Site logo

Mukmin Nantang

Mukmin Nantang, bekas pelajar teater di Universiti Malaysia Sabah, telah lama menggalas tanggung jawab membela hak masyarakat yang kurang bernasib baik. Beliau mengasaskan sekolah jalanan di Tawau semasa zaman universitinya dan menyimpan harapan untuk membuka sekolah alternatif di kawasan luar bandar.

Hari ini, Mukmin memimpin Borneo Komrad, sebuah NGO yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah. Organisasi tersebut memulakan projek Sekolah Alternatif, mengajar kanak-kanak kemahiran penting seperti menulis, menjahit, dan memasak dan meningkatkan kesedaran tentang perkahwinan kanak-kanak dan eksploitasi buruh.

Pada tahun 2022, Mukmin, bersama Borneo Komrad dan beberapa pelajar dari Sekolah Alternatif, mengasaskan Sekolah Pemulihan Gam untuk menangani isu sosial yang berleluasa di kalangan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah, terutamanya kelaparan. Sekolah itu kini mendidik 20-30 pelajar tentang kebersihan asas, literasi dan seni persembahan.

Melalui pendidikan, usaha dokumentasi, dan melatih pelajar-pelajar untuk hidup berdikari, Mukmin berhasrat untuk menyediakan masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat terpinggir ini.

Impak bagi saya adalah sebuah pendidikan yang berterusan dalam membangun alam dan manusia sehingga tertegaknya cita-cita keadilan sejagat bagi mencapai kehidupan yang membahagiakan.

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?