Adakah anda...
Seorang pelajar wanita yang berumur 18 tahun - 25 tahun yang berasal dari Kelantan, Malaysia?
Sedang belajar di mana-mana pengajian tinggi di Malaysia?
Ingin meningkatkan pengetahuan dan daya berkenaan hal ehwal wanita melalui lensa gender yang adil serta mempelajari kemahiran kepemimpinan?
KRYSS Network bersama Reproductive Health Association of Kelantan - Rehak akan menganjurkan Program Bina Upaya Kepimpinan Wanita Muda Kelantan. Program kepimpinan ini mempunyai enam (6) fasa sepanjang tahun 2023 sehingga tahun 2025. Bagi tahun pertama, program ini akan dianjurkan dua kali setahun bermula pada Jun 2023 dan Oktober 2023. Komitmen yang tinggi merupakan kriteria utama bagi pemilihan para peserta agar latihan bina daya dapat diberikan secara berperingkat. Peserta yang SAMA akan terlibat dalam program ini selama tiga tahun.
Butiran Fasa pertama adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 Jun - 10 Jun 2023
Tempat: Kota Bharu, Kelantan
Semua perbelanjaan termasuk penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman serta bahan latihan adalah disediakan oleh pihak penganjur.
Jika anda berminat dan boleh memberi komitmen 100% semasa program dari fasa 1 ke fasa 6, anda boleh daftar sekarang di sini: https://bit.ly/43t6ZG3
Borang pendaftaran juga boleh diakses melalui kod QR dalam post atau di pautan di bio kami. Program ini hanya terhad kepsa 30 perserta. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi selepas proses pemilihan oleh penganjur.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Fir melalui emel di fir@kryss.network.