
Lima Jenis Kemiskinan
Definisi kemiskinan yang diiktiraf daripada United Nations Development Program adalah kemiskinan tidak boleh dinilai melalui pendapatan harian sahaja. Sebaliknya, ia memerlukan pendekatan multi-dimensi yang merangkumi aspek kesihatan, pendidikan dan taraf hidup, termasuklah kemudahan untuk mendapatkan air yang bersih, sanitasi, elektrik serta kualiti kediaman kerana peranan asas ini yang memainkan peranan penting yg membolehkan setiap keluarga dan masyarakat menikmati kehidupan yang selesa.