Site logo

7 Aktiviti Pembersihan Pantai (beach clean-up) yang Anda Boleh Sertai Di Malaysia

Bercadang untuk pergi bercuti di tepi pantai di Malaysia? Ataupun sekadar mahu mencari sesuatu yang bermakna untuk dilakukan pada hujung minggu? Pertimbangkanlah untuk menjadi sukarelawan di program pembersihan pantai- pantai ini. Dengan menyertai program-program ini, anda boleh membantu dalam memerangi masalah pencemaran plastik, dan membuat pantai-pantai kita lebih bersih untuk kegunaan semua.

Sampah plastik menyumbang kepada 30-45% daripada semua sisa yang dikutip dari pantai-pantai Malaysia.[1]

Dan menurut Ocean Conservancy 2 billion orang dalam jarak 30 batu dari suatu pantai boleh mencipta 100 juta tan metrik sisa plastik pantai. Daripada menyumbang kepada sisa plastik yang semakin meningkat di laut, jom menjadi sebahagian daripada penyelesaian dengan cara yang menyeronokkan. Berikut adalah tujuh aktiviti pembersihan pantai yang anda boleh sertai bahagian apabila anda berhampiran kawasan pantai.

#1: Reef Check Malaysia

Sumber: Tengah Island Conservation

Reef Check Malaysia adalah sebahagian daripada rangkaian Reef Check di seluruh dunia. Kini, organisasi ini memantau lebih daripada 200 terumbu karang setiap tahun di seluruh negara serta terbabit secara aktif dalam pengurusan terumbu karang dan usaha pemuliharaan di kawasan seperti Tioman dan Sandakan. Dan setiap tahun pada bulan September Reef Check Malaysia mengadakan Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICC) di Malaysia.

ICC ialah sebuah acara global yang telah berlangsung selama 35 tahun, dengan para sukarelawan di seluruh dunia melibatkan diri dan menggalakkan komuniti mereka untuk bertindak dengan mengeluarkan sampah sarap dari pantai-pantai ataupun kawasan lautan, mengenal pasti sumber-sumber sampah dan berazam untuk perubahan dalam membanteras pencemaran serpihan marin.

Pada tahun 2019, ICC menyaksikan lebih daripada 37,000 kg sampan dikeluarkan  dari pantai-pantai Malaysia, termasuklah 137,865 botol minuman plastik, 44,621 beg runcit plastik, dan 77,075 pembungkus makanan.

Malah semasa pandemik, Reef Check mampu mengadakan acara itu secara dalam talian dalam bentuk #iccfromhome.

ICC 2022 akan datang pada September 10, inilah peluang anda untuk menyertai komuniti ini dan membantu menjadikan pantai kita lebih bersih.

#2:Tengah Island Conservation, Johor

Tengah Island Conservation (TIC) ialah sebuah inisiatif pengurusan biodiversiti bukan keberuntungan di Pulau Tengah, sebuah pulau dalam Taman Marin Johor, Malaysia.TIC didedikasi untuk tujuan penyelidikan, pemulihan dan penjanaan semula persekitaran semula jadi.

TIC kerap mengadakan pembersihan pantai untuk memastikan bahawa pantai-pantai di Pulau Tengah bebas daripada sampah dan dengan demikian melindungi ekosistem marinnya yang berharga.

Program itu dimulai pada 2018, iaitu dari Februari hingga November. Pada masa itu, pasukan TIC, bersama dengan para sukarelawan dan tetamu resort, telah mengumpulkan  sejumlah 9,358 kg serpihan marin  dari pantai-pantai Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Mensirip dengan botol plastik menyumbang kepada kira-kira 68% daripada bilangan sampah yang dikutip, diikuti dengan penyedut minuman/batang lolipop(13%) dan kasut(11%). Selain itu, sejumlah 3,285 kg  peralatan menangkap ikan telah diambil dari pantai dan perairan sekitarnya. 

Ketahui lebih lanjut tentang program pembersihan pantai TIC di sini dan hubungilah mereka untuk melibatkan diri!

 #3:Juara Turtle Project, Tioman

Sumber: Beach Cleanup Sabah Facebook

Juara Turtle Project (JTP) merupakan salah satu projek pemuliharaan penyu bukan keberuntungan yang terkemuka di Malaysia. Pada tahun 2013, JTP telah mengumpulkan botol plastik dan tin dari beberapa pusat peranginan di  Juara untuk membantu Reef Check Malaysia dengan program kitar semula yang mereka bangunkan untuk memastikan Pulau Tioman kekal bersih.

Semenjak itu, JTP telah beralih fokus ke arah mengumpulkan botol plastik dan tin daripada pusat peranginan/pertubuhan yang dibabitkan dalam program tersebut dan menghantarkan mereka ke sebuah stesen pengurusan sisa untuk pemprosesan sebelum dihantarkan ke tanah besar.

Jika anda ingin mengambil bahagian dalam program ini, layari halaman Program Sukarelawan untuk maklumat lanjut.

#4:Beach Cleanup Sabah

Source: The Star

Beach Cleanup Sabah (BCS) adalah satu kelompok rakan-rakan yang berkongsi visi yang sama dan cinta yang sama kepada alam semula jadi. Mereka mewujudkan platform ini supaya para sukarelawan boleh bekerjasama untuk menjalankan pembersihan pantai  secara berkala dan mewujudkan kesedaran tentang pencemaran yang membahayakan kedua-dua hidupan liar marin dan darat.

Jika anda menetap di Sabah ataupun bercadang untuk melawat, hubungilah e-mel ini untuk maklumat lanjut tentang BCS dan cara untuk menjadi sukarelawan.

#5:MY Clean Beach

MY Clean Beach ialah sebuah program dimulakan untuk membersihkan pantai-pantai Malaysia, menggalakkan para pelawat dan masyarakat tempatan untuk mengurangkan sisa sampah, meningkatkan kitar semula, mencantikkan dan mengekalkan ruang awam.

Sejak 2021, MY Clean Beach telah melaksanakan lebih daripada 9 pembersihan pantai sekeliling Malaysia, mengeluarkan 5452 kg sisa serta menganjurkan 822 para sukarelawan dan penyumbang. Dan mereka sentiasa mahu lebih ramai sukarelawan, jadi hubungilah mereka di sini dan ketahui lebih lanjut tentang program-program mereka.

#6:Kuching Beach Cleaners, Sarawak

Kuching Beach Cleaners ialah sebuah organisasi bukan berkeberuntungan berasaskan sukarelawan yang mengadakan pembersihan pantai secara berkala di pantai-pantai yang dipilih berhampiran ibu negeri Sarawak, Kuching. Mereka bekerjasama dengan NGO-NGO yang bersepemikiran, menganjurkan pembersihan pantai, dialog kesedaran dan tayangan dokumentari untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik dan memerangi sifat kebanyakan rakyat Malaysia yang “tidak apa” serta “out-of-sight-out-of-mind”.

Sejak 2013, Kuching Beach Cleaners telah menjalankan lebih daripada 30 pembersihan pantai dan menganjurkan lebih banyak lagi secara berterusan. Sejak 2018, mereka juga mulai memberikan ceramah umum untuk mendidik ramai tentang serpihan marin + pencemaran plastik – lebih lagi semasa pandemik Covid-19. 

Jika anda warga Sarawak, sila hubungi mereka di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang mereka lakukan dan cara untuk menganjurkan pembersihan pantai anda sendiri. 

#7:Geng Plastik Ija, Terengganu

Geng Plastik Ija (GPI), ataupun Geng Plastik Hijau, telah ditubuhkan pada 2017 dengan tujuan untuk menjaga kebersihan Terengganu. Kumpulan itu yang terdiri daripada para profesional, berkumpul setiap hujung minggu untuk mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai di sekitar Terengganu. Pada asalnya bertumpu kepada pantai di Kemaman dan Dungun, pada 2019 apabila lebih ramai ahli telah menyertai, GPI mengembangkan aktiviti-aktivitinya ke kawasan pantai di Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Besut.

Jika anda tinggal di Terengganu dan berminat untuk menyertai GPI, jadi hubungilah mereka melalui e-mel mereka.

Sumber gambar muka depan: Where2Life

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?