Site logo

8 Wanita Orang Asli ‘Powerhouse’ Yang Telah Melawan Arus Untuk Mencapai Kejayaan

Menerusi data dari tahun 2019, penduduk Orang Asli(OA) berjumlah 210,611 di Semenanjung Malaysia, terdiri daripada 18 suku kaum dan setiap suku tersebut masing-masing mempunyai budaya, bahasa dan norma sosial yang unik.

Kemiskinan merupakan salah satu masalah yang berleluasa dalam kalangan masyarakat OA dengan kadar kemiskinan berada pada 89.4% pada  2019[1]. Colin Nicholas, penyelaras Centre for Orang Asli Concerns (COAC) menambah bawah 99.25% daripada masyarakat OA adalah golongan B40.[2].

Di samping kemiskinan, terdapat beberapa isu yang berleluasa dalam komuniti OA termasuk kekurangan  dalam pendidikan, bantuan kerajaan, bekalan makanan oleh kerana kemusnahan hutan mereka dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa wanita OA yang hebat dalam membantu, menyokong dan membantu masyarakat mereka. Para wanita ini telah mengukir laluan untuk kalangan OA dan generasi-generasi yang akan datang. Berikut adalah lapan wanita hebat tersebut:

#1: Sapiah Mohd Nor, wanita Orang Asli pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Sapiah Mohd Nor melakar sejarah apabila beliau menjadi wanita OA pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Pada tahun 2021, beliau menerima watikah pelantikan daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa satu majlis yang diadakan di pejabat Perdana Menteri[3].

Perlantikan beliau juga telah mencipta sejarah di Jakoa, sebagai seorang wanita yang mengetuai jabatan tersebut, seterusnya meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan masyarakat OA dalam perkhidmatan awam. – Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar[3]

Sapiah tamat pengajiannya dengan Ijazah Sarjana dalam undang-undang perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007.

Tempoh perkhidmatan Sapiah membenarkannya untuk mendaki tangga mobiliti kerjaya. Beliau menyertai perkhidmatan awam dan memegang jawatan sebagai penolong pegawai tadbir pada tahun 1991. Beliau mempunyai pengalaman selama  30 tahun di  beberapa jabatan kerajaan dan kementerian termasuk Kementerian Kewangan,Kementerian Perladangan dan Komoditi, serta Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sejurus sebelum pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah, beliau telah berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sejak 2003[3].

#2: Tijah Chopil, Pengasas Sinui Pai Nanuk Sngik 

Sumber: The Star

Tijah Chopil adalah berketurunan Semai dan merupakan seorang ketua yang unggul di  kalangan OA. Pada tahun 1995, beliau mengasaskan Sinui Pai Nanuk Sngik (SPNS) yang bermaksud Kehidupan Baru, Satu Hati. SPNS  bertindak untuk memperjuangkan hak-hak OA[4].

Sebahagian punca penubuhan SPNS adalah perjuangan Tijah dan perjalanannya sebagai seorang OA. Sepanjang hidupnya, Tijah mengalami pertemuan-pertemuan yang tidak menyenangkan, walaupun ketika hanya berusia 8 tahun. Layanan yang tidak adil dan biadab dihadapi oleh OA, hak-hak yang terhad, di samping isu-isu yang lain, dibentangkan sebagai isu berterusan bagi masyarakat OA.

Tijah sedar bahawa sesuatu perlu diubah.

Selain daripada kesanggupannya untuk menyemai  perubahan, apa yang membantunya adalah sifat Tijah yang berdikari sesuatu yang telah dibentuk sejak kecil. Sebagai anak keenam daripada 10 adik-beradik, beliau membantu ibunya dengan penuh tanggungjawab selepas bapanya meninggal dunia ketika Tijah baru berusia 12 tahun dalam membesarkan adik-adiknya[5].

Semasa berusia 17 tahun, beliau menyedarI bahawa pendidikan boleh mengubah hakikat para OA. Tijah mengajar adik-beradiknya serta anak-anak jirannya untuk membaca dan menulis. Kesudahannya beliau mulai memberi tunjuk ajar dan menyebarkan ilmu pengetahuannya, memulakan sebuah tadika sesi petang di kampung beliau[5].

Berinspirasi untuk berbakti demi OA, beliau memberanikan dirinya dan bermula mengubahkan kehidupan masyarakatnya dengan cara-cara yang beliau mampu lakukan.

Saya mendapati bahawa lelaki-lelaki yang mengaku sebagai ketua kami tidak terlibat dengan masyarakat OA dengan benarnya ataupun mencari cara kreatif untuk menyelesaikan masalah kami. Jadi daripada menunggu mereka, saya memutuskan untuk membina kumpulan saya sendiri. Saya memutuskan untuk  melibatkan diri dengan kaum wanita dan kami menggelar diri sebagai Kumpulan Ibu-Ibu Kampung Chang -Tijah Chopil, Pengasas Sinui Pai Nanuk Sngik (SPNS)[4]

Kumpulan Ibu Kampung-Kampung Chang kini dikenali sebagai Sinui Pai Nanuk Sngik. Pertubuhan tersebut menyuarakan hak-hak OA dan mengadakan kelas-kelas dan bengkel-bengkel untuk komuniti OA. SPNS juga berjaya melawan ancaman rampasan tanah dan pencerobohan dalam kawasan-kawasan wilayah adat mereka[4].

Selepas bertahun- tahun, golongan belia  yang pernah menjadi murid-murid saya dan kaum wanita telah menjadi penyokong saya yang kuat. Mereka telah membantu saya meyusun atur masyarakat OA ketika pencerobohan tanah berlaku ataupun apabila kami perlu menyuarakan tuntutan kami kepada kerajaan.-Tijah Chopil, Pengasas Sinui Pai Nanuk Sngik (SPNS)[4]

Tijah Yok Chopil adalah antara beberapa yang dicalonkan sebagai Wild Asian Heroes sebagai  pengiktirafan usaha beliau untuk memperkasakan dan memperjuangkan nasib masyarakat tempatan[4].

#3: Nia Vanessa Suhana,  Penunggang Basikal Gunung Profesional Peringkat Kebangsaan  

Nia Vanisa Suhana. Sumber: Malaysia Now

Berasal dari Pahang, Nia Vanessa Suhana akan menemani rakannya, Siti Natasha, ke trek kitaran untuk melihat rakannya berlatih setiap hujung minggu.

Nia akan membawa bekalan air untuk mereka yang berlatih lain apabila diperlukan semasa sesi latihan mereka.  Mempunyai pengalaman terdahulu dalam berkayak  dan mendayung bot, tidak terlintas di fikiran Nia untuk menceburi berbasikal gunung. 

Saya ialah  ‘water girl’ pada masa lalu. – Nia Vanessa Suhana, penunggang basikal gunung professional[6]

Namun, kisahnya telah ditetapkan untuk berubah apabila jurulatih rakannya memutuskan untuk mengajak Nia menyertai mereka untuk berlatih.Ini menandakan permulaan perjalanannya sebagai penunggang basikal gunung[6].

Nia mulai mengambil bahagian dalam pertandingan basikal gunung  pada usia 17 tahun di peringkat tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menyertai di padang asing seperti Filipina, Thailand dan Indonesia, menamatkan di antara tempat tiga teratas[6]

Awal tahun 2022,  Nia merangkul tempat pertama dalam kategori terbuka wanita di Enduro Bukit 300 Challenge 2022  yang berlangsung di Perak.

Tiada siapa sangka yang saya boleh melakukannya. Saya pernah menjadi seorang yang terlemah dalam kumpulan ini. – Nia Vanessa Suhana, penunggang basikal gunung professional[6]

Selain daripada mengambil bahagian dalam latihan dan pertandingan, beliau juga memberi tumpuan dan usahanya dalam peperiksaannya yang akan datang pada waktu malam mengikut kemampuannya.

Dalam jangka masa panjang, Nia berharap untuk membuka sebuah pusat berbasikal di perkampungannya demi kanak-kanak OA. Walaubagaimanapun, rancangan beliau memerlukan bantuan dan usaha kolektif daripada orang ramai dan organisasi yang berkaitan.

Sesiapa pun boleh sertai,bukan sahaja anak-anak OA. Tetapi kosnya amat tinggi, dan anak-anak OA selalunya kurang berkemampuan.. Mereka tidak mampu membayar untuk basikal. Kalau kami dapat penajaan, kemungkinan lebih ramai yang akan menyertai dan lebih banyak atlet boleh dihasilkan. – Nia Vanessa Suhana, penunggang basikal gunung nasional[6]

#4: Edaziana Matoyam, Anggota Bomba Wanita Pertama Dari Komunitinya 

Edaziana Matoyam. Sumber: The Sun Daily

Menjadi seorang anggota bomba wanita pertama dalam komunitinya bukanlah sesuatu pencapaian yang  mudah. Edaziana Matoyam dilatih dalam sebuah program yang meluas dan sengit di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri untuk mencapai impiannya.

Latihan selama dua minggu adalah sukar tetapi saya gembira dapat melaluinya. Ia memang lasak. Saya juga menghadapi isu dalam berkomunikasi dan memahami budaya yang baru. Saya pernah berfikir untuk berputus asa tetapi saya tidak mahu mengecewakan diri sendiri. Edaziana Matoyam, Anggota Bomba[7]

Ezadiana juga menyatakan bahawa bahagian yang paling mencabar ketika menjalani latihan ialah operasi menyelamat[7].

Apabila tahap tersebut telah selesai, beliau kemudian dihantar ke stesen di Jitra, Kedah untuk berkhidmat.

Semangat Ezadiana terserlah dengan sendirinya apabila beliau melihat usaha para anggota bomba dalam televisyen dan mendengar tindakan-tindakan berani mereka semasa zaman persekolahannya[8].

#5: Susherrie Suki,Orang Asli Pertama Dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama

Susherrie Suki/]. Sumber: New Straits Times

Susherrie melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai OA yang pertama yang menamatkan pengajiannya dengan ijazah kelas pertama di United Kingdom, mengharapkan kisahnya mencetuskan ilham untuk individu lain dalam masyarakatnya[9].

Saya berbesar hati untuk menjadi OA yang pertama dari suku kaum Semai untuk menjejak kaki di UCL(University of London) dan menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama. – Susherrie Suki[10]

Keazaman dan kerja keras membawa Susherrie kepada kejayaan dalam menamatkan pengajiannya dari sebuah universiti bertaraf dunia dengan No.8 secara peringkat global oleh QS World University Rankings 2023 dan No.4 di United Kingdom[10].

Setelah menyelesaikan pengajian sehingga ke tingkatan lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Ave Maria Convent, saya menyambung pelajaran saya di peringkat A-Level di Kolej MARA Seremban dan menerima tawaran untuk Ijazah Sarjana Muda di UCL selama tiga tahun Susherrie Suki[10]

Susherrie memilih jurusan Perancangan Bandar kerana minatnya terhadap bangunan dan seni bina, dengan keazaman untuk menjadi seorang perancang bandar professional[9].

Oleh kerana ia merupakan pertama kalinya beliau berhijrah ke negara asing, beliau memastikan bahawa pertuturan Bahasa Inggerisnya fasih. Setelah tiba di sana Susherrie segera mendaftarkan diri di  kelas tambahan Bahasa Inggeris dengan serta mengambil kerja sambilan bagi menjana pendapatan tambahan dan juga berlatih bertutur dalam bahasa Inggeris[9].

Jauh dari tanah airnya, Susherrie bekerja siang malam dan juga bertungkus lumus semasa di UCL. Tanpa disangka, usaha beliau membuahkan hasil. 

Apabila saya menerima keputusan yang menyatakan saya telah menerima anugerah ijazah kelas pertama di UCL, saya berbesar hati serta memanggil adik perempuan saya tentang keputusan tersebut kerana, pada pendapat saya, ini bukan sesuatu yang mudah dicapai. – Susherrie Suki[10]

Bagi rancangan masa hadapannya, Susherrie ingin melanjutkan pengajiannya di UCL dalam Ijazah Sarjana dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar[9].

#6: Ayu Majid, Pendidik Orang Asli

Ayu Majid

Ayu A/P Majid dilahirkan di Kampung Chengkelik, R P S, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan[12].

Kisahnya bermula ketika Ayu masih  kecil, bermain-main bersama rakan-rakannya sebagai ‘guru pura-pura’ dan mengajar mereka di bawah sebatang pokok.

Apabila Ayu membesar, beliau cuba melibatkan dirinya dalam bidang pendidikan, namun ianya tidak mudah. Ayu tidak tahu bagaimana beliau boleh menjadi seorang pendidik.

Walaubagaimanapun, sewaktu beliau diperkenalkan dengan SOLS 24/7, sebuah organisasi kemanusiaan, Ayu mendaftar ke organisasi tersebut untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan kerana mereka mengadakan program pendidikan di perkampungan beliau[12].

Pada masa itu, saya telah pun ditawarkan jawatan sebagai tenaga mengajar di bawah SOLS 24/7. Apabila saya melihat perjuangan mereka [murid-murid], saya terinspirasi untuk membuat perubahan. – Ayu A/P Majid, pendidik Orang Asli[11]

Beliau menyertai pasukan SOL 24/7 untuk bekerja sebagai serrang guru, memperoleh pekerjaan yang beliau inginkan.Kini, Ayu memberi tumpuan untuk mengajar golongan murid yang kurang bernasib serta membantu sesiapa yang beliau mampu tanpa mengira latar belakang mereka.

Ayu berhasrat untuk membantu masyarakat OA dengan mengajar dan membantu mereka mengukuhkan Bahasa Inggeris mereka. Beliau juga hendak memastikan bahawa murid-murid tersebut mengenali bahasa tersebut demi meningkatkan peluang untuk masa depan yang cerah dan gemilang. Sebagai seorang yang bergelut dengan Bahasa Inggeris semasa zaman persekolahannya serta ibubapa dan datuk neneknya tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan asas, beliau berniat untuk memastikan ia dapat dicapai untuk generasi yang akan datang[11].

#7: Hanim Apeng, Penenun Orang Asli  dan Ketua Masyarakat

Summer: Free Malaysia Today

Hanim adalah seorang usahawan “self-made” dan ahli suku kaum Jakun-Jahut, di mana beliau bekerja  sebagai penyelaras anyaman dan  penasihat bagi projek anyaman, Projek Anyaman Harapan. Kerjanya tertumpu kepada penghasilan kraftangan Orang Asli yang tulen, serta sabun buatan sendiri, produk yang dikitar semula dan sebagainya[12].

Hanim juga pernah menyandang jawatan pengerusi MPKKOA (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli) Sungai Buloh selama beberapa tahun dan beliau adalah dikenali sebagai seorang yang amat vokal dan lantang dalam menyemarakkan semangat serta memperkasakan masyarakat OA. 

Sebelum memegang tanggung jawab membantu komuniti OA, Hanim pernah bekerja sebagai jururawat dan pegawai perkhidmatan pelanggan. Pekerjaan-pekerjaan tersebut telah meningkatkan keyakinan diri Hanim dalam bekerja dengan kelompok OA yang besar..

Pengalaman bekerja sebelum ini telah membuat saya menjadi lebih yakin. Sebenarnya, saya tidak mahu dipandang sebagai ketua yang lemah dan tidak berkemahiran. – Hanim Apeng, penyelaras dan penasihat untuk projek Anyaman Harapan.[13]

Hanim juga aktif memberi ceramah-ceramah tentang Orang Asli[13].

Sebagai seorang pemimpin masyarakat, beliau juga menggalakkan komuniti OA melangkah keluar dari zon selesa mereka dalam mengejar kejayaan. Hanim adalah bukti bahawa kejayaan adalah ditentukan untuk semua orang, tanpa mengira tempat asal mereka.

#8: Rosdila Ngah Roslan, Mengkongsikan Cerita Visual Masyarakat Orang Asli Melalui Video 

Rosdila Ngah Roslan (right) on the set of Klinik Ku Hutan. Sumber: FreedomFilmFest

Rosdila Ngah Roslan, seorang wanita suku kaum Temiar, adalah sebahagian ahli-ahli kru produksi bagi beberapa filem yang diterbitkan berkenaan masyarakat Orang Asli di FreedomFilmFest (FFF) 2020.

Menjadi sebahagian projek ini dan merealisasikannya membuat suku kaum OA lain berbangga bahawa mereka telah diwakili dan projek ini memberi suara bagi mereka[14].

Mereka amat gembira dengan betapa beraninya kami dalam meluahkan diri dan suara kami melalui filem-filem seperti ini. Mereka mahu lebih ramai wanita OA untuk menghasilkan filem serta karya. – Rosdila Ngah Roslan,ahli pasukan produksi[15]

Bagi Rosdila, projek ini bermakna memberi mereka peluang untuk melindungi dan mempertahankan identiti OA beliau.

Saya akan merasa sedih kalau identiti ini akan hapus. Filem ini adalah satu cara untuk mengekalkan identiti, segulung filem dan segulung filem seterusnya. – Rosdila Ngah Roslan,ahli pasukan produksi[15]

Antara karya mereka adalah Selai Kayu Yek dan Klinik Ku, Hutan, filem-filem yang memberi penerangan tentang isu-isu yang dihadapi oleh OA. Salah satu filem mempamerkan kepentingan hutan bagi kelompok OA serta menambah bahawa sumber-sumber semula jadi milik hutan tersebut perlu dilindungi dengan serta merta.

Projek ini hanya memperkuatkan jati diri OA Rosdila.

Dengan filem ini, saya memutuskan untuk meneruskan dalam mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang warisan OA demi generasi yang akan datang supaya keunikan ini tidak pupus. – Rosdila Ngah Roslan,ahli pasukan produksi[15]

Setakat ini, beliau  memuat naik video- video di saluran Youtube Apa Kata Orang Asli, sebuah platform yang memberi peluang kepada wanita OA untuk menghasilkan dan mencurahkan kreativiti mereka sambil menggunakan suara mereka untuk diberi perhatian oleh kalangan orang ramai.

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore Our Sources:

  1. IWGIA (2022) The Indigenous World 2022: Malaysia. Link.
  2. Wan Salleh. D Azhar. (2022). Govt policies on Orang Asli ‘doing more harm than good.’ Free Malaysia Today. Link.
  3. A Povera (2021) Sapiah becomes first Orang Asli woman to helm Jakoa. New Straits Times. Link.
  4. J. Ong (2010)  A Semai woman overcomes all odds. The Star. Link.
  5. B. Adela (2001) Tijah Chopil of Malaysia: A vision of one heart. Cultural Survival. Link.
  6. N. Hasliza Mohd Salleh. (2022). From water girl to national mountain bike for young Orang Asli woman. Malaysia Now. Link.
  7. I. McIntyre (2020) First orang asli woman to become a firefighter. The Sun. Link.
  8. Z.Zulkiffli (2020) Semai woman gets job at Kedah Fire and Rescue Department. Link.
  9. Bernama (2022) Susherrie impikan bergelar perancang bandar profesional. MY Metro. Link.
  10. Z. Mat Arif (2022) Ipoh girl makes history as first Orang Asli to graduate with first-class honours from University College London. New Straits Times. Link.
  11. Wiki Impact (2021) Meet Ayu. A Successful Orang Asli Educator Who Is Paying It Forward. Link.
  12. Weaving Hopes (n.d) The Team. Link.
  13. M. Al Qayum Aziz Ai (2019) Gigih ubah nasib komuniti Orang Asli, Hanim Apeng tetap junjung prinsip “Sejauh mana pergi, jangan lupa asal usul”. Link. 
  14. Freedom Film Network (2021) How does a documentary change lives? Link.
  15. S. Devan (2020) #Showbiz: Young Orang Asli perspectives. New Straits Times. Link.

Note: Cover photo source from WACANA

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?