Site logo

Temui Para Pelarian Mengagumkan Yang Mengubah Komuniti Mereka

Kita seringkali membaca cerita yang menggambarkan cabaran dan rintangan yang dihadapi komuniti pelarian. Terdapat pelbagai kisah tentang penganiayaan dan penafian hak asasi kepada pendidikan, kesihatan serta pekerjaan di dalam sebuah negara yang ingin dijadikan rumah kedua. Walaupun ianya penting untuk menekankan dan membawa kesedaran terhadap isu-isu ini, akan wujudnya sebuah perspektif dimana komuniti pelarian dijadikan mangsa dan mereka hanyalah sebuah beban yang perlu digalas.

Populasi pelarian di Malaysia kian bertambah tahun ke tahun. Pada 2019, terdapat peningkatan sebanyak 6.43% berbanding tahun sebelumnya[1]. Tambahan lagi, pada Mac 2021, terdapat sejumlah 178,710 orang pelarian dan pencari suaka yang tinggal di Malaysia[2]. Dengan jumlah yang begitu besar, sudah tentunya akan wujud sifat prejudis dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap komuniti ini. Antara tanggapan negatif tersebut ialah golongan ini bersifat malas, lengai dan asyik menunggu untuk bantuan diberikan.

Namun begitu, mereka hanya menginginkan kebebasan semata-mata serta peluang untuk membuktikan bahawa mereka boleh menyumbang balik terutamanya kepada komuniti mereka sendiri. Mereka mahukan sebuah kehidupan dimana mereka boleh hidup bebas dan untuk menolong orang lain mencapai tahap kehidupan tersebut. 

Terdapat segelintir individu yang telah berjaya mengatasi cabaran dan halangan-halangan yang menidakkan mereka daripada mencapai tahap kehidupan yang berhak mendapat. Dengan titik peluh mereka sendiri, mereka dapat menggapai kejayaan dan seterusnya menjadi suara buat komuniti mereka dalam usaha membawa kesedaran mengenai golongan pelarian.

Sadek Khan: Pendidik Kepada Pelarian

Source: Sadek Khan | Facebook

Antara cabaran terbesar yang dihadapi komuniti pelarian ialah untuk mendapatkan pendidikan formal yang sepatutnya. Disebabkan status mereka dan kekurangan dokumentasi penting, kebanyakan tidak dapat memasuki sekolah ataupun universiti awam. Oleh itu, mereka terpaksa bergantung kepada sekolah persendirian ataupun pusat-pusat pembelajaran alternatif. Hakikatnya, institusi-institusi ini kurang formal dan bukan semua subjek diajar di sini akibat kekurangan tenaga pengajar serta fasiliti pengajaran. Selain itu, bilik-bilik darjah dimana kelas diadakan agak sempit, menyebabkan pelajar berasa kurang selesa[3].

Source: Sadek Khan | Facebook

Tanpa mengira keadaan, kebanyakan pelarian mengiktiraf kepentingan mendapatkan pendidikan. Selari dengan itu, banyak individu yang telah mengambil inisiatif untuk mendidik anak-anak komuniti mereka agar mereka dapat mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Sebagai contoh, Sadek Khan, seorang pelarian yang berumur 20 tahun dari Myanmar, telah mendirikan sebuah pusat pembelajaran di sebuah rumah kampung lama di Bagan Dalam, Pulau Pinang. Dengan bantuan rakyat Pulau Pinang, beliau kini dapat memberi pendidikan kepada kanak-kanak pelarian[4].

Hidup seorang pelarian merupakan sebuah hidup yang amat teruk di dunia ini, tetapi pendidikan boleh memulihkan dan mengubah dunia ini. -Sadek Khan, pelarian Rohingya[4]

Hasson: Jurubahasa Kepada Wanita Pelarian

Source: Channel News Asia

Mohamudul Hasson Roshid merupakan satu lagi contoh. Dilahirkan di kem pelarian Nayapara di Bangladesh, beliau berlari ke Malaysia untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Sewaktu tiba di Malaysia, kefasihan bertutur Bahasa Inggeris telah membolehkan beliau untuk menjadi penterjemah kepada wanita-wanita Rohingya di hospital dan klinik. Beliau mendapati bahawa mereka teragak-agak dan segan menceritakan masalah kesihatan pada mulanya namun disebabkan batasan bahasa, wanita-wanita ini tidak berjumpa dengan pakar perubatan[5].

Source: Channel News Asia

Hasson kemudiannya membuat keputusan untuk mendirikan sebuah kelas bahasa untuk wanita agar mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan rawatan tanpa memerlukan penterjemah. Wanita-wanita pelarian ini juga terpaksa duduk di rumah atas sebab keselamatan jadi Hasson dan kumpulannya memutuskan untuk membawa kelas bahasa ke rumah mereka.

Wanita -wanita muda ini duduk di rumah kerana keluarga mereka tidak mahu mereka pergi berjauhan. Kami kata okay, jika kami membawa sekolah ini kepada rumah untuk wanita-wanita ini … ibubapa mereka tidak boleh berkata, ‘anak saya tidak boleh keluar’ – Mohamudul Hasson Roshid, pelarian dari Bangladesh[5].

Sakina: Memasak Untuk Menyara Hidup

Source: Christian Science Monitor

Memandangkan pelarian sering melarikan diri dari negara mereka sehelai sepinggang, tidak hairanlah ramai yang tiba di Malaysia hidup dalam kemiskinan dan berjuang untuk terus hidup hari ke hari. Terdapat beberapa orang yang telah mencari jalan untuk menyara hidup dengan keupayaan mereka untuk memasak.

Sakina, seorang pelarian Afghanistan yang berumur 21 tahun dan ibu kepada seorang anak, merupakan chef yang pertama yang diambil untuk projek Meaningful Meals yang dikendalikan oleh Greater Action, sebuah badan bukan laba yang bertujuan untuk memperbaiki mutu kehidupan komuniti pelarian yang terpinggir dan miskin bandar di Malaysia.

Saya tengah bersalin pada masa itu dan memerlukan pekerjaan untuk mencari duit. Kami baru tiba di negara ini dan tidak mengenali sesiapa pun – Sakina, pelarian Afghanistan[6]

Sakina bersama-sama wanita pelarian lain memasak makanan Afgan tulen dan memperoleh sebanyak RM700 sebulan. Walaupun hasil ini nampak kecil namun ianya sekadar cukup untuk menyara keluarga mereka. Sakina menggunakan duit ini untuk membeli makanan dan membayar sewa rumah[6].

Projek-projek ini amat sesuai untuk wanita pelarian yang tinggal di rumah kerana mereka dapat menjana pendapatan bulanan serta menjaga keluarga mereka juga.

Shakira & Ibunya: Menjaga Komuniti Mereka

Source: UNHCR

Shakira merupakan seorang jururawat terlatih dari Afghanistan yang telah berlari ke Malaysia untuk kehidupan yang lebih baik tetapi beliau tidak dapat mengamalkan pekerjaannya secara sah di negara ini. Jadi, beliau memutuskan untuk menggunakan kemahiran memasak beliau untuk mencari pendapatan. Tambahan lagi, anak-anaknya merindui makanan Afgan.

Ibu beliau pula telah mendirikan sebuah bisnes kecil menjual barangan serbaneka kepada komuniti pelarian yang tinggal berdekatan mereka. Beliau bermula dengan modal RM500 yang membolehkan beliau menyimpan stok di kedai kecilnya. Tujuan beliau ialah untuk menyediakan sebuah kedai runcit, menjual barangan kepada komunitinya sendiri. Terdapat kira-kira 30 keluarga Afgan yang tinggal berdekatannya.

Pada permulaannya kami membeli barang ini untuk diri sendiri dan servis katering. Tetapi orang Afgan lain mula datang dan meminta kami membelikan untuk mereka. Jadi, kami memutuskan untuk menggunakan salah sebuah bilik di dalam apartmen kami sebagai kedai. – Ibu Shakira, pelarian Afgan[7]

Source: UNHCR

Kedai runcit mereka biasanya menjual bahan-bahan yang biasa didapati serta dikenali dalam komuniti Afgan seperti beras, kismis, pes tomato, pudina kering dan lain-lain. Untuk Shakira, kedai runcit keluarganya lebih berfokus sebagai sebuah pusat khidmat masyarakat yang membekalkan makanan untuk para pelarian untuk meneruskan kehidupan mereka.

Kami memberitahu keluarga Afgan lain untuk datang ambil makanan-makanan ini agar anak mereka tidak akan berlapar ataupun mengalami malnutrisi. Mereka boleh mengambil barang runcit secara kredit. Mereka mengemukakan bayaran secara ansuran apabila mampu. Apa yang penting ialah tiada keluarga harus berlapar. Ibu Shakira, pelarian Afgan[7]

Saleh: Pelarian Yang Menjadi Pengarah Teater

Source: TRT World

Penat menghadapi kesukaran selepas berlari dari Afghanistan ke Malaysia bersama-sama keluarganya pada 2016, Saleh Sepas, graduan Seni Halus dari Universiti Kabul bertekad memulakan sebuah rombongan teater pelarian Afgan yang diberi nama Parastoo Theatre. Nama itu bermaksud ‘burung layang-layang’ dalam bahasa Parsi dan burung itu menjadi simbol kepada keadaan semasa komuniti pelarian.

Dengan ilmunya dalam bidang teater serta pengalaman bekerja dengan BBC Radio dan Theater of the Oppressed, sebuah projek teater untuk perubahan sosial, Saleh telah mendirikan Parastoo Theater sebagai sebuah pentas untuk melantangkan suara pelarian. 

Teater ini membolehkan para pelarian, terutamanya golongan belia untuk menyuarakan diri mereka dengan bebas dan mencungkil bakat-bakat tersembunyi di kalangan mereka. Saleh melihat teater ini sebagai lebih daripada sebuah platform untuk para pelarian menyuarakan diri tetapi juga sebuah platform untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kehidupan, rintangan, kejayaan dan perspektif komuniti pelarian di Malaysia.

Source: TRT World

Orang tempatan tidak tahu sebab kami meninggalkan negara kami. Mereka mempunyai tanggapan yang kurang tepat tentang golongan pelarian. Sekarang, mereka sedar akan realitinya. Mereka bersangka para pelarian tidak mempunyai ilmu ataupun kemahiran … Kami telah membuktikan dengan bengkel dan latihan kami bahawa kita semua mempunyai kesengsaraan yang serupa. – Saleh Salek, pelarian Afgan[5]

Kisah-kisah ini membuktikan bahawa para pelarian tidak semestinya kekal menjadi mangsa keadaan. Walaupun mereka dihumban ke dalam situasi yang begitu teruk, mereka masih boleh mengatasi cabaran-cabaran ini dan memperbaiki kehidupan mereka. Segala harapan telah hilang buat komuniti pelarian ini apabila mereka meninggalkan negara asal mereka semata-mata untuk kekal hidup. Mereka merupakan golongan yang kental serta bekerja keras dan tidak mudah mengaku kalah agar dapat mencapai impian mereka.

Kejayaan mereka melimpah ke atas komuniti mereka dan individu-individu ini berhasrat untuk membolehkan komuniti mereka untuk mencapai kejayaan dan mendapat kehidupan yang lebih baik.

Explore Our Sources:

  1. Macrotrends. (2021). Malaysia Refugee Statistics 1977-2021. Link.
  2. UNHCR Malaysia. (2021). Figures at a Glance in Malaysia. Link.
  3. Wikiimpact. (April 11, 2021). 70% of refugee children in Malaysia are not educated. Link.
  4. Tsen, E. L. (February 3, 2021). Penangites help Rohingya refugee transform kampung house into learning centre. Free Malaysia Today. Link.
  5. Shushan, L., & Paulo, D. A. (Jan 13, 2019). ‘I’m a refugee, not useless’: In Malaysia, they who lost it all help uplift others. Channel News Asia. Link.
  6. Charukesi Ramadurai. (2020). Afghan refugees create a taste of home in Malaysia. Christian Science Monitor. Link.
  7. UNHCR Malaysia. (30 June, 2020). When Food Is A Way to Make A Difference. Link.
  8. Dania, S. (April 28, 2020). Here’s How This Muslim Afghan Refugee Started A New Life In KL Through Food. Have Halal Will Travel. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?