Site logo

#benderaputih: Tiada Salahnya Meminta Tolong Untuk Meneruskan Hidup

Apabila seorang pelajar telah ‘mencuri’ sebilangan wang dari tabung masjid kolejnya beberapa tahun yang lalu, isu tersebut menjadi viral. Namun, setelah membaca nota yang ditinggalkan pelajar tersebut berhampiran tabung tersebut, netizen mula bersimpati dan berasa ihsan terhadap pelajar tersebut. Nota tersebut bertulis:

Assalamualaikum, semua. Saya Pinjam duit tabung masjid RM 7.85. Maaf. Saya dah 3 hari tak makan sebab saya tak ada duit. InshaALLAH, dalam masa terdekat saya akan ganti balik. Saya one of students/budak kolej ni. Terima kasih. May Allah bless all of you. Doakan saya kuat[1].

Source: Sajagempak

Pelajar tersebut tidak menemui jalan lain dan memerlukan duit untuk meneruskan hidup. Akhirnya, dia memutuskan untuk mencuri.

Pada awal tahun ini, seorang suri rumah telah ditangkap oleh pegawai keselematan kerana mencuri di sebuah pasar raya ketika PKP 2.0. Hasil kecuriannya? Sejumlah barangan berharga RM58 yang terdiri daripada sosej, kek pandan dan beberapa keping pelekat untuk melegakan demam. Jumlahnya mungkin sedikit bagi kebanyakan orang tetapi bagi suri rumah tersebut, itu adalah bahan kelangsungan hidup keluarganya. Polis daerah Petaling Jaya yang mengendalikan kes tersebut bertindak untuk menutup kes tersebut dan menghantar barangan keperluan ke rumah wanita tersebut[2].

Source: Malay Mail

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa kadar kemiskinan telah meningkat sebanyak 8.4% pada tahun 2020 dari 5.6% pada tahun 2019[3].

Mereka yang menghadapi kesukaran dari segi kewangan sebelum pandemik kini berdepan masalah kelangsungan hidup. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan kehidupan mereka menerima impak yang besar kerana ‘lockdown’ yang berterusan.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata bahawa beliau sedih apabila orang ramai mula mencuri barangan keperluan seperti ikan kembung dan bukannya barangan mewah. Beliau juga mengatakan permintaan terhadap mi segera meningkat dengan mendadak.

Adakah anda fikir yang orang ramai terlalu malas untuk memasak? Tidak. Ini kerana orang ramai sudah tidak mampu membeli barangan makanan yang lain. – Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin[4]

Source: Borneo Post

Sejak pandemik bermula, kata-kata “masa yang tidak pernah berlaku memerlukan tindakan yang tidak pernah dilakukan” telah digunakan dalam pelbagai situasi. Walaupun kata-kata tersebut boleh diterjemahkan secara negatif, ia adalah satu penyejuk hati bagi kebanyakan rakyat untuk menghadapi keadaan yang mencabar ini.

#benderaputih dimulakan dengan harapan rakyat bangun bersama untuk membantu melawan pandemik dan juga menolong orang ramai. Ikhtiar ini mendapat sambutan yang baik dalam masa yang singkat. Tabung makanan mula ditubuhkan, pek makanan diagihkan, sesetengah restoran dan kedai makan menawarkan makanan secara percuma kepada yang memerlukan, para pelajar dibimbing secara percuma dan yang lain cuba membantu dengan cara yang tersendiri.[5]

Source: Malay Mail

Walau bagaimanapun, sebanyak mana #benderaputih dilihat sebagai inisiatif untuk menolong orang ramai, sebegitu banyak juga inisiatif ini dilihat dengan kaca mata negatif. 

Di bawah ini adalah beberapa perkara penting yang semua orang perlu tahu: 

  • Meminta bantuan apabila anda dilanda masalah adalah sangat baik. Apabila anda telah berusaha sedaya upaya dan menemui jalan buntu, hulurkan tangan anda. Mungkin sekarang anda memerlukan bantuan, namun siapa tahu jika pada suatu hari nanti anda pula yang memberikan bantuan.
  • Dari segi agama, tiada agama atau kepercayaan yang mengajar penganut atau pengikutnya untuk menerima takdir anda semata tanpa mempertimbangkan segala pilihan. Meminta pertolongan tidak menjatuhkan martabat anda. 
  • Berilah apa-apa jua bantuan yang boleh menyokong #benderaputih samada mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan dan memaklumkan kepada organisasi atau badan yang berkenaan, menyumbang kepada mana-mana program atas nama #benderaputih, meminjamkan kudrat anda atau menyebarkan maklumat yang betul dan positif mengenai #benderaputih. Kita Malaysia – mari bangkit bersama dan untuk sesama kita.

Ini adalah senarai individu atau organisasi yang anda boleh bantu atau mencari pertolongan yang berkenaan.

Ditulis oleh Nurzati Amani Abdul Aziz dan disunting oleh Wiki Impact.

Explore Our Sources:

  1. BT. (2020). ‘Minta Maaf Saya Pinjam Duit Tabung Masjid RM7.85, Dah 3 Hari Saya Tak Makan’ – Penuntut Kolej. Saja Gempak. Link. 
  2. Lim, I. (2021). PJ police chief delivers food aid to housewife caught shoplifting amid MCO 2.0 hardships (VIDEO). Malaysia. Malay Mail. Link.
  3. Free Malaysia Today. (2021). Poverty rate shoots up to 8.4% in 2020. Link. 
  4. Ang, M. V. (2021). Mydin Shares That People Are Now Stealing Fish & Vegetables Instead Of Electronics. SAYS. Link.
  5. Lim, I. (2021). Facing #BenderaPutih, Malaysians help each other with free meals, food baskets, free tuition, listening ear. Malay Mail. Link. 

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?