Kami dari Kindness Malaysia & SOLS 24/7, ingin meminta bantuan anda semua membantu penduduk Orang Asli Kelaik. Kami nak pasang lampu solar di setiap rumah keluarga & 2 dewan dalam kampung tu. Kami akan menyantuni orang kampung pada 4 & 5 Mac 2023 nanti.
Kampung Orang Asli Kelaik, Pos Blau, kira-kira 100km dari pekan Gua Musang, Kelantan. Kira-kira 43 rumah di kampung itu tidak mempunyai sambungan elektrik, menjejaskan 215 penduduk kampung yang tinggal dalam kegelapan tiada bekalan elektik selama 4 generasi. Kami memerlukan RM45,000 untuk tujuan ini dan manfaat selama 5 tahun kepada penduduk kampung.
Untuk menderma, boleh klik https://donate.sols247.org/cause/lights-for-life-kampung-orang-asli-kelaik-kelantan/ atau bank account di poster.
Derma RM53.25 dan ke atas layak mendapat resit pengecualian cukai.