Sempena ulang tahun kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ke-123 pada 8 Februari, Yayasan Tunku Abdul Rahman telah membuka permohonan bagi Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR).
Biasiswa ini terbuka kepada pelajar berpotensi tinggi yang komited untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Selain bantuan kewangan, penerima akan mengikuti program pembangunan kepimpinan selama dua tahun untuk memperkasakan mereka sebagai Tunku Scholar.
Permohonan dibuka untuk tahun 2026 dan akan ditutup pada 8 April 2026 jam 2 petang.