Site logo

Gambaran Yang Kurang Sempurna–Bagaimana Perkongsian Imej Dalam Talian Tidak Sepenuhnya Selamat

Amaran bacaan: serangan seksual, pornografi kanak-kanak

Pada tahun 2020, sebuah kumpulan Telegram bernama V2K telah didedahkan kerana mengedar dan mengkongsikan gambar wanita tanpa persetujuan dan pornografi kanak-kanak berbayar. Dengan hampir 40,000 ahli lelaki, kumpulan Telegram tersebut telah menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan menyiarkan nombor telefon,‘social media handle’, dan juga alamat-alamat mangsa-mangsa mereka. 

Beberapa mangsa menyusup masuk kumpulan itu dengan harapan mengumpulkan bukti untuk melaporkan kes mereka. 

Kami berjaya menyusup masuk dalam kumpulan V2K dengan menggunakan akaun seorang rakan lelaki. Kami mahu mengumpulkan bahan bukti sebelum membuat laporan polis. Namun, semasa berada dalam kumpulan itu, kami melihat bahawa ahli-ahli kumpulan ini sedar bahawa mereka akan didedahkan.  – seorang mangsa V2K[1]

Sumber: SAYS

Beberapa imej di Telegram telah dihantar oleh lelaki yang membalas dendam apabila seorang wanita enggan berkenalan dengan mereka. 

Dalam kumpulan itu, lelaki menghantarkan pornografi atau bahan lucah balas dendam [revenge porn] – kadangkala cuma gambar selfie ‘seksi’ dari Instagram – hanya sebab seorang perempuan tidak membalas mesej mereka. – Shalini, a V2K victim[2]

Kumpulan tersebut juga termasuk ibubapa yang tidak bertanggungjawab merakamanak mereka. Dalam kes pornografi kanak-kanak, realitinya adalah lebih kejam dan mungkin berkaitan dengan dandanan seksual budak bawah umur.

Terdapat terlalu banyak bahan pornografi kanak-kanak yang diedarkan secara terbuka. Terdapat seorang bapa yang merakam anak perempuannya sendiri secara rahsia  dan menghantarkan rakaman tersebut kepada kumpulan itu. – Shalini, seorang mangsa V2K [2]

Pada suatu masa, maklumat peribadi mangsa telah digunakan untuk menukar dan menerima maklumat peribadi mangsa lain, dan lelaki akan menghampiri mangsa yang tidak mengenalnya dengan menghantarkan mesej-mesej lucah di media sosial mereka. Ada yang menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali meminta perkhidmatan seksual dan mendapat mesej peribadi (DMs) daripada orang yang tidak dikenali yang berkata bahawa mereka bermasturbasi pada foto mereka.

Dan begitulah juga cara mangsa Mariam* dan Maya* mendapati imej mereka telah disalahgunakan oleh pemangsa dalam talian[3].

Saya berumur 15 tahun pada masa itu (dalam foto-foto itu) tetapi hanya mengetahui tentang penyebarannya apabila saya menghampiri berumur 16 tahun. Pertama, ia merupakan sebuah mesej di Instagram [yang] menghantar gambar-gambar saya kepada saya dan meminta lebih lagi, memanggil saya seksi dan liar. – Maya, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Sumber: Freepix

Di sebaliknya, Mariam berumur 22 tahun dan baru sahaja menamatkan diplomanya apabila dia mendapati foto-fotonya telah diedarkan tanpa persetujuannya. 

Saya pada masa itu sedang menginap [sleepover]  di rumah rakan saya. Salah seorang rakan saya kemudian menerima sebuah DM (mesej peribadi) daripada seorang lelaki yang telah memberitahunya bahawa rakannya memang seksi dan terus menghantarkan foto saya, tanpa provokasi. – Mariam, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Beberapa Mangsa Bersuara Tetapi Majoritinya Mendiamkan Diri  Diri

Salah seorang mangsa kumpulan Telegram V2K berani mendorongkan usaha dengan mengumpul maklumat tentang modus operasi kumpulan tersebut. Lebih 20 orang mangsa kumpulan Telegram itu tampil ke hadapan, dan dengan sokongan All Women’s Action Society (AWAM) sebuah laporan dibuat di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman. 

Namun, tidak semuanya seberani 20 orang tersebut. Maya tidak membuat sebarang laporan terhadap pelakunya.

Saya tidak membuat laporan polis kerana saya beranggapan ia akan lenyap seperti perkara lain di Internet. Saya tidak mahu mengaku gambar tersebut adalah milik saya jadi saya tidak pernah mengakui mereka sebab hanya separuh muka saya yang boleh dilihat.– Maya, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Perasaan malu yang berleluasa menyebabkan Mariam mengelak dari melaporkan, mengetahui bahawa melaporkan pelanggaran privasi itu berpotensi membawa kepada dirinya akan disisihkan oleh keluarganya.

Tetapi ianya berterusan selama bertahun-tahun dan mesej terakhir saya terima semasa saya berusia 19 tahun. Selepas itu, saya memadam semua foto, menyahaktifkan akaun saya dan berehat dari media sosial selama lebih dari setahun. – Mariam, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Sumber: Juice Online

Sebaliknya, Mariam terpaksa menanggung tekanan psikologi bertahun-tahun setelahnnya. 

Saya marah dan kecewa pada diri saya sendiri. Saya rasa murung selama berbulan-bulan. Saya masih memikirkannya sehingga hari ini. – Mariam, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Dan Maya menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri, enggan meminta sebarang bantuan profesional.

Saya percaya bahawa saya tidak pernah dan tidak akan sembuh daripadanya. Saya telah hampir tidak bercerita mengenainya dan sampai sekarang, saya hanya memberitahu 3 orang tentangnya termasuk anda. – Maya, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Sebuah soal selidik dijalankan pada tahun 2022 mendapati bahawa 49% wanita Malaysia percaya bahawa keganasan terhadap wanita sering diprovokasi oleh mangsa itu, lebih daripada tiga kali ganda purata negara global iaitu 15%[4].

Mangsa yang terus disalahkan dalam masyarakat menyaksikan lebih banyak lagi eksploitasi seksual tidak dilaporkan. Mangsa hidup dengan kerosakan psikologi manakala pelaku terus melakukan jenayah yang sama.

Kesudahannya tragis bagi mangsa eksploitasi seksual dalam talian terdahulu.

Pada tahun 2020, seorang remaja berusia 17 tahun membunuh diri pada 3 Ogos selepas diganggu secara seksual oleh seorang lelaki berusia 20 tahun dalam talian. Mangsa diugut untuk gambar-gambarnya diviralkan jika mangsa tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki tersebut. Kes lain menyaksikan seorang wanita berumur 20 tahun menggantung diri dalam bilik apabila mangsa dibuli di alam siber oleh seorang pelaku lelaki. 

Perdagangan yang Masih Berterusan

Ada beberapa pelaku dalam kumpulan Telegram itu telah membenarkan perlakuan mereka pada masa lalu dan tidak merasa menyesal.

Apabila mereka berasa tidak malu menari dengan pakaian ‘menjolok mata’, mengapa kita perlu merasa malu untuk ‘menikmati’ mereka dalam kumpulan Telegram kami? Hidup V2K! –Seorang ahli kumpulan V2K[5]

Sumber: Malaysiakini

Tindakan perkongsian imej wanita tanpa persetujuan dan pornografi kanak-kanak tidak dilihat sebagai salah oleh kumpulan tersebut,malah ada yang menyalahkan wanita yang menyiarkan foto seksi di akaun media sosial mereka. Pada tahun 2022, dianggarkan bahawa 100,000 kanak-kanak di Malaysia telah dilaporkan mengalami eksploitasi seksual dan penderaan dalam talian[6]

Terdapat banyak lagi kumpulan yang serupa di Telegram, mengabadikan pelajaran sifat-sifat maskulin yang toksik dan membenarkan tindakan keganasan berasaskan jantina. Di Twitter, sebuah gambar screenshot telah dikongsikan, oleh seorang ahli kumpulan yang berterus terang mengatakan bahawa golongan wanita sepatutnya bersyukur kerana “sekurang-kurangnya, kita bukan rogol mereka.” – All Women’s Action Society (AWAM)[7]

Pendedahan Telegram V2K menyebabkan kumpulan itu ditutup oleh Telegram. Namun, tiada tindakan telah diambil terhadap lebih 40,000 ahli kumpulan tersebut. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kumpulan-kumpulan yang baru telah ditubuhkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan di aplikasi pihak ketiga dalam talian serta malah sejauh menjualkan pautan di Shopee pada suatu masa.

Lebih membimbingkan, PDRM juga mendedahkan bahawa 106,764 alamat IP di Malaysia telah mengkongsikan pornografi kanak-kanak sejak 2017 sehingga Ogos 2022[8]. Angka tersebut menunjukkan bahawa terdapat aliran permintaan yang berterusan untuk pedofil siber.

Perdagangan kotor ini juga terdapat di Twitter, dikenali sebagai DS (Dark Side), sebuah lokasi utama bagi pesalah jenayah seksual untuk menjual dan mempromosi saluran dan kumpulan Telegram mereka yang haram. Akaun-akaun itu menjual langganan kepada saluran mereka yang mengandungi imej lelaki dan wanita dewasa tanpa persetujuan malah lebih teruk lagi, kandungan eksplisit melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Akhir Kata Daripada Mangsa

Internet mempunyai kelebihannya tetapi pada masa kini, semakin banyak sisi gelapnya yang beransur muncul. Sejak pendedahan kumpulan Telegram V2K, Malaysia telah meluluskan Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual untuk melindungi hak wanita dengan lebih baik. Walaupun begitu, jenayah siber seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan Telegram itu sukar dibuktikan dan sejak 2020, siasatan polis masih diteruskan.

Mangsa eksploitasi seksual dalam talian percaya bahawa berkongsi sebarang imej bersifat seksual dalam talian perlu mengikut pertimbangan masing-masing.

Malangnya, belum ada cara yang selamat yang membolehkan kita untuk mengekspresikan diri kita secara seksual melalui bentuk digital setakat ini. Tiada siapa yang boleh dipercayai. – Maya, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Walaubagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan para pelaku dihukum. Terdapat perundangan yang telah ditetapkan apabila gambar intim digunakan sebagai bahan pemerasan ataupun diedarkan tanpa persetujuan.

Menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan Malaysia, sesiapa yang didapati bersalah memiliki atau mengedar sebarang bahan pornografi termasuk berkongsi gambar lucah peribadi boleh dipenjara sehingga 3 tahun, atau didenda, ataupun kedua-duanya.

Selain itu, ia boleh didakwa mengikut Seksyen 211(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tiada pemberi perkhid­matan aplikasi kandungan atau orang lain yang meng­gunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan (content) sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelek sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang. – Seksyen 211(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998[9]

Ia juga merupakan tanggungjawab kalangan awam untuk melaporkan saluran haram.

Laporkan setiap satu daripada saluran itu. Awak mungkin merasa gembira bermasturbasi kepada beberapa gadis asing dalam talian, tetapi tidak lama lagi dia mungkin adalah adik awak sendiri, sepupu awak, rakan baik awak, ataupun ibu awak! – Mariam, seorang mangsa eksploitasi seksual dalam talian[3]

Kalau gambar anda telah dikongsi tanpa persetujuan anda, laporkanlah kepada pihak polis dengan menyediakan tangkapan skrin, gambar dan maklumat relevan yang lain. Pada masa yang sama, ia juga wajar melaporkan kejadian itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebagai alternatif, hubungi organisasi wanita yang sedia ada seperti All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO) dan Women’s Centre For Change Penang (WCC) yang mempunyai sistem laporan disediakan untuk membantu anda.

Sebagai seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab, jangan teragak-agak untuk melaporkan segala saluran yang menjual langganan dan berkongsi imej tanpa persetujuan di Shopee, Telegram, Twitter ataupun sebarang perkhidmatan yang lain. 

*Nota: Nama telah diubah untuk melindungi identiti mangsa-mangsa tersebut.

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources:

  1. A. Rozaidee. (2020). Local Telegram Group With Over 35,000 Members Is Spreading Women’s Photos & Child Porn. SAYS. Link 
  2. T.Sukumaran. (2020). For Malaysian survivors of Telegram porn scandal, abuse and exploitation lead to calls for change. South China Morning Post. Link 
  3. A.Aiman. (2022). It Got Worse. Subscriptions to Telegram Channels Spreading Minors’ Nudes Now On Shopping Apps. JUICE Online. Link 
  4. A.Adam. (2022). Malaysians think sexual harassment biggest issue faced by women in country; over half in Ipsos survey say comments on physical looks unacceptable. Malay Mail. Link 
  5. T.Velusamy. (2020). “We’re not raping anyone” M’sian Telegram Group Shares Unconsented Photos of Girls & Child Pornography. World Of Buzz. Link 
  6. UNICEF. (2022). Disrupting Harm In Malaysia: Evidence on online child sexual exploitation and abuse. Link 
  7. AWAM. (2020). Demolish the V2K Telegram Group & other similar groups at once and take severe action against perpetrators. Link 
  8. The Vibes. (2022). Over 100,000 M’sian IP addresses suspected of sharing child porn: Rina. Link 
  9. T.Nazari. (2020). Malaysian Laws That Protect You When An Ex Threatens To Leak Your Nudes. The Rakyat Post. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?