Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan (HAK) merupakan Jawatankuasa Kecil Tetap (JKT) Kebudayaan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) menawarkan Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) kepada pemain industri seni budaya (NGO) bagi pelaksanaan aktiviti, program atau projek berkaitan UNESCO.
Ia merupakan salah satu inisiatif SKUM dalam memberi sumbangan kewangan (seed fund) kepada penggiat dan NGO seni budaya.
Kepada yang berminat, boleh menghantar permohonan segera sebelum tarikh tutup seperti tertera di poster.