Site logo

Lee Thiam Wah Dan Mahkotanya: Raja Mini Mart, Burger King Dan Kini Alliance Bank

Siapakah Lee Thiam Wah? Pernahkah anda perasan kedai 99 Speedmart di kawasan anda? Beliau merupakan pengasasnya. Digelar sebagai ‘Raja Mini Mart’, Lee dilahirkan pada tahun 1964 di Klang. Sejak lahir lagi, Lee menghidap penyakit polio yang kronik sehingga beliau kehilangan keupayaan mengguna kedua-dua kakinya.. Sejak itu, beliau berkerusi roda [1].

This image has an empty alt attribute; its file name is Lee20Thiam20Wah-1024x683.webp
Sumber: The Edge Markets

Lee membesar dalam persekitaran yang kurang senang, di mana bapanya berkerja sebagai seorang buruh pembinaan manakala ibunya bekerja sebagai seorang penjaja. Oleh kerana itu, mereka hanya mampu untuk menampung pengajiannya sehingga ke peringkat sekolah rendah sahaja. Malah, mereka juga tidak mampu untuk membayar kos pengangkutan kerana sekolah menengahnya terlalu jauh[1].

“Oleh kerana saya berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah, ibubapa saya sering menyibukkan diri dengan pekerjaan mereka untuk menampung kami dan disebabkan itu, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk saya. Akan tetapi, saya bernasib baik untuk membesar dengan nenek saya yang sering menjaga saya dan mengajar saya nilai-nilai kehidupan[2].”

Usahawan Muda Yang Membangun

Lee mempunyai 10 adik-beradik dan sementara ibu bapanya berkerja, nenek beliau menjaga Lee bersama adik-beradiknya. Beliau tahu bahawa dia perlu berkerja keras untuk menjadi seorang yang berjaya. Pada umur 14 tahun, Lee memulakan perniagaan kecil dengan menjual makanan ringan diluar rumahnya di Jalan Kampar, Klang.

Lee juga merupakan seorang yang dahagakan ilmu. Beliau meluangkan masanya dengan membaca banyak surat khabar serta majalah. Beliau juga akan meminjam buku daripada jirannya untuk memenuhi keinginannya dalam menuntut ilmu[1].

Sepanjang zaman remajanya, Lee fokus untuk menolong keluarganya dan pada masa yang sama, menabung untuk membuka kedainya sendiri. Pada tahun 1987, Lee yang berusia 23 tahun telah berjaya menyimpan duit sebanyak RM17,000. Beliau terus melaburkan semua wangnya ke kedai pertamanya yang bernama ‘Pasaraya Hiap Hoe’ yang berhampiran dengan Tepi Sungai, Klang.

Sumber: World of Buzz

Tidak lama kemudian, perniagaan tersebut dijual kepada saudaranya dan dana itu digunakan untuk membuka ‘Pasar Mini 99’ yang pertama di Klang Utama pada tahun 1992. Tujuan Lee adalah untuk membina rangkaian mini mart yang bersepadu kepada masyarakat di Malaysia dengan menjual barang-barang keperluan dengan harga yang berpatutan[1].

Dalam semua nombor, Lee memilih nombor 99 kerana ia menandakan sebagai sifat tidak kesempurnaan di dalam dunia ini.

“Kami memilih nombor 99 kerana ia menunjukkan bahawa walaupun kami tidak sempurna, kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada pelanggan dengan harga yang kompetitif. Ini juga dijadikan peringatan bahawa kami ada banyak ruang untuk memperbaiki lagi perkhidmatan kami[2].”

Dilahirkan Kurang Upaya Bukanlah Satu Alasan

Disebabkan Lee berkerusi roda, beliau terpaksa bergantung pada pertolongan saudara-maranya untuk mengangkat barang-barang yang berat. Namun begitu, ini tidak menghalang beliau daripada melibatkan dirinya dalam bidang perniagaan ini. Beliau sedar akan batasannya tetapi jiwanya yang cekal tetap menolaknya untuk mencuba dan menjadi seorang usahawan yang terbaik.

Sumber: 99 Speedmart

“Saya tidak pernah berfikir panjang dengan hakikat yang saya berkerusi roda, tidak pandai berbahasa Inggeris dan saya ke sekolah untuk enam tahun. Tiada siapa yang ingin mengupah saya kerana keterbasan fizikal saya. Oleh itu, sekiranya anda tidak bekerja keras, apa nilai anda?[3]

Lee mengaitkan kejayaannya adalah daripada dorongan dan sokongan neneknya. Kata-katanya menjadi tonggak kekuatan untuk dirinya setiap kali beliau ada keraguan diri. Dalam sebuah temu ramah dengan The Star, Lee berkongsi beberapa kata-kata hikmat yang diberitahu oleh neneknya.

Sumber: Nomicnation

“Awak hanya cacat dari segi fizikal, bukan dari segi mental. Awak pandai dan masih boleh menggunakan tangan awak untuk melakukan banyak benda lagi! Awak perlu berdikari dan mencari cara untuk hidup, kalau tidak, awak akan ketinggalan[2].”

Lee banyak melibatkan dirinya dalam perniagaan ini – daripada setiap perjumpaan dengan vendor sehingga membuat pesanan dan menyaksikan ketibaan pesanan tersebut ke hadapan kedainya. Lee selalu gembira untuk berinteraksi dengan pembekal dan pelanggannya dan disebabkan inilah perniagaan Lee disukai ramai.

Summer: The Star

“Anda harus jadi seorang yang berdikari. Betul, anda perlu bekerja lagi keras daripada orang lain, tetapi, ilmu yang diperoleh kemudian akan meningkatkan harga diri anda. Menjadi orang yang berguna kepada pelanggan membuatkan saya untuk berasa bersyukur serta memberikan saya satu tujuan dalam kehidupan[3].”

Empayar 99 Speedmart Hari Ini

Pada tahun 2000, perniagaan Lee dijenamakan semula untuk menjadi ‘99 Speedmart’ untuk mengikuti tren semasa supaya dapat memberikan wajah baru ke perniagaannya. Pada tahun 2006, ‘99 Speedmart’ telah menerima anugerah pertama mereka iaitu Anugerah Consumer Choice Award dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Malaysia. Perniagaan beliau telahpun berkembang dengan hebat dalam kuantiti dan kualiti.

Sehingga November 2021, 99 Speedmart mempunyai 2000 cawangan di seluruh negara dengan 3 dibuka di Singapura[4]. Di bawah cabang tanggungjawab sosial korporat mereka, 99 Speedmart telah menyumbang dalam tempoh 2021. Beberapa usaha beliau ialah:

  • Pada 25 September 2021, 99 Speedmart menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM1.88 juta (ventilator, pengimej ultrasound, katil pengasingan, sistem pam infusi) kepada 18 hospital barisan hadapan[5]
  • Dalam dua minggu pertama bulan Julai, 99 Speedmart komited untuk menghantar 1,000 pek barangan keperluan setiap hari kepada keluarga yang memerlukan sebagai sebahagian daripada gerakan #BenderaPutih [6]
  • Harga runcit kit ujian kendiri Covid-19 diturunkan kepada RM4.90 seunit di 99 kedai Speedmart di seluruh negara untuk menjadikannya lebih mampu milik untuk masyarakat[7]
  • 99 Speedmart meraikan Tahun Baru Cina pada tahun 2021 dengan menyumbangkan 587 hamper, 87 karton oren mandarin, dan bekalan kebersihan lain kepada pertubuhan amal di Selangor, KL, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Johor[8]

Melebarkan Sayapnya

Pada tahun 2015, Lee dan Datuk Chua Tia Guan melalui Newscape Capital Sdn Bhd mencapai persetujuan dengan Equity National Bhd (Ekuinas) untuk membeli rangkaian restoran Burger King di Malaysia dan Singapura pada harga RM74.6 juta [9].

Sejak pengambilalihan, wang telah dicurahkan untuk menubuhkan cawangan baharu dan membaik pulih restoran Burger King sedia ada. Rangkaian restoran tersebut menerima logo yang dikemas kini pada 2021 untuk mencerminkan identiti antarabangsa syarikat[10].

Sumber: rnggt.com

Pada peringkat pemerolehan, terdapat 32 cawangan Burger King di Malaysia dan 41 di Singapura [11] . Hari ini, terdapat lebih 120 di Malaysia dan 60 di Singapura.

Tiada ada yang boleh menghentikan Lee dari bergerak ke hadapan. Apa yang bermula sebagai percubaan yang gagal untuk mendapatkan lesen perbankan digital bertukar menjadi dia membeli bank pada tahun 2023 [9].

Lim menjadi tajuk utama akhbar, apabila beliau muncul sebagai pemegang saham besar Alliance Bank Malaysia Bhd, dengan 5.076% kepentingan. Lee kini pemegang saham ketiga terbesar institusi kewangan itu. Pemegang saham lain termasuk Vertical Theme Sdn Bhd (29.06%) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (10.5%)[12].

Kisah kehidupan Lee Thiam Wah merupakan inspirasi kepada semua orang. Meskipun menghadapi tragedi sewaktu kecil dan dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah, beliau tidak mengundur diri. Malah, melalui usaha keras dan pengetahuan yang mendalam tentang keusahawanan, beliau bangkit menjadi Raja Pasar Mini di Malaysia. Kisah hidup beliau membuktikan bahawa keusahawanan (dan keberanian) merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengubah nasib keluarganya daripada kemiskinan.

Sumber:

  1. Tang Ruxyn. (2017). 9 Successful And Wealthy Malaysians Who Came From Humble Beginnings. Says. Link.
  2. Emily K. (2017). Speeding Into Its 30th Year. Metro News. The Star. Link.
  3. Forbes. (2010). Malaysia’s King of Mini-Marts. Link.
  4. 99Speedmart.com. (2019). History. Link.
  5. Sinar Harian. (2021). KKM terima sumbangan peralatan kesihatan RM9.48 juta. Sinar Harian. Link.
  6. Yap, W.X. (2021). 99 Speedmart Is Giving Out 1,000 Grocery Packages Per Day For The #BenderaPutih Movement. Says.com. Link.
  7. Muhammad Amnan Hibrahim. (2021). Kit Ujian Kendiri Covid019 Serendah RM4.90. Sinar Harian. Link.
  8. 99 Speedmart. (2021). Lawatan ke Pusat Kebajikan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2021. 99speedmart.com Link.
  9. Focus Malaysia. (2023). Physical handicap of the “King of Mini Marts” makes him an envy of all able-bodied Malaysians. Link
  10. Sparrow Publishing House. (2022).99 Speedmart’s Lee Thiam Wah is refurbishing and rebranding Burger King restaurants. Link
  11. B.H.Tan. (2016). 99 Speedmart to grow Burger King business. minimeinsights.com. Link
  12. I.Ikram. (2023). 99 Speedmart founder emerges as Alliance Bank’s substantial shareholder. The Edge Markets. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?