Ayu A/P Majid, 25 tahun, dilahirkan di Kampung Chengkelik, R.P.S. Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.

Sejak kecil lagi, Ayu bercita-cita untuk menjadi seorang guru kepada generasi yang akan datang. Dengan itu, beliau membiasakan dirinya mengajar kawan-kawannya, sambil mereka duduk dibawah pokok, mendengar beliau mengajar selepas tamat sesi persekolahan.

Sungguhpun mengajar merupakan impian beliau semasa kecil, beliau tidak tahu bagaimana menjadikannya realiti. Ini adalah kerana beliau tidak mempunyai bimbingan tentang kemahiran yang diperlukan, malah kelayakan yang perlu dipelajari.

Setelah beliau tamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau telah memohon untuk memasuki institusi perguruan. Namun begitu, setiap kali ada kekosongan kerja, Ayu menyedari bahawa kekurangan keyakinan diri telah menggagalkan usahanya dalam sesi temuduga sebelum ianya berakhir. Bukan itu sahaja, beliau mengalami kesukaran untuk bercakap secara lancar dan beliau menyedari yang beliau juga mempunyai kekangan dari segi aspek kemahiran insaniah dan pengalaman mengajar.
Beberapa minggu kemudian, Ayu menerima berita bahawa beliau gagal mendapat kerja tersebut. Sejak kejadian itu, emosi Ayu agak bercelaru dan rasa rendah diri. Ayu hampir berputus asa untuk mengejar impiannya sehingga beliau mendapat berita mengenai sebuah organisasi di Malaysia, iaitu SOLS 24/7. Sepupu beliau, Nita A/P Raman berjanji dan meyakinkan Ayu untuk menyertai organisasi ini sebagai peluang kedua. Dalam jangka masa dua minggu sejak beliau menyertai kelas tersebut, pendekatan SOLS telah melahir kembali semangat Ayu untuk mengajar semula.

Beliau kagum dengan pelbagai jenis teknik pengajaran dan semangat para pendidik untuk membantu pelajar-pelajar mereka.
Bukan itu sahaja, Ayu juga mula perasan bahawa majoriti kanak-kanak yang mendaftar di organisasi ini mempunyai pengalaman yang sama seperti beliau. Malahan, setiap daripada mereka telah berjuang demi mimpi, namun tidak diberi peluang kedua. Kebanyakkan daripada mereka tersekat dan buntu, dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan seterusnya dalam kehidupan.

“Pada saat itu, saya telah ditawarkan untuk mengajar di bawah organisasi SOLS 24/7. Apabila saya melihat kesungguhan mereka, saya mendapat lebih inspirasi untuk membantu kanak-kanak ini. Inilah peluang saya. Saat untuk melakukan perubahan.”

Sejak menyertai tenaga pengajar SOLS 24/7, Ayu memberikan sepenuh fokus untuk membantu semua orang tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Bagi sesiapa yang sedang mencari pendidikan atau memerlukan seorang guru, Ayu ingin menjadi orang yang boleh diharapkan. Malahan, beliau tidak mempunyai masalah dalam memahami dilema yang sedang dilalui oleh pelajar, kerana beliau pernah melalui pengalaman yang sama.
Beliau ada menyatakan bahawa beliau dilahirkan di sebuah komuniti Orang Asli, dikongsi juga bahawa beberapa pihak termasuklah ibu bapa beliau tidak mempunyai pendidikan yang sempurna. Ini menyebabkan Ayu tidak mendapat didikan kemahiran asas seperti komunikasi dan penyelesaian masalah. Bertutur dalam Bahasa Malaysia sangat sukar bagi beliau, apalagi ingin menguasai penggunaan Bahasa Inggeris.

“Saya pernah dibuli sepanjang waktu persekolahan kerana berbeza dari orang lain. Sejak sekolah rendah hingga tamat waktu persekolahan selepas menjalani peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Saya dibuli oleh sekumpulan budak lelaki. Kegiatan buli tersebut menjadi lebih teruk sehingga saya takut untuk berjalan ke sekolah secara sendirian. Saya tidak berani untuk memberitahu perkara ini kepada guru-guru. Sejak saya menetap di asrama, saya hanya dibenarkan pulang untuk berjumpa dengankeluarga saya sekali sahaja setiap bulan. Ia sangat sukar untuk tidak menyoal, “Mengapakah saya masih berada dalam sekolah ini? Bukankah lebih mudah sekiranya saya hanya tinggal di rumah sahaja.”

Namun, disebalik perjuangan, Ayu tidak berputus asa. Dengan memikirkan tanggungjawab kehidupannya terhadap keluarga dan adik-beradiknya, Ayu menyedari sekiranya beliau tidak mengambil pendidikannya dengan serius, maka tiada jaminan untuk ahli keluarganya memiliki kehidupan yang senang nanti. Dengan meletakkan keluarganya sebagai keutamaan, Ayu terus bergerak maju. Malah sekarang beliau berupaya untuk mengajar subjek yang dulunya sangat sukar baginya – Bahasa Inggeris!

“Sebagai seorang tenaga pengajar dibawah pengesahan organisasi SOLS 24/7, saya ingin menjadi seorang boleh memberi peluang kedua kepada orang Bukan hanya ada satu jalan sahaja untuk mencapai impian kamu. Selagi kamu masih bersedia untuk mencuba, peluang berjaya itu senantiasa ada.”
Dengan hasil kesungguhan beliau, Ayu berjaya mendapat pekerjaan impiannya. Beliau berkerja bertungkus lumus dibawah organisasi SOLS 24/7, bercita-cita untuk membantu membina komuniti Orang Asli dan mengajar Bahasa Inggeris kepada sesiapa yang mencari peluang kedua.

“Sekiranya saya diberi peluang untuk berucap kepada generasi muda, saya akan memberitahu mereka untuk berfikiran terbuka. Jangan cuai dan mengabaikan peluang yang datang. Jangan membazir potensi yang anda ada. Saya tahu mendapatkan pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi pendidikan ini amat penting.“
Diterjermah oleh: Fariessa Ameer