Bertanggungjawab menyokong pelaksanaan Projek Pengurangan Tangkapan Sampingan Cetacean (Cetacean Bycatch Mitigation Project) melalui penglibatan dengan komuniti nelayan dan aktiviti lapangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Responsibilities
Membangun dan memupuk hubungan dengan komuniti nelayan serta pihak berkepentingan tempatan bagi memastikan komunikasi dan kerjasama yang berkesan.
Menyelaras dan memudahkan aktiviti lapangan seperti tinjauan penggunaan pinger dan tinjauan hasil tangkapan ikan.
Bertindak balas terhadap insiden tangkapan sampingan dan kejadian mamalia laut terdampar.
Bekerjasama rapat dengan pasukan lain dalam pelbagai aspek operasi projek.
Requirements
Ijazah dalam Sains Marin, Sains Alam Sekitar atau bidang berkaitan (latar belakang atau pengalaman dalam sains perikanan atau sains sosial amat digalakkan).
Pengalaman dalam penglibatan komuniti atau kerja lapangan saintifik sangat diutamakan.
Kemahiran bertutur dalam Hokkien, Mandarin dan Bahasa Melayu adalah satu kelebihan.
Selesa bekerja rapat dengan komuniti nelayan.
Mempunyai lesen memandu sah.
Berdisiplin, berdikari, bermotivasi tinggi, serta memiliki kemahiran menyelesaikan masalah dengan baik.
Sanggup berjalan jauh dan bekerja pada hujung minggu atau cuti umum apabila diperlukan.