Surau Komuniti Opak di Pulau Opak, Sandakan merupakan satu-satunya ruang ibadah dan pertemuan bagi lebih 15 keluarga komuniti setempat. Namun, selepas empat tahun digunakan, tiang-tiang kayu surau mula mereput akibat tanah lembap dan cuaca laut yang mencabar.
Cahaya Society kini membuka tabung sumbangan sebanyak RM200 bagi setiap tiang untuk membiayai kerja baik pulih sebanyak 20 tiang keseluruhannya.
💰 Sasaran Dana: RM4,000 (RM200 x 20 tiang)
🏠 Tujuan: Semua sumbangan akan digunakan sepenuhnya bagi pembelian bahan binaan dan upah pertukangan.
🤲🏼 Projek ini bertujuan memulihkan semula ruang ibadah yang menjadi pusat pembelajaran mengaji, tempat perhimpunan komuniti serta pelbagai aktiviti sosial masyarakat Pulau Opak.
📲 Sumbangan boleh disalurkan ke:
Pertubuhan Pendidikan Anak Cahaya Sabah
CIMB: 8603686012
Rujukan: Tiang Opak
📞 Untuk maklumat lanjut atau pengesahan sumbangan: