Site logo

8 Program Peningkatan Kemahiran (Reskilling) Untuk Pencari Kerja Di Malaysia

Pada Mei 2020, Malaysia mencapai tahap ke-27 tertinggi apabila pengangguran meningkat kepada 5.3%[1]. Dianggarkan 1.5-2.4 juta (5-8%) penduduk Malaysia akan jatuh miskin akibat pandemik[2]. Hal ini merupakan tambahan kepada 400,000 isi rumah yang sedia ada miskin.

Walaupun bantuan sememangnya penting untuk memastikan kelangsungan hidup, ianya bukanlah sesuatu kaedah yang berterusan. Mereka yang kehilangan pekerjaan tidak boleh duduk diam dengan harapan keadaan akan kembali normal kerana norma baharu tidak memerlukan kita untuk menjadi tangkas, mudah menyesuaikan diri dan berdaya tahan. Perubahan harus bermula dengan individu sendiri dan masa hadapan akan menjadi kurang dingin apabila peluang untuk memajukan dan meningkatkan nilai diri disediakan.

Program peningkatan kemahiran (reskilling) memberi peluang pembelajaran berterusan dengan menyediakan program latihan dan pembangunan yang membantu mengembangkan kebolehupayaan pekerja dan mengurangkan jurang kemahiran. Peningkatan kemahiran serta pengajaran kemahiran baharu menyediakan sijil kemahiran apabila individu tamat latihan yang disertai dan ada yang juga seringkali diberikan tawaran pekerjaan oleh majikan yang terlibat[3].

Berikut adalah 7 program peningkatan kemahiran untuk pencari pekerja di Malaysia:

#1: SOLS 24/7

Misi SOLS 24/7 adalah untuk khidmat, didik & perkasa 40% kumpulan ekonomi terendah dengan pendidikan PERCUMA perkembangan kendiri dan sokongan pekerjaan.

Kursus mereka terdiri daripada kemahiran insaniah, kemahiran vokasional teknikal dan juga kemahiran dalam industri solar.

Semua kursus adalah percuma untuk kumpulan B40 di Malaysia.

SOLS 24/7

Daftar dengan SOLS24/7

#2: MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) oleh MDEC

MyWiT merupakan satu inisiatif untuk memberi insentif kepada majikan untuk merekrut rakyat Malaysia melalui program peningkatan kemahiran digital dan pembelajaran baharu. Objektif program Digital Business Services (DBS) adalah untuk meningkatkan tahap celik dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu usaha dalam mengurangkan tahap pengangguran. 

Source: MDEC MyWIT

Kriteria utama: Tidak bekerja lebih dari 2 bulan atau pekerja yang diberhentikan atau siswazah baharu

Jenis pekerjaan: Kewangan & Perakaunan, Sumber Manusia, Periklanan, Moderator Perisian, Pengurusan Pengalaman Pelanggan 

Gaji minimum: RM2,000 dengan tempoh kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan.

Contoh syarikat: Consurv Technic (M) Sdn Bhd, Formis Development & Research Sdn Bhd, Mereka Innovative Education Sdn Bhd, Myeg Sdn Bhd, Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd, Thomson Hospitals Sdn Bhd

Ketahui dengan lebih lanjut atau memohon tentang MYWIT

#3: MYStep oleh General Assembly Malaysia

Peserta terpilih akan menjalani program kemahiran digital menerusi subjek yang terpilih dan kemudian akan diserap ke dalam pekerjaan. Sepanjang program berlangsung, peserta akan diberi bantuan berterusan termasuk pembangunan kemahiran insaniah seperti teknik temuduga dan komunikasi perniagaan. Program ini disokong oleh Khazanah Nasional.

Sumber: General Assembly Malaysia
Sumber: General Assembly Malaysia

Kriteria utama: Rakyat Malaysia berumur 20-30 tahun, mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 2.8 dan tidak bekerja lebih dari 2 bulan 

Gaji minimum: Elaun RM2,000 setiap bulan selama maximum 4 bulan sewaktu program

Maklumat lanjut dan proses permohonan MYStep

#4: Redbeat Academy oleh Air Asia

Menurut siaran akhbar, Redbeat Academy telah mengisi kekosongan yang telah berlangsung sejak beberapa dekad yang lalu dengan memberi latihan kemahiran dan pengajaran kemahiran baharu kepada pekerja mengikut kerelevanan industri hari ini, menjadikan mahasiswa yang berdaya saing dan pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan di zaman moden ini. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama dengan Google Cloud.

Redbeat Academy menawarkan 30% diskaun untuk semua kursus yang ada di Redbeat Academy sehingga 30 Jun 2021. 

Kod promo: RBABEST30

Redbeat Academy
Source: Redbeat Academy

Cari kursus di Redbeat Academy

#5: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Reskilling Program

Menurut laman sesawang TNB reskilling, program ini  menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutamanya para graduan, lepasan sekolah dan pekerja yang diberhentikan kerja dengan menyertai kursus latihan berkaitan nilai tambah yang diperlukan oleh industri tertentu. Setelah tamat latihan, peserta berpeluang untuk mendapat pekerjaan di mana-mana industri yang memerlukan pekerja untuk melaksanakan pekerjaan khas. Program ini berakhir pada bulan Mac 2024.

Kriteria utama: Lepasan SPM

Gaji minimum: Tidak dinyatakan tetapi wajib bagi majikan untuk mengambil calon bekerja selama sekurang-kurangnya 6 bulan

Maklumat lanjut dan proses permohonan untuk program TNB Reskilling

#6: Microsoft Global Skills Initiative

Inisiatif ini merupakan satu usaha untuk mengatasi peningkatan keperluan kemahiran digital di tempat kerja. Melalui kerjasama di antara Microsoft, JA Malaysia, dan PERKESO, inisiatif ini mensasarkan untuk memberi kesedaran kepada 25,000 individu tentang kepentingan kemahiran digital dan peluang pekerjaan untuk 400 individu terpilih.

Program ini bakal menyediakan latihan kemahiran digital bagi pekerjaan yang mempunyai permintaan tertinggi seperti dalam bidang analisis data, sains data,operasi pembangunan, pembangunan perisian, dan sokongan IT. Peserta akan menerima kelayakan digital serta peluang untuk menyertai latihan kemahiran insaniah dan penempatan kerja di dalam bidang yang bersesuaian apabila tamat latihan.

Maklumat lanjut tentang Microsoft Global Skills Initiative dan daftar di sini.

#7: e-Latih by HRDCorp

Portal ini menyediakan lebih dari 300 kursus yang berkaitan dengan permintaan pelbagai industri. Ianya percuma untuk semua rakyat Malaysia.

Sumber: HRD Corp

Daftar e-latih di sini

#8: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

INSKEN merupakan badan agensi kerajaan yang menyediakan kursus pendek untuk program berkaitan keperluan yang relevan pada masa kini dengan harga serendah RM20. Ianya termasuk dalam kategori perkhidmatan seperti penjagaan kanak-kanak, pelancongan, F&B, dan mekanik kereta.

Sumber: INSKEN
Sumber: INSKEN

Cari kursus yang sesuai di INSKEN

Rujukan:

  1. Arjuna Chandran Shankar, The Edge Markets. (2020). Malaysia unemployment rate escalates to 5.3% in MayLink.
  2. Derrick A Paulo and Ikhwan Rivai, Channel News Asia. (2020). Can the poor in Malaysia cope with the challenges posed by the COVID-19 pandemic? Link.
  3. Wiki Impact. (2021). Going Beyond Handouts: Helping The Underprivileged. Link

Artikel ini diterjermahkan oleh: Qistina Balqis

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?