Site logo

8 Perkara Bermakna Yang Boleh Anda Lakukan Di Pulau Pinang

Penang

Pulau Pinang sama sekali tidak mempunyai kekurangan dari segi budaya, warisan, dan pilihan makanan yang banyak. Kepelbagaian rakyatnya tercermin dalam pelbagai jenis makanan harian yang berasal dari Pulau Pinang dan dipopularkan di negeri lain.

Industri pelancongan adalah salah satu aspek yang paling penting dalam identiti Pulau Pinang. Walaupun Pulau Pinang terkenal sebagai hab makanan, ia juga terkenal dengan kejayaannya dalam memelihara budaya dan warisan. Dengan berjalan di sekitar Georgetown dan anda tidak akan terlepas dari melihat seni bina unik rumah kedai dan kuil lama.

Seolah-olah tidak cukup untuk menarik perhatian, Pulau Pinang juga merupakan syurga bagi pencinta alam dengan pelbagai tempat untuk diterokai seperti Bukit Pulau Pinang, Hutan Lipur Teluk Bahang, Hutan Lipur Sungai Tukun dan Hutan Lipur Bukit Mertajam.

Pelancongan mampan seperti yang digariskan oleh Organisasi Pelancongan Dunia atau World Tourism Organisation. “Mengambil kira sepenuhnya impak ekonomi, sosial dan alam sekitar semasa dan pada masa hadapan, memenuhi keperluan pelawat, industri, alam sekitar dan komuniti tuan rumah”. Ekopelancongan ialah strategi berasaskan pasaran untuk pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar yang menyediakan pemerolehan ekonomi dan sumber bagi komuniti tempatan untuk mengutamakan pemeliharaan dan perlindungan sumber asli. Pengurusan dan pemuliharaan sumber alam sekitar adalah penting untuk pembangunan pelancongan di Pulau Pinang dan secara keseluruhannya, Malaysia, malah kekurangannya memberi kesan negatif kepada alam sekitar, ekonomi dan gaya hidup penduduk tempatan, dan budaya.[1].

Berikut adalah beberapa tempat mesra alam yang boleh anda lawati, serta turut memberi impak ke arah pemeliharaan sumber alam sekitar dan melindungi mata pencarian komuniti setempat!

#1: Taman Negara Pulau Pinang

Sumber: myPenang

Destinasi ini menganggarkan lebih 150 spesies burung, Taman Negara Pulau Pinangadalah permata semula jadi kerana ia adalah salah satu hutan simpan terkecil di dunia dan juga rumah kepada tasik meromiktik di Malaysia. Taman ini meliputi kawasan seluas 1,213 hektar dan merangkumi kedua-dua pecahan darat dan laut memberikan tempat yang mempumyai banyak rizab semula jadi yang terletak di kawasan itu.

Tarikan utama rizab alam semula jadi ini ialah tasik meromiktik mereka, yang menampilkan koleksi spesies air tawar dan air masin yang hidup di dalam air yang sama tetapi pada lapisan yang berbeza. Air masin yang hangat berada di bahagian bawah dengan air tawar yang lebih sejuk berada di sepanjang lapisan atas – fenomena ini hanya berlaku antara bulan Mei hingga November [2], Ingin menyaksikan teka-teki semula jadi ini, pastikan anda melawat – kemasukan adalah percuma! Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

#2: Pencarian Harta Karun Bersama YMCA Tourism

Source: YMCA Tourism

Kenali Georgetown, Pulau Pinang melalui pencarian harta karun selama 6 hari-5 malam yang dianjurkan oleh The Penang YMCA, sebuah komuniti bukan keuntungan yang berdedikasi untuk mempromosikan pembangunan rohani, mental, fizikal dan sosial individu di Pulau Pinang. Program kem 360 Intense Challenge menyediakan pelbagai aktiviti termasuk mendaki di puncak tertinggi Pulau Pinang, beramah mesra dengan belia tempatan, pengembaraan di taman ESCAPE, dan aktiviti air yang menyeronokkan di pantai Pulau Pinang. Jika pencarian harta karun tidak sesuai dengan keinginan anda, mereka juga menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti lawatan Homestay & Berbasikal di Balik Pulau, Homestay di kampung Melayu dan juga lawatan di ladang Balik Pulau.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi Michael Cheong di ags@ymcapg.com atau +604-2288211, tau anda boleh melawati Penang YMCA untuk dapatkan maklumat lanjut!

#3: Ladang Rama-rama Entopia

Sumber: Entopia

Anda juga boleh melawat koloni rama-rama di Entopia by Penang Butterfly Farm, yang terletak di Teluk Bahang. Entopia adalah tempat yang memusatkan rama-rama dan serangga dengan pelbagai spesies. Ladang rama-rama ini adalah salah satu ladang rama-rama terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 15,000 pepijat terbang bebas dan lebih daripada 200 spesies tumbuhan di samping air terjun, kolam, gua dan ciri taman artistik yang lain. Semasa anda berada di sana, pastikan anda bersiar-siar di Taman David dan dapatkan pemandangan indah Rumah Pokok. Jika anda ingin melawat rama-rama dalam masa terdekat, tempah lawatan anda di sini.

#4: Membantu Memberi Makanan Kepada Yang Lapar Di Pulau Pinang

Sumber: The Star

Semasa anda melawat syurga makanan di Malaysia, adalah satu fakta yang menyedihkan untuk mengetahui bahawa masih ramai yang kelaparan dan banyak gelandangan yang tinggal di jalanan dan di tempat perlindungan di seluruh kawasan pulau ini. Luangkan masa anda untuk menjadi sukarelawan dengan Kechara Soup Kitchen di mana anda akan berpeluang untuk membungkus makanan, mengagihkan bekalan dan mengisi perut mereka yang lapar.

Kechara Soup Kitchen ialah kumpulan tindakan komuniti bukan berasaskan agama yang berkhidmat kepada masyarakat terpinggir di Malaysia selama lebih 13 tahun. Sejak 2006, organisasi yang digerakkan oleh sukarelawan ini telah mengedar makanan dan bekalan, menyediakan bantuan perubatan asas dan kaunseling kepada gelandangan dan komuniti miskin bandar. Kechara Soup Kitchen bermula di Kuala Lumpur dan telah berkembang pesat dengan penubuhan pejabat di Johor dan Pulau Pinang.

Sebagai sukarelawan, anda boleh membantu di dapur di mana anda akan membasuh dan memotong sayur-sayuran, membungkus makanan dan mengedarkan di kaunter dapur kepada mereka yang mengedarkan makanan atau menjadi sebahagian daripada pasukan pengedaran di mana anda akan memberikan bungkusan makanan di jalanan dan mungkin juga memberi bantuan perubatan asas.

Lawati halaman sukarelawan mereka di mana anda boleh membaca SOP selamat Covid, garis panduan sukarelawan, jadual dan maklumat perhubungan mereka.

#5: Lawatan Sambil Berbasikal di Kawasan Desa

Sumber: Viator

Jika anda merasa bosan dengan aktiviti menerokai alam semulajadi seperti meredah hutan & bersiar-siar, anda harus mencuba berbasikal di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempah lawatan berbasikal berpandu selama setengah hari di kawasan luar bandar Pulau Pinang untuk menerokai kawasan luar bandar Balik Pulau dengan kumpulan kecil seramai 7 orang untuk lawatan basikal ke barat daya Pulau Pinang selama 4 jam. Apa yang ada untuk anda? Pemandangan sawah padi, perkampungan nelayan dan hutan bakau yang tenang sambil menikmati suasana santai di bahagian Pulau Pinang yang kurang dikenali. Mereka juga menyediakan perkhidmatan jemput dan hantar ke hotel, penyewaan basikal dan makanan ringan, kopi, dan minuman ringan turut disajikan untuk pelawat.


Mengunjungi destinasi secara dekat dan peribadi membolehkan anda memahami komuniti setempat dengan lebih baik dan mengunjungi kedai-kedai tempatan yang kecil. Jika berminat, anda boleh melihat butiran lanjut di sini.

#6: Habitat Penang Hill Walk

Sumber: The Habitat Foundation

Satu lagi perjalanan hutan simpan yang patut diberi perhatian ialah Habitat Penang Hill Walk di mana anda boleh merasai diversiti hutan hujan sebenar Malaysia yang berusia 130 juta tahun. Pengalaman ini disertai dengan perjalanan yang mendebarkan di Langur Way Canopy Walk, menyaksikan lembah hutan dan Laut Andaman. YAnda digalakkan melawat lokasi ini pada lewat petang untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan merentasi lembah pergunungan dan laut, yang dianggap sebagai salah satu pemandangan terbaik di Pulau Pinang.

Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 45 minit, dengan harga tiket RM55 untuk dewasa seorang. Berminat? Tempahnya di sini!

#7: Bukit Merah Orangutan Island

Sumber: Bukit Merah Orang Utan Island Foundation, credit, David St Loh

Pemuliharaan haiwan juga diutamakan dalam pemuliharaan alam sekitar terutamanya di Pulau Pinang. Lawati pulau orang utan Bukit Merah untuk beinteraksi dengan lebih dekat dengan puak Mawas. Lake Town, Bukit Merah ialah sebuah pulau dengan keluasan 35 ekar yang mana 15 daripadanya dikhaskan dan dibangunkan untuk pemulihan, penjagaan dan pemuliharaan orang utan. Ia dianggap sebagai percubaan yang ketara dalam usaha ke arah ‘kesejahteraan orang utan dan kesinambungan spesies kerana mereka sering ditangkap secara haram sebagai haiwan peliharaan dan dijual di pasaran, bencana alam juga berlaku di mana orang utan terpaksa berpindah ke tempat lain bersama habitat yang baru, yang akhirnya meningkatkan kerentanan mereka terhadap pemburuan haram dan penjualan.

Diberitahu bahawa anda harus melawat pulau ini pada waktu pagi kerana ianya waktu paling aktif orang utan dan akan mereka lebih berada dalam keadaan semula jadi pada waktu itu berbanding masa lain. Anda tidak digalakkan untuk memberi makanan kepada haiwan bagi mengelakkan sebarang tindak balas yang tidak wajar daripada orang utan. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh rujuk beberapa maklumat di sini.

#8: Lawatan Bulanan Tanah Perkuburan oleh Penang Heritage Trust

Sumber: Penang by Hotels.com

IJika anda ingin merasai pengalaman yang bersejarah, ikuti Jelajah Perkuburan Bulanan Amanah Warisan Pulau Pinang yang turut disokong oleh Penang Global Tourism (PGT). Tanah Perkuburan Protestan Northam Road ialah tapak yang dipenuhi dengan ikon perintis penting Pulau Pinang dan gabenor terdahulu seperti Francis Light, James Scott, Stamford Raffles, dan lain-lain. Fakta menarik, tempat ini juga dipaparkan dalam dua filem antarabangsa bertajuk “The King and I” & “Anna and the King”.

Berita baik, kemasukan adalah percuma! Tetapi prapendaftaran diperlukan sebelum anda boleh melawat, jadi tempah masa anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, hubungi Penang Heritage Trust di 604-264 2631 atau melalui e-mel di info@pht.org.my.

Diterjermahkan oleh: Qistina Balqis

Sumber:

  1. Vaghefi, N. (2019). Ecotourism: A Sector where Sustainability is Everything. Penang Institute. Link.
  2. National Parks. (2021). Penang National Park. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?