Site logo

Kumpulan Punk Yang Sedekahkan Makanan Kepada Gelandangan Selepas PKP

Food Not Bombs Ipoh Kumpulan Punk

Terdapat sekumpulan punk yang sedang berjuang di Ipoh, Perak. Melalui gerakan Food Not Bombs, mereka ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap imej mereka dengan melibatkan diri mereka melakukan kerja-kerja amal kebajikan. Kumpulan ini mahu membuktikan bahawa budaya punk prihatin terhadap isu-isu masyarakat.

Source: Facebook – je.man2

Tanggapan salah dari pihak masyarakat?

Apabila memikirkan tentang budaya punk, terdapat segelintir pihak yang mempunyai tanggapan bahawa identiti “punk” dinilai dengan sifat suka memberontak, berpakaian hitam secara menyeluruh, dan jaket kulit serta dipenuhi duri besi.

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Mereka mencabar norma.

Pada awal bulan Jun 2020, sekumpulan rakan dari Ipoh telah mengambil inisiatif untuk memberikan makanan yang percuma kepada golongan yang memerlukan. Mereka melibatkan diri mereka di bawah gerakan Food Not Bombs.

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Food Not Bombs merupakan sebuah gerakan sukarelawan yang diiktiraf di seluruh dunia. Di bawah gerakan tersebut, mereka memberikan makanan vegan dan vegetarian secara percuma dengan orang yang berada dalam kelaparan di samping dapat mengurangkan pembaziran makanan yang hampir tamat tarikh luputnya.

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Gerakan Food Not Bombs ini mempunyai ramai sukarelawan di lebih 1, 000 buah bandar dalam 65 buah negara di seluruh dunia untuk menunjukkan protes mereka terhadap peperangan, kemiskinan dan kemusnahan alam sekitar. Di Malaysia sahaja, terdapat 5 buah cawangan yang menguruskan gerakan sama seperti ini. Misalnya, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Ipoh. 

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh
Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Gerakan Food Not Bombs berpegang kepada sebuah visi iaitu, “Bagaimanakah kita masih boleh membelanjakan satu dolar lagi untuk peperangan apabila satu bilion orang masih berada dalam kelaparan pada setiap hari?”

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Tambahan lagi, mereka bersimpati melihat suasana gelandangan yang tidak terurus, miskin tegar dan kebuluran di kawasan jalanan. Oleh itu, mereka mahu mengambil tindakan drastik sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan. Mereka mengambil inisiatif untuk mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli bahan masakan untuk memasak 20 bungkus mee. Setelah meninjau kawasan jalanan di Ipoh, mereka berjaya menemui beberapa tapak di mana para gelandangan tersebut berkumpul. Walaupun niat mereka baik namun mereka menghadapi kesukaran. Misalnya, terdapat segelintir golongan gelandangan yang was-was dan takut untuk mendekati mereka, apatah lagi untuk mengambil makanan yang diberikan secara percuma kepada mereka. 

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Wakil daripada gerakan “Food Not Bombs Ipoh” telah menceritakan tentang pengalaman mereka menghadapi tindak balas negatif tentang pemakaian mereka, walaupun hakikatnya mereka berniat baik untuk membuat kerja amal kebajikan.

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Tanpa menghiraukan komen-komen negatif di media sosial, ahli anggota gerakan Food Not Bombs Ipoh terus mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan. Rakan pengasasnya, Alif, mengatakan bahawa mereka tidak peduli tentang apa yang orang katakan terhadap mereka. Hal ini kerana setiap anggota di bawah gerakan Food Not Bombs telah melihat impak positif ke atas golongan yang telah mereka dekati dan bantu.

“Sesungguhnya kami merasakan kepuasan yang luar biasa apabila mengetahui tindakan kami telah membuahkan hasil.”

WAKIL – FOOD NOT BOMBS IPOH

Sejak pertama kali gerakan ini ditubuhkan, mereka berjaya mengedar makanan 6 kali pada mulanya. Dengan peningkatan keahlian mereka mampu untuk membekalkan sebanyak 80 bungkus makanan setiap kali pengedaran makanan dilakukan disebabkan permintaan yang tinggi. Natijahnya, terdapat ramai sukarelawan juga menunjukkan minat mereka terhadap kerja amal kebajikan malah menyertainya juga. Para pengasas amat berterima kasih kepada semua orang yang telah menyokong dan membantu menjayakan gerakan ini. 

Sumber: Kumpulan Food Not Bombs Ipoh

Tidak kira siapakah diri anda, apakah yang anda pakai, bagaimanakah rupa anda, maka marilah berusaha ke arah kebaikan. Tak kira apa yang orang katakan. Ingat: Makanan bukanlah suatu kemewahan tetapi ia adalah KEPERLUAN ASAS.

WAKIL – FOOD NOT BOMBS IPOH
Source: Facebook – je.man2

Pada masa ini, kumpulan ini sedia menerima sumbangan yang berbentuk wang tunai dan boleh dihubungi melalui laman Facebook. Kumpulan ini juga sedang menjual kemeja-T bercorak elemen punk dengan harga RM23 sehelai. Bagi setiap pembelian kemeja-T, RM 3 akan disumbangkan kepada program ini. Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan amat dialu-alukan. Whatsapp.

Diterjemahkan oleh: Nur Afiqah dan Fariessa Ameer

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?