Site logo

Yusri Sahrin: Bekas Penagih Dan Gelandangan Kini Miliki Perniagaan Sendiri, Bantu Bekas Penagih Lain

Sewaktu zaman mudanya, Yusri Sahrin banyak menghabiskan masa di Chow Kit, menghidu dadah heroin. Pada usia 19 tahun, dia sudah menjadi penagih dan hidup secara gelandangan[1].

Heroin adalah dadah jenis opiod yang digunakan sebagai ubat untuk melegakan kesakitan, serta mampu membangkitkan rasa khayal. Menurut data dari Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), heroin dan morfin adalah dadah opiod paling kerap di kalangan mereka yang bergantung kepada dadah. Pada tahun 2018, seramai 7,746 orang telah didapati ketagih heroin[2].

Kesan gian atau “withdrawal symptoms” daripada heroin menyukarkan pengguna untuk berhenti. Mereka akan rasa sakit-sakit badan, dan sangat kemaruk untuk rasa khayal sekali lagi. Ini menyebabkan mereka mahu lebih banyak kuantiti bahan tersebut untuk mencapai kesan yang sama – tidak kira apa cara sekalipun, termasuklah mencuri dan merompak.[3].

Sumber: Free Malaysia Today

DENGAN HEROIN, KETAGIHAN ADALAH SANGAT TERUK DAN ANDA AKAN RASA SAKIT APABILA BERHENTI MENGAMBILNYA. PERKARA INILAH YANG MENDORONG PENAGIH UNTUK MENCURI DAN MENIPU ORANG LAIN, DEMI MENDAPATKAN DADAH YANG SETERUSNYA. – YUSRI, MENCERITAKAN PENGALAMAN BELIAU DI DALAM LOKAP SETELAH EMPAT KALI DITAHAN POLIS.[1].

Di bawah Akta Dadah Berbahaya (1952), penyalahgunaan dadah dikira sebagai kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau dua tahun penjara. Jumlah penagih yang ditahan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan pada tahun 2020 adalah seramai 20,643 orang. Walaupun ianya merupakan penurunan sebanyak 20.8% berbanding 26,080 orang pada tahun 2019, bilangan ini masih sangat besar[4].

Bergaul Dengan Individu Yang Salah

Apa yang membimbangkan, golongan muda berumur 19-39 tahun membentuk peratusan terbesar pengguna dadah iaitu sebanyak 72.9% atau 18,417 orang[2]. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di sebuah pusat pemulihan Kuala Lumpur, 50.8% belia menyatakan pengaruh rakan sebagai faktor yang membawa mereka terjebak dengan dadah[5]. Bermula dengan rasa ingin mencuba, ia kemudiannya bertukar kepada ketagihan.

Sebuah siri temuduga dijalankan bersama tujuh bekas penagih dari sebuah pusat pemulihan. Rata-rata menceritakan bahawa kemiskinan merupakan punca utama mereka berhenti sekolah dan mencari kerja sewaktu remaja[6].

SAYA TERPAKSA MENJADI PENCARI NAFKAH KELUARGA SEJAK KECIL LAGI. KERANA MISKIN, SAYA TAK PERNAH ADA PELUANG UNTUK MENDAPATKAN PELAJARAN. – BEKAS PENAGIH (UCAPAN DISUNTING)[6].

Sama ada ianya didorong oleh faktor sosial, kewangan, mahupun keselamatan, golongan ini mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Dalam kes individu yang ditemu duga ini, dia terlibat dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.[6].

bottles on soil
Sumber: Unsplash

Kawasan pendapatan rendah seperti di PPR (Program Perumahan Rakyat) mudah terdedah kepada penyeludupan barang-barang haram ini oleh sindiket jenayah[7]. Chow Kit, yang pernah didiami Yusri, dikenali sebagai tempat berkumpul bagi penagih gelandangan dan pembekal dadah[8].

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menganggarkan sejumlah 71,511 orang daripada demografi B40 yang menggunakan dadah[9]. Perbezaannya sangat ketara bila dibandingkan dengan M40 (28,065) dan T20 (1,942).

Menuju Perubahan

Yusri ingin berubah dan membina hidup yang baru. Namun rakan-rakan serta persekitaran yang sama menyukarkan keadaan, membuatkan Yusri gagal berkali-kali.

SAYA SENTIASA BERDOA UNTUK BERHENTI SEBAB SAYA TAK SANGGUP HIDUP SEBEGINI DAN SAYA INGIN BERUBAH. – YUSRI[1]

Hinggalah pada tahun 1996, apabila seorang rakan penagih memberitahu Yusri tentang pusat pemulihan yang dijalankan oleh bekas penagih, yang dipanggil sebagai Pengasih Malaysia. Yusri mengambil langkah besar dan pergi ke pusat tersebut di Bukit Tunku.

Menurut AADK, sejumlah 19% daripada penagih mendapatkan bantuan secara sukarela[10]. TSalah satu sebab yang menghalang mereka daripada menjalani program pemulihan adalah hilangnya sumber pendapatan utama bagi keluarga.

KADANG-KALA, MEREKA ADALAH PENYUMBANG KEWANGAN UTAMA DALAM KELUARGA, KETUA KELUARGA ATAU ADIK BERADIK DAN SEBAGAINYA. JADI KALAU MEREKA MENJALANI RAWATAN, KELUARGA MEREKA AKAN HILANG PUNCA PENCARIAN. – DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH, KETUA PENGARAH AADK[10].

Pengasih Malaysia is one of the many Voluntary Drug Treatment Centres (VTC) in Malaysia, they employ a community-based approach that seeks to provide a sense of community for former addicts to aid their rehabilitationPengasih Malaysia adalah salah satu daripada pusat pemulihan dadah sukarela di Malaysia, di mana mereka menerapkan nilai komuniti untuk membantu bekas penagih pulih[11].

Pendekatan ini adalah berbeza dengan pusat pemulihan dadah mandatori yang melayan penagih seperti banduan dengan langkah pemulihan yang berteraskan hukuman[12]. Kaedah ini bukan sahaja terbukti tidak berkesan, malah gagal mengambil kira bahawa penagih juga adalah insan yang berhak dilayan dengan maruah dan rasa hormat[13].

Menentang Segala Kemungkinan

Setelah program pemulihannya selesai, Yusri nekad untuk memulakan lembar kehidupan yang baru namun beliau hanyalah tinggal sehelai sepinggang.

Beliau mula bekerja sebagai seorang tukang bersih di sebuah stesen LRT, kemudiannya di sebuah kilang dan seterusnya di sebuah syarikat pencetak di mana dia bekerja selama 15 tahun. Walaupun godaan untuk kembali menghisap dadah sentiasa ada, Yusri kekal sabar dan berusaha keras untuk memperbaiki diri.

Golongan miskin sering dilanda kekurangan akses kepada pendidikan y. Ini bermakna mereka juga kurang pengalaman, pendedahan mahupun kemahiran yang perlu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Pada tahun 2018, terdapat sebanyak 7793 kes ketagihan semula (relapse), iaitu kenaikan sebanyak 4.2% berbanding tahun sebelumnya (7,482)[2]. Satu anggaran dari tahun 2007 menyatakan kadar relapse di kalangan mereka yang melalui program pemulihan adalah di antara 70% ke 90%[14]. Walau bagaimanapun, kadar relapse selepas pelaksanaan sistem pemulihan dadah sukarela masih belum diketahui.

No One-size-fits-all Model for Battling Drug Addiction - ISIS
Sumber: ISIS Malaysia

Hubungan antara ketagihan dan kesihatan minda adalah kompleks.Depresi, bipolar disorder, anxiety disorder, PTSD, dan borderline personality disorder adalah penyakit mental yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah[15]. Akibat daripada pandemik, gangguan ke atas program pemulihan telah menyumbang kepada peningkatan isu kesihatan minda yang berkait dengan penyalahgunaan dadah[16].

Golongan miskin juga sukar mendapatkan akses bagi khidmat kesihatan minda[17]. Mereka dibebankan dengan masalah kewangan, dipulaukan oleh masyarakat sekeliling, serta stigma yang berterusan, semua ini membuatkan mereka kurang bermotivasi ingin mendapatkan bantuan profesional. Walaupun penyedia khidmat kesihatan minda mesra B40 boleh didapati di kawasan bandar, ianya masih kurang di kawasan luar bandar di mana kemiskinan dan penyalahgunaan dadah berleluasa[18].

Suntikan Harapan

Di peringkat global, ketagihan diambil kira sebagai gangguan mental dan tingkah laku menurut World Health Organization[19]. Apabila penyalahgunaan dadah dianggap sebagai penyakit, penagih tidak lagi dipersalahkan, sebaliknya dilayan sebagai penyakit yang memerlukan rawatan.

Pada tahun 2019, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk memansuhkan penalti terhadap pemilikan dadah untuk kegunaan peribadi[20]. Dekriminalisasi dadah ini dilihat sebagai progresif kerana menggalakkan penagih untuk mendapatkan bantuan.

Sumber: The Star

23 tahun selepas keluar daripada pusat pemulihan, Yusri kini mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak, sebuah rumah, dan juga syarikat pencetakannya sendiri di mana Yusri menggajikan 10 bekas penagih dari Pengasih.

Banyak lagi yang perlu dilakukan dalam menghuraikan masalah penyalahgunaan dadah dan kemiskinan. Penyelesaian muktamad perlulah dilaksanakan daripada segi perubahan struktur dan juga polisi. Buat masa sekarang, sebagai rakyat umum kita mampu memberi sokongan terhadap pusat pemulihan dadah sukarela serta NGO yang giat berusaha.

Pengasih Malaysia kini sedang meraih dana untuk mengembangkan pusat mereka di Cinta Manis, Pahang untuk menempatkan lebih ramai penagih. Anda boleh menghulurkan sumbangan kepada mereka di sini.

Mesej saya kepada orang ramai, tolong berikan bekas penagih peluang kedua dan jangan sekali-kali berputus asa dengan mereka. – Yusri[1]

Terjemahan oleh: MK Zainal

Explore Our Sources:

  1. Augustin. R. (2019). From sleeping on the streets to businessman – an ex-addict turns his life around. Free Malaysia Today. Link.
  2. Ministry of Home Affairs. (2019). Malaysia Country Report on Drug Issues 2019. 2nd Meeting of the AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPACODD). Link.
  3. Usman Ahmad Karofi. (2005). Drug Abuse and Criminal Behaviour In Penang, Malaysia: A Multivariate Analysis. Bangladesh e-Journal of Sociology. Link.
  4. DOSM. (2021). Crime Statistics Publication, 2021. Department of Statistics Malaysia. Link.
  5. Badariah Mohd Saad et al. (2016). Drug and Substance Abuse among Youth: A rehabilitation centre in Kuala Lumpur. Environment-Behaviour Proceedings Journal. Link.
  6. Foo Y.C., TamC.L., & Lee T.H. (2012). Family Factors and Peer Influence in Drug Abuse: A Study in Rehabilitation Centre. International Journal of Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health. Link.
  7. Timbuong, J. (2017). Drug use in PPR communities to be monitored. The Star. Link.
  8. Pengasih Malaysia. (2021). Suasana Penagihan Dadah di Chow Kit (1994) [Video]. YouTube. Link.
  9. National Institutes of Health. (2019). National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. 2020. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Vol. I: NCDs – Non-Communicable Diseases: Risk Factors and other Health Problems. Ministry of Health. Link.
  10. Tan. B. (2020). National Anti-Drug Agency: Only 19pc of addicts in Malaysia seek help voluntarily. Malay Mail. Link.
  11. Residential Programs. Pengasih Malaysia. Link.
  12. Adeeba Kamarulzamana & McBrayer, J.L. (2015). Compulsory drug detention centers in East and Southeast Asia. International Journal of Drug Policy. Link.
  13. Wegman, M.P. et al. (2017).  Relapse to opioid use in opioid-dependent individuals released from compulsory drug detention centres compared with those from voluntary methadone treatment centres in Malaysia: a two-arm, prospective observational study. The Lancet. Link.
  14. Reid, G., Adeeba Khamarulzaman, & Sran, S.K. (2007). Malaysia and harm reduction: The challenges and responses. International Journal of Drug Policy. Link.
  15. Relojo-Howell, D. (2021). 5 mental health disorders linked to substance abuse. Free Malaysia Today. Link.
  16. Chung, C. (2021). Unable to go for rehabilitation. The Star. Link.
  17. Wiki Impact. 2020. Double Whammy – The Connection Between Mental Health And Poverty. Wiki Impact. Link.
  18.  Vijaindren, A. & Heng, S.B. (2017). ‘Drug abuse among fishermen linked to poverty’: MCPF. New Straits Times. Link.
  19. WHO. (2019). International Statistical Classification of Diseases 11th Revision: The global standard for diagnostic health information. Link.
  20. Carvalho, M. (2019). Dzulkefly: Govt to decriminalise drug possession for personal use. The Star. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?