Site logo

Dari Pemotong Rumput Sehingga Menjadi Guru – Ini Kisah Hamdan Akau, Seorang Orang Asli Dari Pahang

Hamdan Akau - Orang Asli Jahut

Mereka berkata “Jalan yang berliku selalunya membawa ke destinasi yang indah” dan ungkapan itu adalah sangat benar kepada Hamdan Akau. Lelaki orang asli Jahut ini, dari Kampung Paya Mengkuang di Temerloh, Pahang telah menghadapi pelbagai cabaran semasa zaman remaja tetapi terus tabah belajar dari pengalaman lalu tanpa membiarkan peluang di depan mata berlalu begitu saja.

Hamdan Akau Mengajar Orang Asli

Hampir/ Nyaris tersungkur

Semasa berumur 21 tahun, Hamdan nyaris tersungkur. Setelah beliau bertungkus-lumus di sekolah, dan gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menyambar semua kerja. Beliau dapat bekerja kilang, memotong rumput, tukang masak sambilan, mahupun kerja membetulkan jalan, beliau tidak menolak dan mencuba semua kerja tersebut. Walaupun dengan segala penat lelah, Hamdan hanya memperolehi pendapatan sebanyak  RM 400 – RM 500 sebulan. Tambahan pula, beliau mula berjinak dengan gejala sosial seperti merokok dan minum bersama kawan-kawannya.

Hamdan Akau Mengajar Orang Asli

Walaupun saya dibayar sebanyak RM400 – RM 500 sebulan, saya tidak sedar ke mana wang tersebut dihabiskan disebabkan penglibatan beliau dalam penyakit masyarakat. Saya tiada wang simpanan tetapi masih merokok, minum dan sekiranya terdapat duit lebihan, saya akan membeli makanan untuk keluarga.

Seruan Kesedaran

Hamdan selesa dengan taraf kehidupan sekarang. Tiada perancangan untuk masa depan. Tiada perancangan untuk maju. Sampai satu ketika, beliau terdengar satu perbualan antara seorang bapa dan anak lelakinya. Anak beliau berumur lima tahun yang selalu menemani ayahnya menuju untuk mengambil rotan untuk dijual. Pasangan tersebut melepasi beberapa budak sekolah menuju ke sekolah dalam pakaian seragam sekolah berwarna putih.

Budak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya.

“Ayah, bolehkah saya pergi ke sekolah bersama kawan-kawan saya? Saya iri hati melihat mereka belajar dan bersekolah”.

Kampung Orang Asli

Di mana ayah beliau menjawab

“Awak tak perlu ke sekolah, ikut saja ayah ke hutan, kita potong rotan dan jual, nanti kita akan mendapat wang.”

Walaupun budak itu mengangguk tanda faham, tetapi jelas kelihatan di matanya tanda kesedihan. Hamdan berasa kasihan terhadap budak lelaki tersebut dan memikirkan apakah nasib budak lelaki itu di masa hadapan. Adakah budak itu akan tersepit dan menerima gaji yang rendah seperti ayahnya? Beliau mula sedar disebabkan pelajaran, nasib Hamdan tiada perbezaan dengan budak lelaki itu.

Hamdan Akau Mengajar Orang Asli

Walaupun budak itu mengangguk tanda faham, namun jelas kelihatan di matanya menunjukkan tanda kesedihannya. Hamdan berasa kasihan terhadap budak lelaki tersebut dan memikirkan apakah nasib budak lelaki itu di masa hadapan. Adakah budak itu akan tersepit dan menerima gaji yang rendah seperti ayahnya? Beliau mula sedar disebabkan pelajaran, nasib Hamdan tiada perbezaan dengan budak lelaki itu.

Hamdan Akau Orang Asli

“Pada umur 21 tahun, saya menyedari jalan yang saya pilih tidak akan membawa saya ke mana-mana. Saya akan masih dengan pekerjaan yang sama apabila saya berumur 50 atau 60 tahun nanti kerana saya tidak mempunyai wang simpanan untuk menyokong saya. Saya perlu berubah.”

Menyimpan Rahmat

Tidak lama kemudian, beliau telah menyertai program SOLS24/7 yang berbentuk pembangunan bebas dan menyasarkan pembelajaran Bahasa Inggeris dan kemahiran komputer pada tahun 2007. Saban hari, beliau diajar ketahanan dan disiplin. Beliau terpaksa berjalan selama 30 minit  setiap hari untuk mendapatkan makanan percuma dari kuil Buddha.

Hamdan Akau Orang Asli

Setengah tahun kemudian, beliau berada pada kedudukan yang membolehkan beliau untuk menyumbang dan berbakti kepada masyarakat. Beliau mencari seluruh pelosok negara bagi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang sama seperti yang telah beliau alami sebelum ini. Beliau dengan julukan Cikgu Hamdan telah menghabiskan masanya di Sabah dan termasuklah kampung pedalaman lain  di Malaysia, dengan menubuhkan pelbagai Program Pendidikan. Segala penat lelah beliau berbaloi apabila beliau dinaikkan pangkat kepada kedudukan pengurusan dengan memantau lapan pusat komuniti!

Hamdan Akau Orang Asli

Hari ini, Hamdan Akau merupakan Pengarah Inovasi di SOLS Akademi dimana beliau masih lagi boleh meneruskan mendidik dan memantau beberapa Pusat Komuniti. Beliau masih lagi fokus untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan memastikan bahawa tiada lagi kanak-kanak yang menghadapi masalah yang beliau hadapi.

Hamdan Akau Mengajar Orang Asli

“Jika saya mempunyai kuasa untuk mengubah dasar pendidikan di Malaysia, langkah pertama yang saya akan lakukan adalah mendidik ibubapa mereka terlebih dahulu.  Saya percaya sesiapa sahaja boleh berjaya dengan mendapat guru yang berkelayakan serta teknik permbelajaran yang betul. Walau bagaimanapun, mereka memerlukan sokongan daripada ibubapa untuk memberi panduan dan mengembirakan mereka. Pendidikan bukan sahaja berkisar terhadap belajar untuk membaca dan menulis, tetapi terdapat pelbagai perkara yang boleh kita pelajari di dunia ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah memulakan langkah pertama dengan bertanya.”

Hamdan Akau - Orang Asli Jahut

Pendidikan adalah senjata untuk kejayaan


HAMDAN AKAUN

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?