Badariah binti Ayob ialah Pengerusi Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Pulau Tanjung Surat. Beliau terlibat dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau sejak 2018. Pada tahun 2021, beliau memegang jawatan Pengerusi selepas kematian pengerusi terdahulu, Encik Mahid Hamidan, dan terus menerajui pertubuhan itu sehingga kini.
Bersama Sahabat Hutan Bakau, beliau bekerjasama dengan pelbagai pihak sebagai rakan strategik dan juga rakan pelaksana. Mereka memulihkan kawasan yang terosot dan berpotensi untuk dipulihkan. Pada masa yang sama, mereka membangunkan produk komuniti, pendidikan alam sekitar dan eko-pelancongan di Pulau Tanjung Surat.


























