Program Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti YTM-IN diteruskan, kali ini ke Maran, Pahang, dengan usaha memupuk budaya kesiapsiagaan dalam kalangan komuniti telah diadakan pada 10-12 September 2022.
Seramai 157 peserta terdiri ahli komuniti dari empat (4) kampung di Maran dan wakil daripada agensi kerajaan telah mengambil bahagian di dalam latihan tersebut. Mereka telah didedahkn tentang pengurangan & pengurusan risiko bencana, termasuk membentuk Pelan dan Jawatankuasa Tindak Balas Kecemasan Komuniti, mengurus kesihatan mental semasa dan selepas bencana serta mewujudkan ruang gembira kanak-kanak (CFS). Selain itu, mereka juga berpeluang mengikuti sesi praktikal berenang semasa latihan keselamatan di dalam air.
Program ini merupakan kerjasama strategik antara YTM dan Istana Negara dengan sokongan @nadma_malaysia , dan turut melibatkan 12 pakar bantuan kemanusiaan dalam pengurusan bencana dari Red A Humanitarian Global.