Site logo

Ketua Isi Rumah Wanita Lebih Pesimis Tentang Masa Depan Selepas Melalui 2020

urban poor B40

Realitinya, bukan semua orang ternanti-nanti hari di mana kita semua menerima vaksin dan kembali hidup seperti biasa. Sehingganya tiba masa itu, kebanyakan rakyat Malaysia sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi senario terburuk, dengan hanya 10% keluarga menjangkakan status kewangan mereka bertambah baik.

Laporan terkini ‘Families on The Edge: Issue #3’ oleh UNICEF mendedahkan bahawa:

Boleh dikatakan hampir setiap 1 daripada 2 ketua isi rumah wanita (46%) menjangkakan keadaan kewangan mereka bertambah buruk dalam tempoh enam bulan akan datang[1].

Sebanyak 500 buah keluarga dengan anak-anak dari kalangan miskin bandar di Kuala Lumpur telah ditemuramah untuk laporan ini.

Sumber: New Straits Times

Ketua isi rumah dari kalangan orang kurang upaya (OKU) adalah yang paling pesimis. Kumpulan ini melihat peningkatan ketara dalam kadar pengangguran dari 13.4% hingga 50% pada Dis 2020.

Kebimbangan yang berterusan dan berpanjangan mengenai masa depan boleh menyebabkan tekanan yang sukar diatasi. Data menunjukkan bahawa responden mengalami peningkatan tahap tekanan (stress) dalam tempoh tiga bulan terakhir pada tahun 2020.

Sehingga Disember, setiap 1 daripada 4 isi rumah berasa tertekan dengan keadaan kewangan mereka[1].

Sesetengah keluarga khuatir tentang keupayaan mereka untuk menyediakan bekalan makanan bagi seisi keluarga, sementara yang lain tertekan dengan kekurangan peluang pekerjaan.

Walaupun wakil UNICEF berpendapat bahawa sesetengah keluarga berada pada landasan yang betul untuk pulih, namun keadaan keluarga yang lain terus merosot. Dengan kawalan pergerakan yang berterusan sehingga awal tahun 2021, ketidakpastian masih membelenggu sesetengah keluarga[1]

Sumber: Free Malaysia Today

Satu artikel yang diterbitkan oleh Khazanah Research Institute baru-baru ini mendedahkan kadar kemiskinan akan meningkat jika keadaan ekonomi bertambah buruk atau mengalami pertumbuhan yang perlahan.

Krisis ekonomi semasa Malaysia mampu menyebabkan 1.2 juta isi rumah di negara ini mengalami kemiskinan mutlak[2].

Walaupun beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk membantu golongan yang terkesan, pihak berkepentingan tidak sepatutnya memandang buta terhadap tahap pesismisme dan tekanan yang kian meningkat. Keadaan kesihatan mental masyarakat dapat menentukan kebangkitan atau kejatuhan negara dan tidak ada golongan yang lebih terjejas daripada generasi muda.

Rujukan:

  1. UNICEF. (2021). Families on the Edge. Issue #3. Link. 
  2. A. M. M. Firouz & H. A. Hamid. (2021). Lebih sejuta isi rumah miskin jika tiada bantuan sepanjang PKP 2.0. Khazanah Research Institute. Link.

Diterjermahkan oleh: Nurul Shaeera

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?