Saya Mempunyai 8 Orang Adik Beradik Dan Dibesarkan Oleh Seorang Ibu Tunggal. Ini Cara Saya Keluar Dari Belenggu Kemiskinan.

Di Malaysia, terdapat lebih daripada 230,000 orang ibu tunggal yang dilaporkan pada tahun 2016. Jumlah ini semakin meningkat saban tahun[1]. Semasa penutupan yang disebabkan oleh penularan Covid-19, terdapat hubungan perkahwinan yang berada dalam keadaan yang tegang. Ianya dilaporkan sebanyak 78,000 kes perceraian telah difailkan semasa pandemik[2] dan ini telah meningkatkan bilangan ibu bapa tunggal.

Berikutan dengan peningkatan kos barang dan landskap ekonomi yang kian mencabar, mendidik dan membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi. Dalam hal ini, para ibu bapa tunggal perlu mengatasi lebih banyak cabaran. Mereka bertungkus-lumus untuk memastikan keperluan asas keluarga mereka dipenuhi untuk meneruskan kehidupan[3].

Sumber: TheStar

Memikul beban sebagai ketua keluarga, ramai ibu bapa tunggal tidak mempunyai pilihan selain bergantung kepada anak sulung mereka untuk membantu dan menjaga adik-adik mereka yang masih kecil selain menanggung beban kewangan.

Ini adalah kisah Matthew**, seorang pengurus restoran yang berusia 27 tahun. Kehidupan Matthew agak berbeza sejak zaman kanak-kanaknya. Beliau dibesarkan bersama 8 orang adik beradik lain dan hidup dalam serba kekurangan. Ibunya, Susan** ialah seorang ibu tunggal yang beusaha keras untuk menghidupkan keluarga mereka.

Realiti Dugaan Yang Dilalui Ibu Bapa Tunggal

A woman is seen working from home during phase three of the movement control order in Shah Alam April 15, 2020. — Picture by Miera Zulyana
Sumber: MalayMail

MEREKA [IBU BAPA TUNGGAL] PERLU MENYESUAIKAN DIRI UNTUK MENJAGA ANAK-ANAK MEREKA DAN JUGA MENJALANKAN KOMITMEN YANG LAIN, INI MENYUKARKAN MEREKA UNTUK MEMEGANG PEKERJAAN SEPENUH MASA. – GOH TECK KUAN (PENGERUSI KELAB IBU TUNGGAL JISHAN)[4]

Selain beban kewangan, ibu bapa tunggal turut memikul tanggung jawab besar yang lain.

Walaupun kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan dari masa ke semasa, bantuan ini hanya mampu membantu mereka untuk tempoh yang singkat. Dalam Bajet 2022, skim BKM yang terbaru telah memperuntukkan sebanyak RM2,000 untuk setiap ibu bapa tunggal yang mempunyai lebih dari tiga anak[4].

Dalam sesetengah kes, penerimaan bantuan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Contohnya, ibu bapa tunggal yang berhak mendapat bantuan mestilah seorang balu atau telah bercerai. Kesannya, para ibu bapa tunggal yang belum berkahwin atau berpisah diabaikan.

TIDAK SEMUA IBU BAPA TUNGGAL BERCERAI ATAU KEHILANGAN PASANGAN. KITA HARUS MENYEDARI BAHAWA GOLONGAN INI JUGA MEMERLUKAN BANTUAN. – APIPAH ISMAIL (PENGERUSI -PERSATUAN USAHAWAN IBU TUNGGAL PONTIAN)[4]

Membesar Dalam Kemiskinan

Sumber: Teoalida

Bagi kebanyakan dari kita, dilahirkan dalam keluarga ideal tanpa kesusahan adalah suatu impian. Menghadapi masalah kemiskinan adalah sesuatu yang mengerikan. Kehidupan yang selesa adalah bayangan yang jauh dan sukar untuk dimiliki oleh Matthew sekeluarga.

Keluarga Matthew dibesarkan di sebuah rumah kecil di Balik Pulau yang serba kekurangan, tanpa bekalan elektrik dan air. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan kepada mereka.

Rumahnya tidak mempunyai banyak perabot dan setiap barang yang dimiliki mereka adalah untuk keperluan dan bukan berdasarkan kemahuan. Semasa musim hujan, air banjir akan mencurah masuk melalui bumbung yang sentiasa bocor.

Sumber: TheStar

Kerungsingan mereka juga ditambah oleh sosok bapa mereka. Matthew mempunyai seorang bapa yang kejam dan mempunyai ketagihan alkohol. Bapa beliau sering bertindak kasar terhadap isteri dan anak-anaknya. Banyak laporan polis telah dibuat tetapi tidak berjaya. Persekitaran toksik berterusan sehingga suatu hari, bapa Matthew meninggalkan mereka – meninggalkan isterinya untuk menjaga Matthew dan adik-beradiknya.

SAYA MASIH INGAT HANYA ADA SATU HIDANGAN UNTUK SEMUA ORANG, SETIAP HARI. – MATTHEW

Setiap ahli keluarga dihadkan hanya makan sekali dalam satu hari dan hidangan mereka sehari-hari adalah bubur.

Akibat keadaan kehidupan yang penuh kesusahan, Matthew sering mempersoalkan hala tujunya, terutamanya sebab mengapa bapanya meninggalkan keluarganya dalam keadaan yang porak-poranda.

Bekerja Untuk Kelangsungan Keluarganya

Petaling Street
Sumber: Trip

Untuk meringankan beban keluarga, Matthew mula bekerja pada usia 13 tahun.

IBU SAYA TIADA PILIHAN SELAIN MENGHANTAR SAYA UNTUK BEKERJA. SAYA MULA BEKERJA DENGAN MELAKUKAN KERJA SAMPINGAN PADA USIA 13 TAHUN. – MATTHEW

Antara pekerjaan yang dilakukan oleh Matthew termasuk menjual token di funfair, melakukan kerja pendawaian dan mengecat, bekerja di pasar malam dan terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan.

Walaupun buruh kanak-kanak menyalahi undang-undang, para ibu bapa terdesak dengan kemiskinan- dan memerlukan bantuan anak-anak mereka dari segi kewangan.

Di Malaysia, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 menyatakan bahawa tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan orang muda di bawah umur 18 tahun yang bekerja[5]. Walau bagaimanapun, kanak-kanak buruh bekerja merupakan sesuatu yang biasa dalam sektor tidak formal seperti di pusat mencuci kereta, gerai jualan, dan pasar malam

Mengisi Kekosongan Sosok Ayah

Walaupun hidup dalam keadaan yang sukar, Matthew dan keluarganya menjalin hubungan yang erat. Mereka masih menjadi keutamaannya. Matthew memikul tanggungjawab pada usia yang muda sebelum dapat memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan untuk menyara keluarga.

KAMI MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN. SAYA MEMAINKAN PERANAN BAPA UNTUK ADIK-BERADIK SAYA. – MATTHEW

Matthew dan ibunya membina ikatan yang unik dan rapat. Selama bertahun-tahun membesarkan keluarga bersama, Matthew menggambarkan hubungannya dengan ibunya seperti ‘abang dan kakak’.

Melepaskan Kehidupan Alternatif

Memikul tanggungjawab menyara keluarganya menyebabkan Matthew untuk melepaskan impiannya. Kini, beliau memiliki segulung sijil dalam bidang Pembuatan (Manufacturing). Namun, situasi keluarganya tidak memungkin Matthew untuk menyambung pelajarannya.

Bagi Matthew, mengetepikan cita-citanya bermakna memenuhi impian adik-adiknya, dan itu sudah lebih dari cukup baginya.

Dia juga mengorbankan peluang dalam menjalinkan hubungan dan bekerja di Singapura untuk memastikan kesejahteraan keluarganya.

Matthew dan keluarganya. Source: Ihsan Matthew

Memperoleh Hasil Dari Usaha

Dibalik pelbagai rintangan kehidupan yang dihadapinya, Matthew tetap berazam untuk memenuhi hasrat dalam melanjutkan pengajian ijazah dalam perniagaan dan melancarkan perniagaannya sendiri.

Ketabahan, kasih sayang dan dedikasi Matthew terhadap keluarganya adalah contoh yang luar biasa untuk diikuti oleh adik-beradiknya. Beliau juga menyedari bahawa mereka yang berasal dari latar belakang yang berpendapatan rendah boleh mengubah masa depan mereka jika bekerja keras.

Sekarang, Matthew terus bekerja keras dan mempunyai pendapatan yang stabil. Beliau tidak hidup dalam kemewahan, tetapi ia adalah lebih selesa daripada sebelum ini. Masa depan Matthew, adik-beradiknya dan ibunya adalah lebih cerah sekarang berbanding di masa lepas.

JANGAN HANYA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MEMBANTU ANDA . – MATTHEW

Mesejnya kepada mereka yang menghadapi halangan yang sama seperti beliau ialah jangan bersikap naif dan bersikap bijak terutama dalam aspek kewangan.

Note: ** Names have been changed to protect the privacy and confidentiality of individuals.

Terjemahan oleh: Sally Yeo Yi Tong

Explore Our Sources

  1. Rahman, Abdullah, Darus, Mansor. (2017). Key Challenges Contributing to the Survival of Single Mothers. Link.
  2. The Star. (2021). Almost 78,000 couples divorced since start of pandemic last year. Link.
  3. Hashim. (2015). Stress, Roles and Responsibilities of Single Mothers in Malaysia. Link.
  4. The Star. (2021). Allow unmarried single parents to apply for govt aid. Link.
  5. AskLegal. (2018). Is child labour illegal in Malaysia? You might be surprised. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?