Site logo

Menu Rahmah: Senarai Pengusaha F&B Yang Menyertai Inisiatif Ini Di Malaysia

Menu Rahmah merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ia bertujuan untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk rakyat Malaysia di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup dengan menyediakan set makan tengah hari atau makan malam pada harga yang disyorkan iaitu RM 5. Golongan sasar inisiatif adalah kumpulan berpendapatan B40 dan kumpulan miskin tegar, tetapi KPDN, setakat ini, tidak mengeluarkan arahan menyekat Menu Makanan Rahmah daripada dibeli oleh kumpulan pendapatan lain.

Menu Rahmah menrangkumi nasi, satu pilihan protein (ayam atau ikan, buat masa ini) dan sebahagian daripada sayur-sayuran atau hidangan lain yang ditawarkan oleh pengendali F&B. Sebotol air mineral biasanya dihidangkan bersama hidangan. Sehingga kini, lebih 12,000 restoran Mamak, 800 restoran sajian India, 500 gerai tomyam, cawangan Mydin seluruh negara, Burger King di Semenanjung Malaysia menyertai program ini. Cawangan yang mengambil bahagian boleh dikenal pasti dengan pelekat Menu Rahmah yang khusus. Walau bagaimanapun, jangan ragu untuk menanyakan penjelasan lanjut daripada pekerja.

Berikut ialah senarai pengendali F&B yang mengambil bahagian di seluruh negara:

Sebarang kesilapan di dalam senarai ini amat dikesali kerana ini adalah usaha yang didorong oleh komuniti. Senarai akan dikemas kini dengan kerap.

Direktori Menu Rahmah Madani

Kementerian telah melancarkan portal  Menu Rahmah Madani portal menyenaraikan restoran dan pengendali makanan yang menawarkan Menu Rahmah yang boleh di lihat di tautan ini. Pengendali restoran dan F&B juga boleh mendaftarkan kedai mereka di portal tersebut.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?