Site logo

6 Organisasi Pendidikan Di Sabah Yang Anda Boleh Menjadi Seorang Sukarelawan

Sebenarnya, ia amatlah mudah untuk menjadi seorang yang pesimis terhadap keadaan pendidikan di Sabah di mana sekolah-sekolah luar bandar dan bandar mempunyai jurang yang ketara dari segi gred, kualiti prasarana dan kemudahan serta kebolehcapaian untuk disekolahkan. Selain itu, dengan jumlah penduduk tanpa kewarganegaraan di Sabah yang besar, pendidikan di Sabah masih jauh daripada kesamarataan serta tidak boleh diakses oleh semua orang. Namun, memilih untuk masih bersikap pesimis tidak akan membuahkan sebarang perubahan. Sebaliknya, salah satu penawar terbaik untuk tidak putus asa adalah dengan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan changemaker di Sabah kekurangan tenaga kerja atau dana. Bantuan anda dapat membantu mereka. Apa sahaja kemahiran atau pengalaman yang anda miliki, anda boleh menawarkannya kepada organisasi-organisasi pendidikan ini dan kami yakin masa anda tidak akan disia-siakan. Sebagai seorang sukarela, anda dapat membantu memulakan kitaran positif pembangunan masyarakat yang mengatasi pekerjaan segera anda.

Berikut adalah 6 organisasi pendidikan di mana anda boleh menjadi sukarelawan jika anda tinggal di Sabah atau jika anda merancang perjalanan ke sana:

#1: Borneo Komrad

Source: Borneo Komrad

Borneo Komrad menjalankan pusat pembelajaran alternatif (ALC) untuk anak-anak Sabah yang terpinggir. Mereka merupakan pelajar universiti dan belia tempatan yang sangat mengambil berat akan masyarakat kurang berkemampuan di Sabah. ALC dibangunkan oleh Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) dan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah. Bertempat di Rumah Pangi Kampung Shahbandar, Tuaran, Sabah – kelas-kelas diadakan pada hujung minggu dari jam 2 petang hingga 5 petang. Pusat pembelajaran yang serupa juga didirikan di Tawau dan Semporna.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program sukarelawan mereka.

#2: Good Shepherd Services

Source: Good Shepherd Services

Community School Van merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan pemberdayaan masyarakat yang melibatkan 15 buah kampung. Ini membolehkan kanak-kanak yang tinggal jauh daripada sekolah menengah terdekat, iaitu SMK Tulid, untuk menghadiri sekolah dengan lebih kerap. Projek ini juga memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat luar bandar kerana mereka terlibat secara langsung dalam mencapai objektif projek ini.

Mereka terbuka untuk menerima sukarelawan. Daftar diri anda di laman sesawang mereka!

#3: ElShaddai Sabah

Source: ElShaddai Sabah

ElShaddai Sabah percaya bahawa ia adalah hak setiap kanak-kanak untuk menerima pendidikan dan bahawa pendidikan itu dapat memperkasakan individu, masyarakat dan negara. Mereka bekerja dengan masyarakat yang terlantar dan terpinggir di Sabah dengan memberikan mereka pendidikan, penjagaan kesihatan, latihan kemahiran serta pembangunan insan untuk mempersiapkan mereka untuk masa depan. Mereka telah mendirikan pusat pembelajaran di kawasan KPD dengan 5 kelas untuk anak-anak Suluk dan Bajau. Walaupun ElShaddai menyediakan bahan pengajaran dan latihan namun guru-guru diambil daripada komuniti mereka.

Sokongilah mereka di sini dengan menjadi seorang sukarelawan sebagai guru untuk membantu mengendalikan kelas untuk anak-anak ini.

#4: Etania Schools

Source: Etania Schools

Etania Schools adalah sekumpulan sekolah yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak yang terpinggir dan tanpa kewarganegaraan di Sabah. Mana-mana kanak-kanak tanpa akses ke sistem pendidikan kebangsaan dibawa ke sekolah ini dan diberi program pembelajaran lengkap khusus untuk keperluan mereka. Program pembelajaran khusus ini dibina setelah berbincang dengan anak-anak serta keluarga mereka untuk memastikan kualiti pendidikan yang diberi dan diterima adalah yang terbaik untuk kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang menyertai program latihan kemahiran akan menerima sijil setelah menjalani latihan selama 100 jam. Selain itu, Etania juga telah menjadi tuan rumah para sukarelawan dari seluruh dunia untuk membantu dalam perkembangan program pendidikan mereka.

Hubungi Etania di sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria sukarelawan mereka.

#5: Stairway To Hope

Source: Stairway of Hope

Sebuah sekolah alternatif untuk kanak-kanak Filipina yang tidak dapat memasuki sekolah awam di Sabah. Stairway to Hope menyediakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 16 tahun. Sejak 2012, STH telah menawarkan kelas Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan juga Adab dan Tingkah Laku percuma kepada 120 kanak-kanak.

Lawati mereka di Facebook di sini dan dapatkan maklumat mengenai peluang-peluang sukarela mereka.

#6: World Vision Malaysia

Source: World Vision (Sabah)

Malaysian Assistance Fund merupakan sebuah program derma yang dianjurkan oleh World Vision untuk menyokong perkembangan kanak-kanak di Malaysia. Pada masa ini, Community Development Programmes (CDPs) mereka di Sabah mendapat manfaat daripada dana ini, terutamanya di Mukim Tulid dan Tatalaan. Ini dilakukan sebagai tindak balas terhadap keperluan di Sabah yang membawa kepada program perintisnya pada tahun 2014.

Antara cabaran yang ditangani termasuk pendidikan di mana World Vision bekerjasama dengan PIBG dan Jabatan Pendidikan untuk menganjurkan bengkel-bengkel untuk ibu bapa dan pelajar. Mereka juga menganjurkan Kelab Kanak-kanak dengan sukarelawan masyarakat bagi memupuk minat anak-anak ini untuk belajar serta membolehkan mereka untuk mengembangkan kemahiran hidup.

Menetap di Sabah dan ingin menjadi sukarelawan untuk sesebuah organisasi pendidikan? Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program sukarelawan World Vision.

Adakah anda tahu mana-mana organisasi pendidikan lain yang menawarkan peluang sukarelawan di sabah? Kami ingin tahu! DM kami di instagram dan beritahulah kami.

Diterjermahkan oleh: Darrshan Naido

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?