Pada tahun 2019, pihak kerajaan Malaysia telah menaikkan Indeks Garis Kemiskinan (PLI) dari RM980 ke RM2,208. Kini, terdapat sejumlah 405,441 isi rumah yang hidup dalam kemiskinan mutlak[1]. Kita tahu masih ada komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia, malah, kita sentiasa prihatin terhadap kesusahan komuniti B40. Namun begitu, bukan semua isi rumah B40 terletak dibawah paras garis kemiskinan.
Ramai yang hidup sederhana tetapi pada masa yang sama, mereka menghadapi kekurangan keperluan asas seperti makanan yang sihat, air dan elektrik. Begitulah kehidupan isi rumah B40 yang masih hidup dalam serba kekurangan. Untuk mengukur tahap kemiskinan seseorang berdasarkan pendapatan sahaja bukanlah penilaian yang adil.
Definisi kemiskinan yang diiktiraf daripada United Nations Development Program adalah kemiskinan tidak boleh dinilai melalui pendapatan harian sahaja. Sebaliknya, ia memerlukan pendekatan multi-dimensi yang merangkumi aspek kesihatan, pendidikan dan taraf hidup, termasuklah kemudahan untuk mendapatkan air yang bersih, sanitasi, elektrik serta kualiti kediaman kerana peranan asas ini yang memainkan peranan penting yg membolehkan setiap keluarga dan masyarakat menikmati kehidupan yang selesa[2].
Sebab kemiskinan dan bagaimana seseorang mengalaminya adalah sesuatu yang spesifik bagi setiap orang yang hidup dengannya. Kesimpulannya, mari kita lihat lima jenis kemiskinan – berdasarkan bagaimana (sebab) orang mengalami kemiskinan, isu yang mereka hadapi dan kemungkinan satu jalan keluar dari kemiskinan.
1. Kemiskinan Mutlak
Kemiskinan mutlak adalah apabila seseorang itu dinafikan hak untuk mendapatkan hak keperluan asas manusia dalam jangka masa yang lama, cukup lama sehingga membahayakan atau merosakkan kehidupan mereka. Hal ini didefinisikan dalam Declaration of Copenhagen sebagai:
Suatu keadaan yang bercirikan kekurangan yang teruk utk mendapatkan keperluan asas manusia, termasuklah makanan, air yang selamat untuk diminum, kemudahan sanitasi, kesihatan, tempat perlindungan, pendidikan dan maklumat. Ia bukan sahaja bergantung kepada pendapatan tetapi juga kemudahan kepada perkhidmatan sosial[3]
2. Kemiskinan Relatif
Kemiskinan relatif adalah berubah-ubah bergantung kepada lokasi. Mereka yang mengalami kemiskinan relatif adalah merujuk kepada mereka yang memperolehi pendapatan dibawah garis kemiskinan masyarakat. Mereka tidak dapat memperolehi pendapatan minimum yang diperlukan untuk mengekalkan taraf kehidupan yang biasa. Walaupun mereka ini hidup dalam kemiskinan yang sepenuhnya (mutlak), mereka tidak mampu untuk hidup seperti orang lain dalam masyarakat yang sama. Kadang-kala, perkara ini boleh dirujuk sebagai tiada kemudahan TV, internet, pakaian bersih, kediaman yang selesa dan selamat serta mendapat pendidikan. Walaupun ini merupakan bentuk kemiskinan yang tidak begitu serius, tetapi ia boleh jadi miskin yang berkekalan.
3. Kemiskinan Bersituasi
Kemiskinan jenis ini adalah disebabkan oleh krisis atau kerugian yang berlaku secara tiba-tiba dan selalunya bersifat sementara. Hal ini boleh disebabkan oleh bermacam-macam isu dari bencana alam, penceraian, kehilangan pekerjaan ataupun masalah kesihatan yang teruk. Semua ini adalah kejadian yang tidak boleh diramalkan dan meningkatkan kadar risiko sehingga menyebabkan mereka hilang harta benda ataupun pendapatan.
Kemiskinan jenis ini mempengaruhi orang yang berbeza dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, situasi yang drastik seperti pandemik boleh menyebabkan keluarga yang berpendapatan sederhana terjerumus ke dalam situasi kemiskinan dalam beberapa bulan akibat kehilangan pekerjaan serta komitmen kewangan yang berat. Disebabkan dari pandemik itu juga, kategori ‘miskin baru’ telah muncul.
Kebiasaannya, kemiskinan tersebut ditangani oleh pihak kerajaan dalam bentuk bantuan sementara, bantuan dalam penempatan pekerjaan serta lain-lain faedah yang boleh membantu orang untuk kembali kepada keadaan sedia kala[5].
4. Kemiskinan Bergenerasi
Ini adalah hasil dilahirkan dalam kemiskinan ataupun seseorang yang telah mengalami kemiskinan selama dua generasi atau lebih. Keluarga-keluarga ini juga mengalami bentuk kemiskinan yang lain yang membuatkan mereka susah untuk memecahkan kitaran kemiskinan ini. Sebagai contoh, mereka mungkin menghadapi kekurangan pendidikan yang berpanjangan. Tanpa pendidikan yang sempurna, mereka akan mendapat pekerjaan biasa dan buruh kasar. Malah, kedua-dua pekerjaan ini tidak menjamin masa depan.
Mereka yang terperangkap dalam kitaran kemiskinan bergenerasi ini hanya tertumpu semata-mata bertahan untuk hidup[6]. Keluarga yang hidup dalam kitaran kemiskinan ini selalu berusaha untuk memenuhi keperluan, memastikan mereka mendapat tempat berlindung dan berharap untuk tidak jatuh sakit. Jarang sekali mereka mempunyai waktu dan kemampuan untuk merancang masa depan mereka.
5. Kemiskinan Bandar Dan Luar Bandar
Kemiskinan juga boleh dikategorikan mengikut lokasi. Mereka yang menetap di kawasan bandar mempunyai pengalaman kemiskinan yang berbeza dibandingkan dengan orang yang menetap di kawasan luar bandar. Mereka secara umumnya menghadapi masalah dengan perumahan yang terlalu padat serta berkualiti rendah , kekurangan bekalan air bersih, sanitasi yang teruk dan lebih cenderung diserang penyakit sosial di bandar.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar seperti kampung atau daerah terpencil, mereka terdedah kepada kekurangan kemudahan pada perkhidmatan, sokongan untuk orang kurang upaya dan peluang pendidikan yang berkualiti serta mendapat pendapatan yang lagi rendah daripada garis kemiskinan nasional. Oleh kerana sebahagian besar kewangan disalurkan ke bandar besar, mereka yang menghadapi kemiskinan luar bandar terpaksa. Secara amnya,l gaya hidup mereka merangkumi aktivitii pertanian dan perikanan. Maka, tidak hairanlah jika mereka tidak berpindah ke bandar untuk mencari rezeki dengan harapan untuk mengelak kemiskinan.
Kemiskinan berlaku di seluruh dunia, dan di Malaysia adalah tidak asing dengan setiap jenis kemiskinan ini. Semakin cepat negara ini berkembang, semakin banyak usaha yang dilakukan untuk membantu orang miskin dan juga untuk mengurangkan jumlah keluarga yang mendapat pendapatan yang rendah. Kadangkala dengan satu pandemik atau tragedi yang tidak disangka boleh menjadi penyebab ramai orang akan terdedah dan terjerumus ke dalam kemiskinan.
Kemiskinan adalah satu masalah yang kompleks yang melibatkan manusia. Malahan, hal ini turut melibatkan nyawa dan atas sebab tersebut ia penting untuk di tangani. Persoalannya, bolehkah kita semua dapat membantu untuk mengurangkan masalah kemiskinan di Malaysia?
Cuba lihat peta changemakers kita atau libatkan diri sebagai seorang sukarelawan Wiki Impact.
Explore Our Sources:
- Tan, Vincent. (2020). Malaysia has raised its poverty line by more than 100%. Where do things go from here? Channel News Asia. Link.
- UNDP. (2018). Beyond income: A broader picture of poverty. Link.
- United Nations. (1995). World Summit for Social Development Programme of Action – Chapter 2: Eradication of Poverty. Economic and Social Development at the United Nations. Link.
- CNA Insider. (2020). COVID-19 In Malaysia: Can The New Poor Cope In The Post-Pandemic Era? YouTube . Link.
- Vale, Richmond. (2016). Situational Poverty: Definition and Types. Richmond Vale Academy. Link.
- Urban Venture. Facts about Poverty. Link.