Permohonan Program Geran Kecil Majlis Media Malaysia kini dibuka!
Geran antara RM3,000 hingga RM10,000 disediakan untuk menyokong inisiatif yang memperkukuh kewartawanan beretika, literasi media, pelaporan kepentingan awam, keselamatan wartawan, kapasiti bilik berita dan kemampanan media di Malaysia.
Terbuka kepada semua Ahli MMM — termasuk syarikat media, persatuan media, pertubuhan bukan media dan ahli individu. Projek yang diluluskan perlu disiapkan dalam tempoh 4 bulan.
Permohonan akan dibuka sehingga dana habis diperuntukkan. Keputusan dijangka diberikan dalam tempoh 20 hari bekerja.