Bukan semua warga emas cukup beruntung seperti Encik dan Puan Ong yang berumur 82 tahun dan 78 tahun masing-masing kerana berjaya berhubung dengan Teo Wen Hui, seorang mahasiswi untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan ke pusat beri vaksin.

Ketika ditemu ramah oleh Wiki Impact, Teo, seorang pelatih amali berumur 20 tahun di pejabat YB Andrew Chen Kah Eng (ADUN Stulang) dalam proses membantu warga tua termasuk Encik and Puan Ong ke pusat-pusat beri vaksin.
Kebanyakan warga emas di Johor Bahru tinggal bersendirian kerana anak-anak mereka tinggal atau belajar di luar neagara, terutamanya di Singapura. Mereka tidak dapat balik kerana pintu sempadan ditutup. Memang menyedihkan apabila mengetahui warga emas ini tinggal bersendirian dan gagal mendapat bantuan apabila mereka memerlukannya. – Teo Wen Hui

Terpaksa Mengeluarkan Duit Sendiri
Meskipun pusat-pusat beri vaksin berdekatan dengan mereka, Teo masih terpaksa membelanjakan sebahagian daripada elaunnya yang diperoleh sebagai pelatih amali untuk membeli barangan dan membayar petrol. Dia tidak teragu-ragu kerana menganggap itu pengorbanan kecil berbanding dengan usaha-usaha kewiraan barisan hadapan yang sedang menyelamatkan nyawa.
Bersama-sama ahli pasukan lain kami membantu mereka untuk mendaftar ketika mereka tiba di pejabat. Kebanyakan mereka tak tahu cara pendaftaran untuk mendapatkan vaksin kerana mereka tak tahu bagaimana nak menggunakan telefon bimbit juga. Puan Ong gelisah apabila dia mendapat janji temu penerimaan vaksin, dia harap ada seseorang yang dapat menemaninya. – Teo Wen Hui

Pelajar akhir tahun kursus Perhubungan Antarabangsa dari Shangai, China (kini belajar dalam talian dari Johor) ini mengutarakan cabaran di depan mata sekarang iaitu kekurangan tenaga manusia.
Terdapat sebilangan warga emas yang sedang menunggu bantuan tetapi kumpulan kami hanya terdiri daripada 5 atau 6 orang. Kami kesuntukan masa untuk menghantar mereka seorang demi seorang ke pusat beri vaksin masing-masing. – Teo Wen Hui
Kepada Warga Malaysia Yang Baik Hati Dan Sudi Membantu
Sekiranya anda tinggal di Johor Bahru sekarang dan ingin menjadi sukarelawan:
- Hubungi Teo Wen Hui (melalui WhatsApp) untuk mengaturkan masa anda
- Baca maklumat selanjutnya di pejabat YB Andrew’s
- Kosongkan 3 jam pada hari tersebut untuk menghantar warga emas
Semua orang mampu membantu sesiapa dalam tempoh sukar ini. Hubungi ADUN kawasan anda dan ketahui cara-cara anda dapat menyokong golongan rentan ini dalam keadaan sukar. – Teo Wen Hui
Cara Warga Malaysia Dapat Membantu Golongan Rentan Semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)
- Layari halaman Facebook atau akaun Instagram ADUN anda untuk mengetahui sama ada mereka memerlukan bantuan (rujuk senarai penuh di sini)
- Berikan jagaan kepada kanak-kanak semasa ibu bapa mereka menghadiri janji temu di pusat beri vaksin.
- Sumbangkan masa lapang atau wang selebihnya untuk membantu.
- Ambil berat tentang jiran anda, terutamanya warga emas. Mungkin mereka perlukan pertolongan tetapi malu untuk bertanya. Hulurkan bantuan anda.
#kitajagakita
Diterjermahkan oleh: Lee Hao Jie