Site logo

Terlebih Gula! 1 Daripada 5 rakyat Malaysia Menghidap Diabetes. Apa Yang Perlu Dilakukan?

Berada di kedudukan kelima idi dalam kawasan Pasifik Barat bagi kadar tertinggi diabetes, Malaysia membelanjakan lebih daripada RM9.6 billion setiap tahun untuk pengurusan diabetes setahun. Dalam kategori penyakit tidak berjangkit (NCD), Diabetes menelan perbelanjaan penjagaan kesihatan tahunan tertinggi pada 45.4%, hampir tiga kali ganda peruntukan untuk kanser dan penyakit kardiovaskular.

Angka ini menempatkan diabetes sebagai satu kebimbangan berleluasa dalam negara. Memandangkan ia adalah penyakit utama antara penyakit tidak berjangkit NCD, usaha giat diperlukan untuk menangani kemudaratan diabetes.

Negara Paling Manis Di Asia

Menurut Persatuan Diabetes Antarabangsa (IDF) Malaysia, sebanyak 4.4 juta orang dewasa dari 22 juta orang dewasa di negara ini menghidap diabetes. Dengan kata lain, satu daripada lima orang dewasa di negara ini mempunyai diabetes.

Berdasarkan kepada laporan Kajian Status Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2019 (NHMS 2019):

Satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes jenis 2, dengan anggaran 3.9 juta dewasa di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas didiagnosis menghidap diabetes setakat tahun 2019, lebih tinggi daripada jumlah 3.5 juta pada tahun 2015.[1]

Di dalam satu kajian yang tertumpu kepada kelaziman diabetes jenis 2 dan pra diabetes di kalangan rakyat Malaysia, kelaziman diabetes agak berbeza mengikut jantina – 13.8% bagi golongan lelaki dan kelaziman lebih tinggi pada 14.5% bagi Wanita. Selain itu bagi setiap sub populasi etnik, kaum India mempunyai kelaziman tertinggi diabetes pada 25%, diikuti oleh Melayu 15%, Cina 12%,  Bumiputera 8%, dan lain-lain 6%[2]

Kajian yang sama menunjukkan bahawa golongan dewasa di dalam lingkungan umur 20-29 tahun mempunyai kelaziman diabetes rendah yang ketara iaitu 3.1%. Warga emas 60 tahun dan ke atas, tidak menghairankan, mempunyai kelaziman ketara lebih tinggi 33.4%[2].

Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara yang menua pada tahun 2030, di mana mereka yang berusia 65 tahun akan melebihi 14% daripada penduduk. Perubahan demografik ini bermakna beban kesihatan dan ekonomi disebabkan penyakit tidak berjangkit NCD berkemungkinan meningkat – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,bekas  Ketua Pengarah Kesihatan[3]

Bagaimanapun, berdasarkan kepada IDF Malaysia, jumlah penduduk dewasa (20-29 tahun) di Malaysia yang mempunyai rekod diabetes berjumlah 22 juta pada tahun 2022 dan dijangka  akan mencapai 25 juta pada tahun 2030[4]. Sementara itu jumlah penduduk kanak-kanak dan remaja (0–19 tahun) telah direkodkan berjumlah 10 juta.

Angka ini memberi tanggapan bahawa diabetes adalah masalah yang menjejaskan semua, tanpa mengira umur. Warga emas, dewasa, remaja dan malahan kanak-kanak! Tiada siapa yang terselamat daripada penyakit ini.

Mematahkan Mitos Tradisional

Satu kajian Indeks Diabetes Malaysia yang dijalankan untuk mengukur tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang diabetes mendapati bahawa separuh daripada responden (52%) tidak mengetahui diabetes boleh dipulihkan, dan satu daripada tiga responden (37%) tidak mengetahui tahap bacaan kandungan gula darah yang tidak normal[5].

Responden percaya diabetes adalah disebabkan oleh diet tinggi kalori, sejarah keluarga, obesiti, dan kurang aktiviti fizikal, dan lebih daripada 53% daripada responden berfikir mereka berisiko untuk mendapat penyakit itu apabila usia meningkat[5].  Ini menunjukkan ramai daripada mereka percaya diabetes hanya merupakan kebimbangan mereka bagi yang lebih berusia, atau ‘penyakit orang tua’.

Diabetes menjadi kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan muda di Malaysia. Antara tahun 2018 dan 2019, bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang didiagnosis dengan diabetes lebih daripada dua kali ganda iaitu daripada 408 kepada 977, menurut Daftar Diabetes Kanak-kanak dan Remaja[6]. Secara purata, jumlah ini bersamaan dengan 57 kes baharu diabetes di  kalangan kanak-kanak setiap tahun.

Bahkan, Kajian Kesihatan dan Morbiditi kebangsaan (NMHS) 2022 mendapati satu daripada tiga orang remaja di Malaysia berumur 13-17 mempunyai berat badan berlebihan atau obese, dan kanak-kanak dengan berat badan berlebihan atau obese adalah empat kali lebih berkemungkinan mendapat diabetes jenis-2 berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.[6].

Sumber: The Star

Ramai percaya gula hanya boleh didapati di dalam makanan manis. Sebenarnya salah satu daripada sumber lazim gula tersembunyi adalah makanan sarat karbohidrat. Rakyat Malaysia bukan sahaja gemar mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi goreng,roti canai dan mi goreng untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam, tetapi makanan tersebut juga lazimnya diberikan kepada atau dibeli oleh isi rumah berpendapatan rendah ke bawah (B40).

Diet tinggi karbohidrat yang mengandungi nasi, mi, roti,roti canai, dll, dimana karbohidrat dipecahkan menjadi gula dalam darah kita boleh menyebabkan peningkatan risiko diabetes – Prof Dr Chan Siew Pheng, pakar perunding kanan endokrin[7]

Mengejutkan, satu daripada tiga orang rakyat Malaysia percaya bahawa kurang mengambil gula adalah cara yang baik untuk mengurangkan peluang mendapat diabetes[5]. Walaupun kurang mengambil gula di dalam diet anda boleh membantu, pengambilan gula yang tinggi bukanlah satu-satunya penyebab diabetes disebabkan penyakit ini terjadi apabila tiada tindakbalas insulin di dalam badan kerana insulin tercemar telah dilepaskan, hasil daripada gabungan genetik dan faktor gaya hidup[8].

Pakar perunding kanan endokrin Prof Dr Chan Siew Ping berkata pengambilan gula yang tinggi tidak menyebabkan diabetes secara langsung, pengambilan gula yang tinggi menyebabkan pertambahan berat badan boleh meningkatkan risiko mendapat diabetes jenis 2.

Banyak faktor-faktor lain termasuk diet keseluruhan dan pengambilan makanan berlebihan yang menyebabkan pertambahan berat badan,gaya hidup dan genetik juga memberi impak kepada risiko anda untuk mendapat diabetes. Ini adalah salah faham lazim rakyat Malaysia terhadap gula dan diabetes – Prof Dr Chan Siew Pheng, pakar perunding kanan endokrin[7]

Beliau turut menekankan peranan genetik dalam mendapatkan diabetes. Menurutnya, sejarah keluarga dan usia boleh menyumbang kepada risiko seseorang untuk mengembangkan diabetes. “Risiko anda untuk mengembangkan diabetes meningkat jika ibu bapa atau saudara mempunyai diabetes,“katanya[7].

Sekiranya anda telah didiagnosis dengan diabetes, terdapat kebarangkalian seseorang dalam keluarga anda juga akan mendapat diabetes.Beberapa mutasi genetik telah dikaitkan dengan pembentukan diabetes jenis 2, di mana ia boleh berinteraksi dengan persekitaran untuk lebih meningkatkan risiko diabetes – Dr Chan Siew Pheng, pakar perunding kanan endokrin[7]

Komplikasi Kesihatan yang Teruk

Diabetes boleh menjejaskan banyak organ di dalam badan, dan menjurus kepada komplikasi kesihatan yang serius lama kelamaan. Komplikasi ini diklasifikasikan kepada dua kategori, Mikrovaskular and Makrovaskular.

Mikrovaskular merujuk kepada kerosakan sistem saraf, buah pinggang atau sistem urinari, dan mata. Lazimnya, ianya terjadi dalam bentuk kehilangan penglihatan, masalah ginjal yang menjurus kepada kegagalan urinari , termasuklah kerosakan saraf yang menjejaskan keupayaan deria[10]

Di sisi lain, Makrovasular merujuk kepada kerosakan pada pembuluh darah besar, seperti penyakit kardiovaskular, angin ahmar, dan penyakit vaskular Periferi (PVD,gangguan peredaran darah)[9]. PVD boleh menyebabkan luka yang tidak boleh sembuh, gangren, dan akhirnya,amputasi.

Dengan komplikasi tersebut, tidak hairanlah pesakit diabetes membelanjakan RM500 ke RM1000 sebulan bagi kos perubatan secara langsung atau tidak langsung.

Dampak Di Skala Sosial dan Kebangsaan

Dengan lebih 4 juta kes diabetes di Malaysia dan peningkatan kos rawatan, perbelanjaan kerajaan dalam pengurusan diabetes melebihi RM9.6 billion pada tahun 2022. Tambahan pula, laporan bersama oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan bahawa penyakit tidak berjangkit (NCDs) memberikan  beban ekonomi yang berat, dengan kos mencapai RM8.9 billion, setara dengan 0.65% daripada KDNK (GDP) negara. Kos ini melibatkan kehilangan produktiviti akibat ketidakhadiran di tempat kerja dan kematian awal dalam kalangan populasi usia pekerja.

Sebagai fakta,  Malaysia sedang menuju untuk mencapai status negara tua pada tahun 2030[11], yang mana seterusnya meningkatkan risiko NCDs seperti diabetes, menambahkan lagi keperluan mendesak untuk menangani krisis kesihatan ini.

Pada tahap individu, diabetes boleh menjadi beban terhadap situasi kewangan seseorang, menyebabkan stres, dan kesihatan mental seseorang. 

Rawatan adalah sangat mahal. Pada masa itu, ia sudah sangat mahal. Sebarang simpanan yang ada beliau dibelanjakan untuk rawatan pada hari-hari terakhir. Tetapi pada masa itu, kami mengetahui, doktor memberitahu bahwa kami tidak punya banyak masa. Ia telah pun menjadi parah. Yeoh Phek Chin,rakyat Malaysia yang didiagnosis dengan diabetes, bapanya juga adalah penghidap diabetes[12]

Yeoh Phek Chin. Sumber: CodeBlue

Lebih daripada 12 tahun sejak Yeoh Phek Chin didiagnosis sebagai pesakit diabetes, beliau telah membelanjakan hampir RM30,000 untuk perubatan dan rawatan berkaitan diabetes, termasuk pembelian glucometer dan penambahbaikan, jalur ukur, and lancets – alat untuk memotong dengan pisau tajam bermata dua dan hujung yang runcing untuk membuat sayatan kecil atau menebuk saliran[12].

Bagaimana mungkin diabetes boleh menjejaskan penglihatan saya ? Saya tak pernah peka dan sangat tertekan kerana saya tidak dilahirkan buta. Saya rasa sangat tidak adil pada masa itu – Sivalila Balakrishnan, pesakit diabetes 41 tahun[13]

Sumber: Muhammad Rabbani Jamian @ FMT Lifestyle)

Pada usia 35 tahun, Sivalila hilang penglihatan mata kanannya disebabkan diabetes retinopati. Tiga tahun kemudian dia telah didiagnosis dengan Charcot foot, penyakit yang menyerang tulang,saraf dan tisu lembut di kaki akibat daripada diabetes. Beliau diberitahu untuk memotong kakinya atau menghadapi prospek yang berpotensi untuk kematian[13].

Diabetes tidak membuat anda rasa sakit.  Anda tidak berasa seperti anda akan mati, adakah anda tahu? Anda tidak berasa seperti anda memerlukan pertolongan perubatan sehingga sesuatu yang mendadak terjadi. – Yeoh[12] 

Semua ini lebih menekankan keperluan untuk peka dan proaktif terhadap diabetes demi mengekalkan kesihatan kita dan mencegah komplikasi yang lebih teruk.

Penyelesaian kepada Diabetes di Negara

Dengan kekerapan diabetes di Malaysia, terdapat beberapa program yang digerakkan oleh organisasi untuk menangani isu ini dan memberikan penyelesaian bagi negara.

• Program  PRIME (Pre-diabetes Intervention, Management and Evaluation), yang dicipta oleh Sekolah Farmasi Universiti Monash dengan kerjasama Caring Pharmacy dan Bionime Malaysia, bertujuan untuk memberi pendidikan kepada individu yang mengalami pra-diabetes tentang keadaan mereka dan bagaimana mencegahnya daripada menjadi lebih teruk[14].  Program ini direka untuk menyambung individu pra-diabetes dengan perkhidmatan yang sesuai, menangani penggunaan kurang farmasi komuniti untuk pengurusan penyakit, dan mempromosikan penggunaan teknologi kesihatan digital untuk pemantauan pesakit yang lebih baik. Program ini telah memulakan kajian perintis pada Januari 2022 dan dijadualkan untuk pelaksanaan penuh menjelang Disember 2023.

•Program Brighter Health Blood Glucose Screening, dikendalikan oleh Sun Life Malaysia, berlangsung daripada bulan Julai hingga Oktober 2023. Tujuannya adalah membantu rakyat Malaysia mengenal pasti gejala dan risiko potensi berkaitan dengan diabetes[15].Ini menandakan edisi keempat program ini, dengan matlamat utama meningkatkan kesedaran tentang pencegahan diabetes. Sejak dimulakan pada tahun 2019, program ini telah memberi impak positif kepada lebih daripada 21,000 rakyat Malaysia, membekalkan mereka dengan pengetahuan tentang pengesanan awal dan pencegahan diabetes.

•Program Lifestyle Medicine oleh Malaysian Society of Lifestyle Medicine (MSLM) adalah inisiatif yang menyediakan penyelesaian kepada peningkatan kes-kes NCD di dalam negara. Ia adalah intervensi yang menyediakan penilaian risiko kesihatan, bimbingan tingkah laku kesihatan, dan mengubah gaya hidup, dengan tujuan untuk mencegah,merawat, dan memulihkan penyakit kronik dengan menangani sebab-sebab  asas[16].

Manfaatnya banyak. Dari tidak mengetahui apa-apa, menjadi mampu mengubah gaya hidup kita. Sekarang saya merasa lebih sihat, lebih ringan, dan mempunyai banyak tenaga. Kadang-kadang saya tidak merasa seperti berusia 50 tahun.  – Nurzela, seorang peserta  di dalam the Lifestyle Medicine program[16]

Bagaimana Untuk Menghindari Diabetes? 

Mengetahui tahap keterukan diabetes di Malaysia, kita kini memahami faktor-faktor yang mempengaruhi diabetes dan kepentingan dalam menjaga kesihatan kita—tanpa mengira umur kita. Berikut adalah beberapa cara untuk tetap proaktif dalam menjaga kesihatan kita:

#1: Kesedaran Tentang Penjagaan Kesihatan Badan Anda

Sumber: Sunway

Memilih makanan  yang berasal dari pertanian yang mampan dan konservatif tidak hanya mengurangkan impak ekologi pilihan makanan kita, tetapi juga mengandungi lebih sedikit metabolit toksik seperti logam berat, baja sintetik, dan bakteria yang tahan antibiotik[17]

Mengamalkan pemakanan seimbang dengan memberi keutamaan kepada bijirin penuh, protein rendah lemak, dan lemak sihat adalah kunci untuk menghalang perkembangan pra-diabetes[18]. Selain itu, menghadkan pengambilan gula antara 5% dan 10% daripada jumlah tenaga keseluruhan seseorang, bergantung kepada keadaan individu, disyorkan oleh WHO.

#2: Peka Dengan Pilihan Gaya Hidup Anda 

Adakah anda sentiasa berada di meja, belajar atau bekerja? Adakah anda mendapati anda berasa letih dan lesu apabila hari berakhir, baik dari segi mental dan fizikal, walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal?

Pakar endokrin dan perubatan dalaman Hospital Pakar KPJ Johor Dr Kiran Nair, berkata, “urbanisasi dan gaya hidup moden,di mana semua perkara adalah secara maya, menjurus kepada tabiat tidak aktif dan kegemukan, justeru menyebabkan kadar diabetes yang mencemaskan, menitikberatkan keperluan mendesak untuk langkah pencegahan[19].”

Meluangkan masa untuk bersenam boleh menjadi mencabar disebabkan kerja dan lain-lain komitmen. Bagaimanapun, memandangkan faedah penting olahraga kepada kesihatan, adalah wajar untuk mengutamakannya. Anda boleh meluangkan masa untuk senaman dengan menggabungkan senaman jangka pendek, senaman berintensiti seperti High-Intensity Interval Training(HIIT),berjalan, atau berbasikal. Tambahan lagi, menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak boleh menggalakkan lebih aktiviti fizikal. Berehat sebentar untuk regangan dan pergerakan adalah satu cara yang berkesan untuk kekal aktif[20]

Menghadapi kekurangan motivasi dan kelesuan ketika bersenam boleh ditangani dengan memastikan makanan dan minuman yang bernutrisi daripada yang berkalori kosong. Tidur yang mencukupi pada waktu malam adalah penting, dan melakukan aktiviti yang menyeronokkanaktiviti yang menyeronokkan seperti menari, bertinju, atau pilates boleh membuat senaman lebih menarik.

#3: Kerap Mendapatkan Nasihat Doktor 

Sumber: WHO

Pemeriksaan berkala dan saringan adalah penting untuk mengurus diabetes, terutamanya jika terdapat sejarah keluarga tentang keadaan ini. Frekuensi saringan yang dicadangkan bergantung pada faktor individu seperti umur, berat badan, tahap aktiviti, dan keadaan kesihatan lain. Secara umum, disarankan untuk menjalani saringan setiap enam bulan bagi mereka yang berisiko tinggi[19]. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk berunding dengan doktor untuk panduan peribadi dalam pengurusan diabetes.

Pengesanan awal dan pengurusan adalah kunci untuk mencegah atau menguruskan diabetes dan komplikasinya secara berkesan.

Terjemahan oleh: Norazah Nizar

Explore Our Sources

  1. Dr K.L.K. Kien. (2022). #HEALTH: Not the sweetest news for Malaysians. New Straits Times. Link.
  2. Akhtar, et. al. (2022). Prevalence of type-2 diabetes and prediabetes in Malaysia: A systematic review and meta-analysis. PLoS One. Link
  3. M. Carvalho. (2022). Malaysia spent RM22.53bil to treat diabetes, cancer and heart disease in 2017. The Star. Link.
  4. IDF Diabetes Atlas (2021). Malaysia, Diabetes Report 2000–2045. Link 
  5. AstraZeneca. (2021). The First-ever Malaysian Diabetes Index Survey Uncovers Awareness Gaps on Diabetes Amongst Malaysians. Link
  6. Wong, J., et. al. (2022). Very young children are now getting diabetes, and it is increasingly common in Malaysia. The Star. Link
  7. M. Hassandarvish. (2021). Is sugar the main cause of diabetes? Not really — Malaysian expert points to factors beyond sugar. Malay Mail. Link.
  8. American Diabetes Association. (2009). Diagnosis and Classification of Diabetes Mellitus. Link 
  9. Deshpande, A. (2008). Epidemiology of Diabetes and Diabetes-Related Complications. Physical Therapy. Link
  10. Diabetes UK. (n.d.). Complications of Diabetes. Link 
  11. World Health Organisation. (2022). The annual health-care cost of cardiovascular diseases, diabetes and cancer in Malaysia exceeds RM 9.65 billion. Link 
  12. CodeBlue. (2022). Catching Diabetes Before It’s Too Late. Link 
  13. FMT. (2023). Sivalila’s still loving life despite her physical disabilities. Link 
  14. Teoh, K. (2022). Diabetes prevention through digital health: PRIME program based in Malaysian community pharmacies. Monash University. Link
  15. Sun Life. (2023). 41% of Malaysians at Risk of Diabetes with Elevated Blood Glucose Levels. Link
  16. World Health Organisation. (2023). Empowering Positive Lifestyle Changes with Lifestyle Medicine: A Malaysian Initiative to Combat Type 2 Diabetes. Link
  17. Sunway Stories. (2023). How Food Choices Can Shape Your Future. Link
  18. John Hopkins Medicine. (n.d.). Prediabetes Diet. Link
  19. Murugesan, M. (2023). Digital lifestyle fuelling diabetes. New Straits Times. Link
  20. Lifestyle Lab. (2023). How to incorporate exercise into your busy lifestyle. LinkedIn. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?