Site logo

Kenali Irwan. Beliau Bergilir-gilir 5 Pekerjaan Untuk Menyara Kehidupan.

Ini Irwan. Pada hari kebiasaan, beliau dikenali sebagai pelatih peribadi, duta brand, budak penghantar atau penasihat kesihatan. Namun dengan semua pekerjaan ini, beliau hanya sekadar cukup untuk melepasi pendapatan B40 kategori.

Irwan Ozone Fitness

Kita semua mungkin boleh mengaitkan kisah beliau dengan pasaran pekerjaan selari dengan ekonomi yang dalam proses pemulihan. Sebagai seorang pemuda berusia 24 tahun, sekarang beliau terpaksa bergilir-gilir dengan beberapa pekerjaan yang hanya sekadar cukup pendapatan dan menabung untuk masa depan.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah kerja idaman seperti yang beliau bayangkan semasa memperolehi Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal tahun sebelumnya.

Beliau telah ditawarkan pekerjaan sepenuh masa sebagai Jurutera Mekanikal di Pulau Pinang dan Selangor tetapi terpaksa menolak tawaran demi emaknya yang jatuh sakit disebabkan emak beliau menghidap penyakit kanser. Beliau berasa bertanggungjawab untuk menjaga ibunya disamping terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara kehidupan beliau.

Irwan Ozone Fitness

Satu Musim Percubaan Dan Kesilapan 

Irwan telah mencuba berbagai pekerjaan sebagai promoter jualan, staf perkhidmatan pengguna, pelayan dan pencuci pekerjaan namun semuanya tidak cukup untuk membayar perbelanjaan bulanan beliau. Perbelanjaan utama yang beliau terpaksa melangsaikan pembayaran ialah bil kesihatan emaknya, membeli makanan dan minyak motosikal.

Ada pada suatu masa, Irwan teringat yang beliau telah tengelam dalam terowong kegelapan depresi dimana beliau terpaksa menilai kembali hidup beliau dan mencari jalan keluar dari depresi kegelapan.

Mencapai Impian Dengan Bersemangat 

Irwan selalu mengimpikan untuk menjadi seorang idola senaman dan bercita-cita untuk membuka perniagaan makanan sendiri. Kecergasan dan pemakanan yang sihat merupakan matlamat keutamaan beliau.

Tak kenal maka tak cinta?

Sekali beliau mengetahui kehendaknya, beliau berupaya untuk meneruskan pekerjaan yang beliau idamkan. Walaupun pekerjaan tersebut tidak dapat memberi pendapatan yang sama berbanding pekerjaan sepenuh masa, beliau terpaksa memenuhi dengan pelbagai pekerjaan lain demi mencukupi masa 24 jam sehari.

Irwan Ozone Fitness

Buat masa sekarang beliau bekerja seharian sebagai pelatih peribadi, khidmat penghantaran, staff separuh masa di Pusat Kecergasan dan menjadi duta jenama kecergasan.  Dengan pekerjaan ini, beliau dapat menjalankan kehidupan yang sihat disamping membuat jualan melalui penggunaan media social.

Sungguhpun dengan semua jenis pekerjaan yang dilakukan, Irwan hanya sekadar cukup untuk melepasi garis pendapatan kategori B40 dan sedikit simpanan untuk dilaburkan kembali dalam bidang perniagaan makanan berkhasiat.

Terus Berjuang!

Irwan Ozone Fitness

Saya amat bertuah diberikan masa dan peluang untuk mengenali diri saya serta melakukan sesuatu mengikut keupayaan saya dan mampu menggunakannya untuk menjana duit. Disebabkan semua yang saya lakukan berdasarkan benda yang saya gemar, saya seronok dan menikmatinya semasa melakukan pekerjaan tersebut.

Benar, ianya memenatkan untuk melakukan semua pekerjaan dan sekar pada permulaannya tetapi pekerjaan ini adalah sesuatu yang saya rasa bersemangat untuk meneruskanya.”

Kisah Irwan ini memaksa kita untuk melihat ruang kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia yang berkongsi dilema yang sama. Bekerja dua hingga tiga kali lebih daripada biasa untuk hidup demi mencapai matlamat.

Tidak ada seorang pun yang ingin dilabel sebagai miskin, tetapi perjuangan untuk menghindari dari lembah kemiskinan dan meraih pendapatan di bandar adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Berapa ramaikah daripada kamu yang pernah melaluinya?

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?