Site logo

Ali Hassan, Mengasaskan Al-Ikhsan Sports Dengan Hanya RM50 Dan Kini Ia Menjana Pendapatan Tahunan Sejumlah RM330 Juta 

Semasa kecil, Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan sering mendapat masalah kerana bermain bola sepak hingga matahari terbenam. Dibesarkan oleh ibubapa yang alim,  Ali Hassan, anak bongsu daripada lapan adik-beradik, selalu ditegur kerana mengabaikan solatnya. Sebagai jalan yang terakhir, Mohd Hassan, seorang bekas pegawai polis, menghalaunya keluar dari rumah untuk memberi pengajaran kepada anaknya. Ali Hassan berpindah dari satu rumah rakannya ke rumah yang lain, dan akhirnya, beliau kembali ke pangkuan keluarganya[1]

Ali Hassan tidak menjadi seorang pemain bola sepak kebangsaan tetapi beliau dengan pastinya memainkan peranan dalam membentuk industri sukan di Malaysia. Pengasas Al-Ikhsan Sports, Ali Hassan menawarkan peralatan sukan berpatutan dan berkualiti kepada para atlet dan peminat sukan di seluruh Malaysia.  

Permulaan Yang Sederhana Dengan Hanya RM50

Ali Hassan Bin Mohd Hassan dilahirkan di Johor Bharu pada 9 Julai 1970. Beliau melanjutkan pelajarannya sehingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Sultan Islam dan mengikuti sebuah program diploma kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dibiayai oleh biasiswa.Tetapi Ali Hassan memberikan wang biasiswa yang beliau terima untuk menyara keluarganya yang bergantung kepada duit pencen bapa beliau. Oleh sebab itu, Ali mengambil kerja sambilan seperti menghantar pizza untuk membiayai pengajian dan keperluan hariannya[2]

Apabila beliau tamat pengajian pada 1993, Ali Hassan ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara. Tetapi, beliau menolak tawaran itu selepas menyuarakan minatnya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan[3]

Baru berkahwin dengan isterinya,Puan Marina Bt Abu Bakar, Ali Hassan bermula dengan menjual peralatan sukan dengan modal kecil berjumlah RM50. Pelanggan-pelanggan beliau adalah rakan-rakan dan pensyarah-pensyarahnya di UTM[3]

Sumber: klook.com

Saya perlu berusaha keras. Sejurus sahaja saya menerima barangan, saya pastikan untuk menjualkannya secepat mungkin. – Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan, pengasas Al-Ikhsan Sports[3]

Tidak lama kemudian, beliau menjalankan kiosk berseorangan di sebuah kiosk 100 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru. Itulah permulaan Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd, rangkaian kedai sukan terkenal yang mengetengahkan pelbagai jenis peralatan sukan mampu milik[3].

Bertungkus Lumus Untuk Mengembangkan Perniagaan

Apabila beliau ingin mengembangkan perniagaannya, kebanyakan bank menolak permohonan pinjamannya dengan alasan beliau tidak mampu untuk membayar RM20,000 – RM30,000 sebulan untuk sewa lot kedai[1]

Penolakan tersebut tidak menghalang beliau. Pada tahun 1994, terdapat permintaan mendadak dalam perniagaannya dan industri sukan. Al-Ikhsan tidak lama kemudian menjadi nama terkemuka (household name)  untuk peralatan sukan.

Tetapi kejayaan yang semakin banyak juga bermakna berhadapan dengan persaingan dan cabaran. Pada tahun 2012, setahun selepas Al-Ikhsan dianugerahkan ASEAN Business Outstanding Award, tragedi melanda. Cawangan beliau di Rawang, Ampang, Gombak, Sungai Buloh dan Wangsa Maju telah dipecah masuk dan dirompak. Menurut rakaman CCTV, polis mengesyaki bahawa jenayah-jenayah tersebut adalah perbuatan sabotaj daripada ‘orang dalam’[3]

Ali Hassan tidak membiarkan cabaran ini untuk membantutkan perkembangan perniagaannya. Beliau terus bekerja dengan keras untuk membina nama jenama dan berjaya memperoleh status peruncit bagi label sukan antarabangsa khususnya Adidas, Puma, Nike, Asics dan lain-lain. Al-Ikhsan Sports terus memegang lesen eksklusif untuk Umbro, sebuah rakan kongsi runcit eksklusif untuk barangan rasmi Liverpool Football Club[3].

Pada tahun 2016, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) membeli saham bought Al-Ikhsan Sports pada harga RM68.6 juta dan kini, syarikat itu menjana pendapatan tahunan berjumlah sebanyak RM330 juta[3]

Seorang Dermawan

Tanpa ilmu pengetahuan dalam perniagaan, Ali Hassan berjaya memartabatkan sebuah perniagaan runcit sukan berskala kecil kepada Sendirian Berhad (PLC). Baru-baru ini, mereka melancarkan pakaian sukan Al-Ikhsan, koleksi pakaian sukan mampu milik dengan mengekalkan nilai teras mereka untuk memastikan bahawa khalayak umum  mempunyai akses kepada peralatan sukan yang berpatutan dan berkualiti.

Ini adalah tambahan kepada lebih daripada 130 kedai sukan yang membawa barangan sukan di pusat beli-belah dan gudang Al-Ikhsan Sports. Al-Ikhsan juga mempunyai kedai utama yang disediakan khas untuk peminat bola sepak di Malaysia seperti Football Republic dan Sneaker Street.

Apabila pengasas kami Ali Hassan memulakan perjalanan ini, jenama seperti Nike, Adidas dan Puma dilihati sebagai agak premium dan tidak mampu dimiliki. Tetapi, kami telah membuat jenama-jenama global ini lebih berpatutan untuk khalayak umum. 

Kami memastikan bahawa kami berkerjasama dengan pelbagai jenama global untuk membawa masuk sukan pada tahap yang lebih baik untuk lebih daripada 30 juta pengguna di Malaysia. Dengan melakukannya, para pengguna masih boleh membeli Adidas ataupun Nike kegemaran mereka tetapi pada harga yang lebih rendah daripada mereka jangkakan. – Vach Pillutla, CEO, Al-Ikhsan Sports[4]

Namun, lelaki di sebalik jenama ini sering menjauhkan diri daripada tumpuan. Bagi Ali Hassan, tumpuan sepatutnya diberikan kepada jenama beliau walaupun pemasaran influencer semakin meningkat. 

Setiap individu mempunyai cara mereka tersendiri  untuk memasarkan perniagaan mereka. Perniagaan saya ialah Al-Ikhsan Sport. Saya jual barangan sukan, jadi saya perlu mempopularkan kedai saya. Saya tidak perlu mempopularkan diri saya. – Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan, pengasas Al-Ikhsan Sports[5]

Tetapi, jasa baik beliau untuk masyarakat tidak hilang di mata umum. Dibesarkan oleh dua dermawan dan seorang pemberi, bak pepatah kata ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Arwah ibu bapanya memperuntukkan pendapatan mereka untuk didermakan. Bapa beliau terkenal dengan jasanya mendermakan separuh daripada pendapatan pencennya kepada kebajikan dan ibu beliau pernah mendoakan Ali untuk mendapatkan lebih banyak duit supaya ibunya boleh menderma lebih banyak.

Semoga Ali jadi berjaya dan kaya. Supaya dia boleh menyediakan saya dengan lebih banyak duit, dan saya boleh memberi lebih banyak kepada kebajikan. – Siti Maryam Bt Mahmood, arwah ibu Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan[1]

Ali Hassan, melalui tanggungjawab sosial korporat Al-Ikhsan (CSR), mewajibkan dirinya dan para pekerjanya untuk membantu mereka yang memerlukan setiap minggu. Pada masa yang sama, Ali Hassan menyampaikan ceramah motivasi dan pengalamannya kepada kalangan pelajar secara percuma. 

Lebih banyak peruncit sukan mampu milik muncul sejak beberapa tahun kebelakangan, tetapi Ali Hassan adalah antara golongan perintis industri ini.  Bermula daripada modal yang kecil berjumlah RM50 dan kiosk 100 kaki persegi,  Al-Ikhsan Sports kekal sebagai pilihan rakyat Malaysia untuk membeli peralatan sukan mampu milik dan menjadi batu loncatan kepada orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat ataupun mengejar kerjaya dalam bidang sukan.

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources: 

  1. Luxainie. (2017). Kisah kejayaan pengasas Al Ikhsan Sports – Ali Hassan. iluminasi.com. Link
  2. Kifarah media. (n.d.). “Jangan Tinggal Solat, Jaga Ibu Bapa” Anda Pasti Terkejut Dengan Kebaikannya.. Link 
  3. Insights. (2022). He Started His Biz With Only RM50, Now He Owns Over 130 Al-Ikhsan Stores. WargaBiz. Link 
  4. Business Focus. (2020). AL-IKHSAN – IN A LEAGUE OF THEIR OWN. Link 
  5. M.A.Nizam. (2021). Tidak perlu diri saya popular – Pengasas Al-Ikhsan. Malaysia Gazette. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?