Site logo

Vaksin: Adakah Orang-Orang Kampung Turut Menerimanya?

Baru-baru ini, pembukaan pendaftaran untuk penerimaan vaksin AstraZeneca bagi negeri Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak telah menyaksikan ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu untuk mendaftarkan diri namun sebilangan besar tidak dapat memempah slot temujanji yang ditawarkan. Meskipun ramai yang kecewa, ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini sedang berusaha untuk mencapai imunisasi kelompok.

Setakat 1 Jun 2021, 4 bulan sejak vaksin mula diedarkan, sejumlah 12,267350[1] daripada 32,657,300 (populasi Malaysia, 2020)[2] orang telah berjaya mendaftarkan diri untuk proses vaksin ini, di mana 2,011,455 telah diberi vaksin[1]. Angka ini menunjukkan hanya 37% daripada populasi negara ini telah mendaftarkan diri untuk penerimaan vaksin dan hanya 6.2% telah menerima dos pertama mereka. Walaupun ini menunjukkan kemajuan, ianya jauh daripada pencapaian imunisasi kelompok di mana Malaysia perlu mevaksin lebih 80% populasinya ataupun 26.5 juta orang[1]

Source: L’Officiel

Hakikatnya, perjalanan mencapai imunisasi kelompok masih jauh. Cabaran-cabaran ini berada pada kedua-dua hujung spektrum iaitu mendapatkan orang ramai untuk menerima vaksin serta isu teknikal dan bekalan.

Perbezaan Di Antara Negara-Negara Berpendapatan Tinggi Dan Rendah

Pada April 2021, hanya 2.2% rakyat Malaysia yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos[3]. Walaupun pemberian vaksin adalah perlahan, rakyat telah menerima agak-agak 1.56 juta dos vaksin, menjadikan kadar utiliti sebanyak 75%[3]. Angka ini serupa dengan angka di negara-negara AS, Eropah dan Kanada yang bermaksud masalah yang dialami Malaysia bukanlah pengedaran vaksin tetapi kekurangan ketersediaan vaksin[3]

Source: Fortune

Ketidakupayaan untuk memenuhi permintaan boleh dikaitkan kepada kepantasan Malaysia untuk mengikat perjanjian memperoleh vaksin. Sebagai contoh, Jepun mengikat perjanjian pertamanya dengan Pfizer pada Julai 2020, sewaktu pandemik masih menjadi-jadi[3]. Pada akhir 2020, negara-negara EU, Australia, Vietnam, Brazil, Kazakhstan, India dan Arab Saudi telah mencapai persetujuan dengan pelbagai pengeluar vaksin[3].

Apa yang jelas dalam penerimaan vaksin ini adalah perbezaan antara negara berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah dalam kemampuan dan sumber daya mereka untuk melawan COVID-19.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang tinggal di negara maju yang berpendapatan tinggi mempunyai satu per empat peluang (25%) untuk mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Di negara berpendapatan rendah, hanya satu dari lima ratus orang yang berpeluang[3]

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan jurang yang semakin meningkat antara jumlah vaksin Coronavirus yang diberikan di negara kaya dan miskin sebagai “kemarahan moral” global. Negara berpendapatan tinggi telah membeli lebih banyak vaksin daripada yang diperlukan, sementara kurang dari 1% negara berpendapatan rendah dapat mengakses vaksin[3]

World Health Organization (WHO) Director-General Tedros Adhanom Ghebreyesus at a conference. Source: TRT World

Cabaran Malaysia dalam mencapai imunisasi kelompok bukan hanya dalam pengambilan vaksin tetapi juga masalah logistik terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar. Contohnya, jarak dari pusat rawatan kesihatan dan pusat vaksin, keperluan untuk lebih banyak pekerja perubatan ataupun sukarelawan serta kesukaran untuk mengangkut vaksin kerana keperluan penyimpanan yang ekstrem[4]

Selain masalah-masalah ini, banyak rakyat Malaysia masih ragu-ragu dan tidak bersedia untuk mengambil vaksin. Ini adalah beberapa sebab:

Kawasan Pedalaman Mencatat Pendaftaran Yang Lebih Rendah Berbanding Kawasan Bandar

Source: The Edge

Ketika vaksinasi pertama kalinya diumumkan, pihak kementerian telah menyatakan empat cara untuk mendaftar diri untuk vaksin tersebut. Antara cara-caranya termasuk melalui Aplikasi MySejahtera, laman web JKJAV COVID-19, nombor telefon Hotline, Pendaftaran Manual, dan pendaftaran dari pintu ke pintu[5]

Walaupun terdapat banyak pilihan pendaftaran, hanya lebih daripada 37% rakyat Malaysia yang berdaftar. Negeri dengan bilangan pendaftaran paling sedikit adalah Sabah (19.07%) dan Kelantan (34.75%). Hanya sembilan negeri yang telah melebihi 50% pendaftaran, dan hanya Putrajaya yang berjaya dalam pendaftaran 100%[1]

Pengaruh Media Sosial Dan Berita Palsu

Walaupun kita sering bergurau tentang “makcik Facebook” ataupun “akak Whatsapp”, kita gagal menyedari bahawa ramai yang mempercayai maklumat ini. Khabar dari mulut bergerak lebih pantas dengan adanya teknologi moden. Pihak berkuasa kesihatan dan ahli majlis harus pergi dari pintu ke pintu dan meyakinkan rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin ini[6]

Isu-isu negatif yang diputar-belit di media sosial mengenai vaksinasi juga memainkan peranan besar dalam menimbulkan keraguan dalam kalangan kumpulan ataupun komuniti tertentu untuk mendaftar. – Penolong Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datu Dr Penguang Manggil[6]

This fake viral message that the Selangor state government is planning to roll out 500K doses of the Sinovac vaccine claims that the said vaccine is one of the safest. Source: Techarp
Some false rumours have suggested the vaccine could threaten fertility because it contains proteins also used to make the placenta. Source: BBC
The internet was abuzz after a photo showing Pfizer Covid-19 vaccines allegedly being sold on Shopee began circulating on social media in March 2021. Photo from Hype.my

Terdapat warga emas yang juga mengubah fikiran setelah terpengaruh dengan berita palsu mengenai vaksin yang disebarkan oleh ahli keluarga atau rakan ataupun yang menjadi viral di media sosial.Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail[7].

Terlepas Temujanji Dan Tunaaksara Digital

Pada 27 Mei 2021, terdapat sejumlah 52,000 orang yang tidak menghadiri temujanji vaksinasi mereka di tujuh negeri[8]. Kedah mencatat ketidakhadiran tertinggi iaitu 10,827 orang, diikuti oleh Pahang (10,000), Kelantan (10,000), Perak (9,009), Negeri Sembilan (6,323), Melaka (3,612) dan Perlis (3,000)[9]

Menteri Kesihatan Kedah menyatakan bahawa individu-individu yang ‘tidak hadir’ ini menyatakan bahawa mereka berada di luar bandar, tidak mampu membuat perjalanan, tidak bersedia ataupun menjalani kuarantin[9]. Jabatan Kesihatan Pahang menyatakan bahawa 10,000 penduduk Pahang tidak hadir untuk temujanji vaksinasi Covid-19 mereka serta tidak sedar akan temujanji mereka kerana mereka tidak memeriksa aplikasi MySejahtera ataupun temujanji Program Imunisasi Nasional[7]. Kelantan menyatakan sebahagian besar orang yang terlepas temujanji mereka adalah dari demografi warga emas[9]

Salah satu sebab yang sering dikaitkan dengan ketidakhadiran temujanji adalah kekurangan notifikasi dari aplikasi MySejahtera. Walaupun aplikasi MySejahtera ini sangat bagus untuk pengguna yang menggunakan telefon pintar yang tidak mempunyai masalah dengan sambungan internet, aplikasi ini tidak memenuhi keperluan rakyat Malaysia di kawasan terpencil, ataupun mereka yang bergelut untuk mendapatkan sambungan yang stabil. Tidak dilupakan juga individu-individu yang tidak mempunyai telefon pintar. Ramai yang masih menulis nama mereka secara manual di kedai-kedai dan bukannya mengimbas kod QR.

Source: The Star

Apabila mendapat maklumat terkini mengenai situasi COVID-19, mereka yang tidak selalu memeriksa aplikasinya akan lambat menerima berita terkini yang penting dan mungkin terlepas temujanji. Hal ini boleh menyebabkan dos vaksin tersebut terbazir.

Ada yang akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan dos vaksin mereka. Sebuah keluarga di Kuching, Sarawak telah menyewa sebuah ambulans dari Life Care Society pada harga RM200 untuk mendapatkan nenek mereka yang berusia 87 tahun ke pusat vaksin untuk dos pertamanya[10]. Usaha seperti ini lebih biasa dilakukan di kawasan bandar, namun, di kawasan luar bandar tidak mempunyai kemewahan pengangkutan tersebut untuk membawa warga emas ke pusat vaksin.

Selain itu, banyak warga emas bergantung kepada anak-anak mereka dan apabila mereka lambat mendapat notifikasi, ianya sukar bagi anak-anak mereka untuk mengambil cuti untuk menghantar ibu bapa mereka ke pusat vaksinasi pada tarikh temujanji. Pengarah Kesihatan Negeri Kota Bharu, Dr Zaini Husin

Perkara ini merupakan masalah besar atas dua sebab. Satu, beberapa pusat terpaksa menunggu orang yang tidak hadir ini yang menyebabkan kesesakan di pusat vaksin. Setelah setahun wabak ini melanda, tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai adalah tempat yang harus dielakkan. Dua, sebaik sahaja dos vaksin dikeluarkan dari simpanan, ianya harus digunakan, kalau tidak, akan terbazir[11]

Dengan semua cabaran ini, kita semua mencari inisiatif yang mungkin dapat membantu merapatkan jurang. Kerajaan telah menyatakan pelbagai rancangan untuk mengatasi setiap masalah ini.

Pelan Kerajaan Untuk Memvaksin Komuniti Luar Bandar

Untuk mengatasi perbezaan di daerah terpencil dan luar bandar, kerajaan telah menyarankan agar masyarakat ini menunggu lebih lama untuk vaksinasi dos tunggal seperti CanSinoBIO, dan Sputnik V, dari Rusia[12]. Cadangan ini dibuat dengan mempertimbangkan masalah pengangkutan dan masalah penyimpanan yang terdapat di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, dos ini belum tiba lagi dan garis masa belum dijelaskan kepada orang ramai[12]. Pada masa ini, Malaysia telah mendapat akses kepada tiga daripada lima jenis vaksin iaitu vaksin dua-dos dari Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac).

Source: Malay Mail

Rancangan lain yang dibincangkan adalah rancangan pelaksanaan untuk melakukan pendaftaran manual di kawasan luar bandar. Kerjasama yang dicadangkan bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merancang untuk pergi dari pintu ke pintu untuk meyakinkan demografi ini untuk mendaftar[13]

Terdapat juga sesetengah di kawasan luar bandar yang tidak mengetahui tentang program imunisasi, jadi kami perlu meningkatkan komunikasi kami untuk meningkatkan kadar pendaftaran. Menteri Khairy Jamaluddin

Vaksinasi Mudah Alih juga turut dibincangkan. Menteri Khairy Jamaluddin telah menyebut bahawa trak vaksinasi Covid-19 bergerak akan digunakan untuk memvaksinasi penduduk Kuala Lumpur di kawasan-kawasan tertentu. Program ini juga bertujuan untuk bekerjasama dengan badan pengurusan bangunan kediaman ini di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk menyasarkan flat PPR dan kawasan miskin bandar yang padat.

Akhir sekali, dengan rancangan untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan penggunaannya, kerajaan perlu merancang lebih awal untuk memastikan bahawa terdapat cukup kakitangan untuk menguruskan vaksin di pusat vaksin di seluruh negara. Untuk melakukannya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara aktif telah mencari semua jenis sukarelawan perubatan yang bersedia untuk berganding bahu dalam melawan Covid. Doktor, jururawat, doktor gigi, dan pembantu makmal semuanya mendapat permintaan tinggi di seluruh negara[14]

KKM satu-satunya badan yang mencari sukarelawan. Untuk mengatasi kekurangan pakar perubatan, seruan untuk pegawai perubatan dan bukan perubatan di setiap negeri telah dibuat oleh kerajaan negeri dan NGO. Berikut adalah NGO-NGO yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang bersedia menyertai perjuangan tersebut. Walaupun kakitangan perubatan akan membantu doktor dan jururawat, sukarelawan bukan perubatan dapat ditugaskan untuk melakukan tugas-tugas asas seperti menelusuri kontak, memantau prosedur operasi standard serta menyebarkan maklumat kesihatan, termasuk di luar bandar[15]

  • MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) ialah sebuah platform khusus yang ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu melancarkan program vaksinasi kerajaan, dengan mengerahkan individu yang bersedia menjadi anggota pasukan vaksinasi.
  • Mercy Malaysia sedang mencari kakitangan Perubatan dan Bukan Perubatan untuk Program Imunisasi Covid-19 Nasional di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka menawarkan peluang pekerjaan berikut untuk menjadi sebahagian daripada keseluruhan projek: Doktor Perubatan, Jururawat, Pembantu Perubatan dan Bukan Perubatan (Pelajar / Lepasan Universiti).
  • Borang Sukarelawan Menyertai Mobiisasi Pasukan Bantuan Kesihatan Bukan KKM merupakan sukarelawan dari komuniti perubatan untuk menyokong program vaksin di seluruh negara.
  • The Islamic Medical Association of Malaysia’s Response and Relief Team (Imaret) sedang memanggil sukarelawan dan menggerakkan mereka untuk membantu di pusat vaksin di seluruh Malaysia.

Explore Our Sources:

  1. JKJAV. (2021). Statistik Perkembangan Program Imunisasi Covid – 19 Kebangsaan. Link
  2. DOSM. (2020). Current Population Estimates, Malaysia, 2020. Link. 
  3. The Edge Market. (2021). Special Report: Why is Malaysia lagging behind in the vaccination rollout? Link.
  4. Wiki Impact. (2021). Can Covid-19 Vaccines Reach Rural Areas in Time? Link. 
  5. A. Wong. (2021). Here are 5 ways to sign up for COVID-19 vaccine in Malaysia. Soya Cincau. Link.
  6. Malay Mail. (2021). Difficulty in registering for Covid-19 vaccine in rural areas worrying, says Sarawak assistant minister. Link
  7. Malay Mail. (2021). Pahang MB: 10,000 residents said not checking MySejahtera, influenced by fake news among reasons for missed Covid-19 vaccine appointments. Link
  8. S. Khalid. (2021). Fines, mandatory vaccination being considered after 52,000 people missed vaccination appointments. The Edge Market. Link.
  9.  R. Loheswar. (2021). Report: Over 52,000 people across seven states have missed their Covid-19 jabs. Malay Mail. Link
  10. Malaysiakini. (2021). Bedridden Grandma Gets Vaccine After Family Paid For Ambulance. Link.
  11. Bernama. (2021). 799 who missed appointments caused congestion at Ipoh vaccination centre. Free Malaysia Today. Link
  12. Bernama. (2021). Govt mulls giving single-dose Covid-19 vaccine to people in rural areas. The Edge Market. Link.
  13. Bernama. (2021). Teams in rural areas conducting manual registration for Covid-19 vaccination says Khairy. The Edge Market. Link.
  14. The Star. (2021). Volunteers needed: Health DG calling for medical professionals to help battle the Covid-19 pandemic. Link
  15. The Sun Daily. (2021). Covid-19: Malaysia needs to mobilise one million non-medical volunteers to assist frontliners – Medical Expert. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?