorang pekerja kilang. Suthan dibesarkan di kawasan kejiranan di mana jenayah adalah berleluasa, termasuk penyalahgunaan dadah/merompak/gangsterisme. Ibu bapanya sedar akan impak membesar di persekitaran sedemikian, dan mereka melindungi Suthan dan adik-beradiknya dan menumpukan perhatian Suthan dan adik-beradiknya terhadap pelajaran mereka. 

“Perkara baik yang dilakukan oleh ibu bapa saya adalah mereka sangat melindungi kami dengan menjaga kami di rumah. Kami tidak dibenarkan untuk bergaul, bercakap atau bermain dengan anak-anak jiran. Kami hanya dibenarkan untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran.”

Hasil campur tangan ibu bapanya, ketiga-tiga adik-beradiknya berjaya memasuki dan menamatkan pelajaran di peringkat institut pengajian tinggi. Walaupun membesar di persekitaran yang kurang kondusif, Suthan lebih baik daripada yang lain dan dia membuka jalan yang berbeza untuk dirinya.

Diberkati Dengan Kecemerlangan 

Seorang pelajar yang cemerlang semenjak zaman persekolahan, beliau menerima biasiswa Star Education dua kali berturut-turut, pertama ketika melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sunway, institusi pendidikan swasta yang terkenal.

YURAN TUISYEN KAMI DITANGGUNG, TETAPI MALANGNYA KAMI TIDAK MAMPU MENANGGUNG KOS PERJALANAN HARIAN DAN KOS MAKANAN. SAYA DAPAT BIASISWA ITU, TETAPI SAYA TIDAK DAPAT MENGGUNAKANNYA JADI SAYA TERPAKSA BERHENTI.”

Biasiswa yang sama dikurniakan kepada Suthan untuk beliau menyambung pelajarannya Kolej Life, yang merupakan kolej tempatan . Kali ini, dia menerima biasiswa tersebut, tetapi lama-kelamaan dia sedar bahawa apa yang diajarkan di dalam kelas telah dipelajarinya melalui pengalaman kerjanya yang terdahulu.

SAYA SEDAR BAHAWA SAYA LEBIH MENGETAHUI SUBJEK TERSEBUT BERBANDING PENSYARAH SAYA KETIKA ITU. SAYA MEMPEROLEH GPA 4.0 DAN SAYA SEDAR MUNGKIN SAYA TIDAK MEMERLUKAN DIPLOMA ATAU IJAZAH. JADI, SAYA MENARIK DIRI DARI PENGAJIAN TINGGI. 

Source:BeliGas
Source:BeliGas

Namun Suthan merupakan seorang yang bermotivasi kendiri, dia tidak berpeluk tubuh setelah berhenti dari kolej. Dia menceburi bidang pengekodan (coding) dan pengaturcaraan (programming) untuk kekal di hadapan. Tidak lama selepas itu, dia memulakan laman web kandungan sendiri dan menjual serta memasarkan pada awal era internet dan ketika berusia 21 tahun, dia memperoleh satu juta pertamanya [1].

Tidak lama kemudian, beliau menerajui kandungan dalam talian di pasaran  Asia Tenggara (SEA) bagi syarikat perkhidmatan digital bersepadu global yang berpangkalan di Sepanyol untuk memimpin dan mengembangkan  pasaran kandungan dalam talian di Asia Tenggara.

Setelah 9 tahun berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau dan Pengarah Urusan Tempatan, syarikat tersebut mengumumkan keputusan mereka untuk meninggalkan pasaran SEA ketika pandemik Covid-19 meninggalkannya dan pasukannya tanpa pekerjaan[2]

Pada mulanya, hanya saya, kemudian saya belajar mengenai seluk-beluk untuk membina syarikat dan lama-kelamaan  selepas itu saya mula untuk membina sebuah pasukan. Langkah demi langkah, kejayaan mulaI tercapai. 

Menawarkan Peluang Kedua Kepada Masyarakat Yang Memerlukan

BeliGas hanyalah satu lagi contoh keupayaan Suthan dalam mengatasi kemustahilan secara terus-menerus. Perusahaan BeliGas dimulakan semasa pandemik selepas beliau kehilangan pekerjaannya. BeliGas diwujudkan apabila seorang chef di restorannya kehabisan gas. Dia terkejut dengan sikap acuh tak acuh pengedar gas dalam keadaan mendesak. Setelah kajian mendalam tentang industri LPG, dia sedar bahawa pengguna membayar harga yang agak mahal untuk memperoleh gas LPG. [2].

Dengan apa yang diketahuinya, BeliGas memberi ganjaran kepada pengguna untuk mengitar semula minyak masak terpakai mereka untuk menawarkan harga gas yang lebih murah untuk kegunaan komuniti. Untuk pengguna BeliGas, kos bulanan untuk gas memasak adalah percuma, sementara harga LPG adalah semurah RM0.60, pengurangan yang sangat ketara daripada harga pasaran untuk keperluan asas ini[3]

Minyak masak terpakai yang dikumpul ini dan seterusnya dikitar semula menjadi bahan api biodiesel yang mapan, dan boleh digunakan oleh lori dan kenderaan. Ini merupakan program berimpak yang dilaksanakan mereka  untuk mengurangkan pencemaran air dan membantu memulihkan krisis iklim global[4].

Pelanggan juga boleh menebus benih pokok percuma seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.  Suthan berharap melalui inisiatif ini tumbuhan dan pokok juga akan turut ditanam  di perbandaran tempatan, dan kawasan komuniti untuk memacu semula penghijauan kawasan tersebut.

Sumber:BeliGas

Bukan itu sahaja, malah BeliGas juga bertindak sebagai perusahaan sosial yang memberi peluang kedua kepada golongan B40, terutamanya mereka daripada masyarakat terpinggir seperti bekas banduan, pekak, bisu dan lain-lain lagi.

Membesar di kawasan kejiranan yang usang, dia menyaksikan sendiri nasib golongan miskin tanpa sebarang bantuan dan sokongan. Setelah keluar dari kepompong kemiskinan, Suthan bertekad untuk menjadikan usaha perniagaannya sebuah perniagaan yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Setakat ini, BeliGas mempunyai hampir 80 orang pekerja yang kebanyakanya daripada golongan B40 dan lebih daripada 20 pekerjanya adalah bekas banduan. BeliGas telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya yang bermula dengan dua gudang dan penambahan dua lagi gudang pada masa akan datang. Mereka juga merancang untuk meluaskan jangkaun mereka luar daripada kawasan Lembah Klang ke Johor dan Penang.

SAYA BERADA  DALAM KEDUDUKAN YANG LEBIH BAIK SEKARANG DAN SAYA MAMPU UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA MEREKA YANG KESUSAHAN, ATAU MENGHULURKAN BANTUAN DI SAAT MEREKA MEMERLUKAN.KITA BOLEH MEMASTIKAN MEREKA TIDAK AKAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA STATISTIK. MEREKA TIDAK MENGHILANG DARI RADAR. ITU PENTING KEPADA SAYA.

Cabaran Yang Tidak Didendangkan Dalam Membantu Masyarakat Yang Memerlukan

Perjalanannya dalam membantu komuniti tidak berjalan dengan mudah. Kadang kala pekerja bekas banduan yang di ambil bekerja mengalami ketagihan semula dan sesetengah dari pekerjanya memilih untuk kembali ke keadaan asal mereka. Walaupun terdapat kelemahan, Suthan terus mencuba untuk membantu mereka dalam apa jua cara, kerana beliau percaya duit bukanlah jalan penyelesaian untuk membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Setiap individu datang dengan pakej yang tersendiri dan BeliGas berancang untuk menangani faktor psikologi dalam membantu kakitangan mereka.

Source:BeliGas
Sumber: BeliGas

KAMI CUBA UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA MEREKA, TETAPI SEKIRANYA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN APA-APA. KAMI TIDAK MEMPUNYAI PILIHAN SELAIN  MELEPASKAN MEREKA ATAS DASAR KESELAMATAN PENGGUNA KAMI YANG JUGA PENTING DI DALAM USAHA KAMI.”

Dengan pengalaman sedemikian, proses pengambilan pekerja juga menjadi lebih ketat dan BeliGas juga mempunyai jalinan kerjasama bersama Penjara Kajang untuk membantu proses saringan pekerja. Suthan, walau bagaimanapun, terdorong untuk mencari permata yang jarang ditemui di luar sana yang memerlukan peluang kedua dan bersungguh-sungguh untuk mengubah haluan hidup mereka.

MEREKA YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN BERADA DI KHALAYAK RAMAI SETIAP HARI DAN MEREKA TERDIRI DARIPADA YANG BIASA DAN ISTIMEWA. KAMI AMBIL YANG ISTIMEWA; ORANG YANG MENERIMA BANTUAN DAN MENGHASILKAN SESUATU DARIPADA BANTUAN YANG DIBERIKAN. MEREKA BERTEKAD UNTUK MEMBANTU DIRI MEREKA SENDIRI.”

Memegang Obor Api Untuk Orang Lain

TIADA MANUSIA YANG KESEORANGAN DI DUNIA INI. ANDA BOLEH DIBANTU  DAN ANDA BOLEH MEMBANTU ORANG LAIN, DAN TIADA APA YANG SALAH DENGAN ITU.”

Pemenang Anugerah 100 Usahawan Muda Berpengaruh Malaysia pada tahun 2020[5]berpegang kepada kepercayaan beliau bahawa harapan sentiasa ada walaupun dalam keadaan yang sukar.

Kita tidak bersendirian di dunia ini dan kita boleh menjadi suar pertolongan kepada orang yang berada di sekeliling kita atau memperoleh manfaat daripada bantuan yang dihulurkan oleh orang lain.

Sumber:BeliGas

“JADILAH SUAR CAHAYA DAN HARAPAN UNTUK SESEORANG. SEKIRANYA ANDA TIDAK MAMPU DAN MEMERLUKAN BANTUAN, TIDAK MENGAPA UNTUK MEMINTA PERTOLONGAN.”

Pada masa lalu, dia seorang pelajar yang berhenti daripada pengajian tingginya, tetapi nasibnya telah berubah dan hari ini Suthan merupakan Professor Madya di Universiti Taylor Malaysia. Kisahnya menggambarkan permulaan yang sukar tidak menghalangnya untuk terus bergerak ke hadapan. Ketabahan dan perusahaan sosialnya bukan sahaja membantu menyalakan api di dapur isi rumah golongan miskin tetapi ia juga mencetuskan permulaan baharu kepada mereka yang tersasar di pertengahan jalan di dalam kehidupan mereka. 

Diterjermahkan oleh: Qistina Balqis

Sumber:

  1. The Star. (2010). An Online Break. The Star. Link 
  2. V.Rao.(2021). Story of a rebel brand: Suthan Mookaiah offers a lighter solution to Beli Gas. marketingmagazine.com. Link
  3. F.Zainal.(2021). Raising up the downtrodden. The Star. Link
  4. Malaysia Book of Records Facebook page (2021). Link
  5. BeliGas.(2020). Congratulations To Mr Suthan M: Winner of Top 100 MIYE 2020. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?