Site logo

Usahawan Wanita Di Kawasan Desa Perlu Diperbanyakan

Seorang raja mungkin dapat memerintah kerajaannya, tetapi permaisuri yang menggerakkannya. – D.M. Timney

Wanita merupakan tulang belakang kepada keluarga dan masyarakat kita. Mereka merupakan ibu, isteri, adik-beradik, ibu saudara, nenek dan juga kawan kepada kita.

Dengan jumlah 15.9 juta wanita di Malaysia, mereka membentuk 48% daripada populasi negara[1].

Wanita Di Dalam Tenaga Kerja Malaysia

Wanita Malaysia dapat berkembang dengan berjaya di kawasan bandar dan di kawasan desa. Berdasarkan Indeks Jurang Jantina di Malaysia, wanita mendahului lelaki di dalam pencapaian pendidikan dan mempunyai skor yang memuaskan di dalam kesihatan, kelangsungan hidup dan mereka digalakkan mengambil peluang dan melibatkan diri di dalam ekonomi negara. Malangnya, kadar keterlibatan di dalam tenaga buruh wanita hanya mencapai 55.9% – peratusan yang agak rendah berbanding dengan negara-negara maju[2]

Mereka yang tidak termasuk di dalam kadar keterlibatan tenaga buruh adalah mereka menggangur ataupun sebahagian mereka yang diluar sektor tenaga buruh (yang merangkap kepada suri rumah, pelajar, mereka yang telah bersara, wanita kurang upaya dan mereka yang tidak berminat untuk bekerja). 

Source: Nestle

Wanita di dalam tenaga buruh mempunyai banyak halangan yang tersurat dan tersirat dalam kemajuan kerjaya mereka.

Pada tahun 2011, hanya 37.7% wanita yang memegang jawatan sebagai pengurus, profesional dan jawatan sebagai peranan teknikal. Pada tahun 2015, peratusan ini melonjak naik ke 40.8%[3].

Malangnya, masih terdapat baki peratusan yang tinggi bagi wanita yang memperoleh gaji yang sedikit dan kerja yang tidak formal tanpa manfaat keselamatan sosial[3]. Sektor yang mempunyai bilangan tertinggi pekerja wanita pada tahun 2016 adalah sektor borong dan runcit. Ini diikuti dengan sektor perkilangan, pendidikan dan industri makanan[3]

Oleh itu, negara kita telah berhasrat untuk memperkasakan wanita melalui peluang bekerja secara sendiri dan usahawan, terutamanya di kawasan luar bandar.

WANITA DESA BERUSAHA KERAS UNTUK MENCARI PEKERJAAN 

Pada tahun 2017, 2.6 juta wanita tidak menyertai buruh paksa disebabkan tanggungjawab terhadap keluarga[4].

Tanggungjawab terhadap keluarga merupakan suatu perkara yang normal bagi setiap isi rumah – sebagai contoh, menjaga anak-anak, mengasihi warga tua dan melakukan kerja rumah selama sehari suntuk. Secara tradisionalnya dan berasaskan statistik, tanggungjawab ini lebih cenderung terhadap wanita di desa berbanding dengan wanita di kawasan bandar[4]. Hal ini boleh disebabkan fakta yang mengatakan bahawa wanita di kawasan bandar lebih terbuka dengan idea untuk mempunyai pembantu ataupun orang gaji berserta dengan perkhidmatan pengasuh yang mudah dijumpai di kawasan bandar. 

Sumber: World Bank

 Kajian telah mengesahkan bahawa faktor kekurangan penglibatan ialah disebabkan oleh faktor pelajaran, pendapatan isi rumah, keadaan kewangan bagi isi rumah, bilangan keluarga dan latar belakang keluarga[3].

Semua perkara ini memainkan peranan dalam penglibatan wanita di dalam tenaga kerja[3]. Penting bagi kita untuk mengingati bahawa semakin wanita berusia – tanggungjawab mereka juga turut bertambah. 

Di kawasan desa, faktor-faktor ini memainkan peranan yang lebih besar. Hal ini menyebabkan wanita di kawasan desa menghadapi kadar pengangguran yang lebih tinggi berbanding dengan rakan sejawat mereka yang berada di kawasan bandar[4].

Mereka yang berada di kawasan desa sering dikaitkan dengan kemiskinan disebabkan kekurangan pendapatan yang menyebabkan kurang pendidikan dan kurang kadar penglibatan. Ramai wanita di desa melakukan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri dan kerjaya selalunya menjadi pilihan alternatif[5]

Walaupun begitu, kaedah untuk memperkasakan aktiviti usahawan telah berjaya meraih populariti di kawasan desa. Bukan sahaja itu, aktiviti usahawan juga telah menambah baik kualiti hidup bagi mereka yang terlibat, perkara ini juga berfungsi sebagai sumber penciptaan kerja sistematik dan perkembangan ekonomi juga telah meningkatkan pendapatan isi rumah dan harta, perkara ini juga membawa mereka ke dalam ekonomi global.

Usahawan Wanita Di Kawasan Desa

Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 61.3 juta usahawan wanita yang berada di negara-negara ASEAN.

Malaysia mencatat rekod anggaran  650,000 usahawan wanita bertempat di Malaysia pada tahun 2020. Wanita hanya terdiri sebanyak 20% daripada nombor ini dengan lelaki yang mempunyai peratusan yang lebih banyak[2]

Sumber: The World

Nombor ini tidaklah terlalu teruk, tetapi penting bagi kita untuk mengambil tahu bahawa usahawan wanita, terutamanya mereka yang bertempat di kawasan desa, mereka dipenuhi dengan pelbagai rintangan. Antaranya,

  • Kekurangan akses ke bandar
  • Kemahiran usahawan dan perniagaan yang terhad
  • Kekurangan kemahiran dalam membuat keputusan penting yang melibatkan bidang keusahawanan
  • Kemahiran tawar-menawar di dalam pasaran

Pemerkasaan Melalui Internet

Pada tahun 2018, kajian menunjukkan pemerkasaan usahawan di kawasan desa melalui model inovasi sosial telah mengajar wanita bahawa mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan perniagaan mereka. Dengan mendidik mereka mengenai ICT sebagai alat untuk menampung perkembangan syarikat mereka, mereka mampu menambah baik kemampuan perusahaan mereka[6]

Kajian yang tidak terkira jumlahnya telah membuktikan bahawa penggunaan internet di dalam perniagaan merupakan faktor utama bagi kejayaan sesebuah syarikat[6]. Sebagai contohnya, sosial media, telah mengajar usahawan wanita, untuk menggunakan pelbagai platform sosial media bagi mempromosikan perniagaan mereka sementara mereka bergaul dan berkomunikasi dengan cara yang positif[6]. Dengan kaedah ini, usahawan wanita di desa tidak perlu lagi risau akan kekurangan kemudahan yang tersedia di sekeliling mereka. 

Source: Digital News Asia

Walaupun begitu, kemahiran ini tidak diperolehi begitu sahaja. Kajian telah mendedahkan cabaran yang perlu dihadapi usahawan wanita untuk meningkatkan lagi penggunaan mereka dengan teknologi. Wanita terpaksa belajar mengenai perkakasan dan cara untuk memasarkan produk mereka dan servis dalam talian. Dengan sedikit usaha, kajian menunjukkan wanita di desa mampu menyesuaikan diri dan berinovatif serta sesetengah wanita juga mendapat pendapatan yang agak besar dan pendapatan mereka meningkat dari tiga ke empat angka sebulan[6]

Bagi menyokong perkara ini, kerajaan telah menyalurkan sumbangan untuk merapatkan jurang digital di kawasan desa.  Sumbangan itu digunakan untuk pembinaan pusat telekomunikasi yang berfungsi untuk menambah baik jaringan internet, akses pusat komuniti dan kelas literasi komputer.  Kerajaan juga telah memperkenalkan program-program yang bertujuan untuk membantu demografi lemah (orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, belia, perusahaan mikro) dengan perkhidmatan ICT[4].

Pada tahun 2020, kajian yang lain juga telah menyatakan kepentingan bagi literasi digital[7]. Jika kita mampu memanfaatkan sepenuhnya, komunikasi dan akses kepada informasi melalui platform internet, sosial media dan peranti mudah alih adalah penting. 

Kajian ini menunjukkan bahawa media sosial utama yang digunakan ialah Facebook (50%), dan WhatsApp yang digunakan untuk berkomunikasi[7]

Demikian ini, dengan kewujudan internet sebagai platform yang mewakili sebagai peralatan baru yang stabil bagi usahawan wanita, masih terdapat desakan bagi penyediaan latihan kepada wanita di desa dan perkhidmatan mentor sewaktu mereka baru bermula dengan aktiviti perniagaan. Dengan sistem sokongan yang penting, wanita di desa mampu untuk mengatasi halangan, menyelesaikan apa-apa masalah digital dan mencapai keyakinan untuk mengusahakan perniagaan mereka.

Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa semua peserta setuju akan penggunaan internet secara positif untuk membantu perniagaan mereka, yang juga mampu untuk menambah pendapatan mereka[7]

Pemerkasaan Melalui Pembiayaan Mikro

Sebuah institusi yang bernama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah dikenali dengan kejayaannya dalam pembiayaan-mikro, hal ini disebabkan kerana mereka menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada isi rumah yang miskin supaya mereka mampu untuk melakukan aktiviti yang menjana pendapatan.   

Pada bulan September 2019, AIM mempunyai sebanyak 8363,497 ahli dan sejak itu, terdapat banyak kejayaan yang diperolehi oleh ahlinya dan mereka juga berjaya memboloskan diri daripada lembah kemiskinan disebabkan dana yang diperuntukkan.

Hasnah Abdullah yang berasal dari Perlis merupakan salah seorang penerima dana pembiayaan-mikro. Sebelum ini, dia hanya menerima pendapatan sebanyak RM 260 sebulan dan sebagai seorang ibu tunggal, dia terpaksa untuk menyara anak-anaknya dan ahli keluarga yang berumur di dalam keluarganya. 

Selepas memohon pinjaman daripada AIMS pada tahun 1996, dia mengeluarkan wang berjumlah RM121,900 pada tahun 2006, Hasanah dapat membeli dua lori dan disewakan kepada orang dan memperoleh pendapatan melalui penyewaan tersebut. Sekarang dia mempunyai RM386,000 sebagai aset peribadinya dan purata pendapatan bulanan iaitu RM18,000[8].

AGEN PERUBAHAN MEMBANTU WANITA DALAM  MENJADI USAHAWAN 

Ini merupakan beberapa contoh agen perubahan yang memperkasakan wanita dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti perniagaan. Walaupun begitu tidak kesemua agen perubahan meletakkan fokus ke atas komuniti desa, fokus dan visi mereka adalah untuk membantu wanita yang memerlukan bantuan dan mereka yang mencari peluang. 

Women of Will: Mengubah nasib wanita di Malaysia dan komuniti mereka melalui pembiayaan kredit mikro dan menyediakan program pembangunan usahawan. Hubungi mereka di: +603 6211 7555 atau e-mel: enquiries@womenofwill.org.my

Where Holistic Experiences Empower (WHEE!): Pendorong komuniti di desa melalui pemerkasaan keusahawanan. WHEE! Menggunakan kekuatan mereka iaitu budaya tempatan untuk mempromosikan perniagaan mereka. Projek semasa mereka di jalankan di Bario, Sarawak, WHEE kini mengadakan program sukarelawan di kalangan beli, bermula dari ekopelancongan sehingga ke pengawetan nasi tradisional menggunakan pertanian. 

ROCKA Atelier: Syarikat sosial yang menghasilkan pakaian wanita yang berkualiti dengan beretika. ROCKA memperkasakan wanita muda yang kurang bernasib baik melalui program perantisan dan membantu mereka untuk menjana pendapatan. Hubungi mereka di:  +6011-2672 0041 atau e-mel: rockaatelier@gmail.com

Malaysian Organisation for Development of Indian Women in Career, Entrepreneurs and Professionals (MiWEPs): Sebuah agensi tanpa keuntungan bersama dengan wanita India Malaysia bekerjasama untuk memanfaatkan potensi tenaga kerja yang banyak dan menambah peranan wanita India di dalam kerjaya yang berprofil tinggi. Hubungi mereka di: +60 10 232 5063 atau e-mel: miweps@gmail.com

Purple Lily Kuching: Menginspirasikan dan memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik dengan menyediakan kewangan bagi pendidikan serta memantapkan kemahiran mereka melalui bengkel yang disediakan. Hubungi mereka di: +6082 231 803 atau e-mel: info@purplelily.org

Rujukan:

  1. Department of Statistics Malaysia. (2021). Demographic Statistics Fourth Quarter 2020, Malaysia. Link.
  2. Department of Statistics Malaysia. (2020). Statistics on Women Empowerment in Selected Domains, Malaysia, 2020. Link.
  3. R. Akhtar, et al. (2020). Labour Force Participation and Nature of Employment Among Women in Selangor, Malaysia. Link
  4. Khazanah Research Institute. (2018). The Malaysian Workforce: A Changing Landscape. Link.
  5. N. R. N. M. Masdek. (2015). Empowering of Rural Women in the Agriculture Community through Women Development. Link.
  6. H. H. Ali, et al. (2018). Empowering Rural Women Entrepreneurs Through Social Innovation Model. Link.
  7. R. Hamid, et al. (2020). Digital Literacy Among Women Entrepreneurs in Rural Areas. Link
  8. UNDP. (2008). Malaysia Nurturing Women Entrepreneurs. Link.

Diterjermahkah oleh: Syakilah Rodzi

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?