Site logo

Suami Isteri Yang Tinggal Di Bawah Jambatan Di Johor Akhirnya Mendapat Tempat Berteduh

Baru-baru ini terdapat satu video mengenai sepasang pasangan yang tinggal di bawah jambatan di Kampung Sedeng, Segamat dan mendapat perhatian orang ramai. Tindakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pasangan tersebut telah ditempatkan di tempat yang lebih selamat dan selesa. 

Di dalam video tersebut, sekumpulan guru telah dilihat melihat sebuah rumah sementara di bawah sebuah jambatan. Guru-guru tersebut berjalan di laluan berbahaya yang menuju ke pintu rumah yang dibuat dari beberapa papan kayu. Mereka terpaksa menundukkan diri semasa berjalan masuk ke rumah tersebut kerana ruang yang sempit antara bahagian kepala dan ‘atap’. Beberapa tilam dan perabot yang dapat dilihat. Tandas dipisahkan oleh satu lagi papan kayu dan langsir yang bersebelahan dengan kawasan tempat tinggal[1].

Source: Siti Rianna | Facebook

Setelah video tersebut mendapat perhatian dalam masa yang singkat, JKM telah menyiasat situasi tersebut dan mengenal pasti bahawa rumah tersebut didiami sepasang pasangan yang berusia 30-an. Mereka baru sahaja bernikah pada bulan Mei 2020 dan sedang bergelut untuk meneruskan hidup dengan pendapatan melalui perniagaan soya yang kecil. 

Kami bersama-sama Penghulu Mukim Pogoh, Ketua Kampung Paya Pulai dan ahli PERKIM telah berjumpa dengan mereka untuk membuat pemantauan awal. – Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat, Mohamad Kamil Helmi Mohd Pang[2]

Selepas pemeriksaan, JKM bersama-sama ketua dari setiap komuniti telah merangka rancangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Rancangan segera adalah menyediakan pasangan tersebut dengan barangan keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Satu bakul makanan telah disediakan dan dihantar kepada mereka.

Source: Berita Harian

Satu keputusan bersama telah diambil antara bahagian kebajikan dan pasangan tersebut mengenai penempatan semula mereka dan menyediakan satu tempat berteduh yang berhampiran dengan kawasan bekerja ketua keluarga tersebut.

Keputusannya adalah menyewa sebuah bilik yang terletak di tingkat atas sebuah rumah kedai di Bandar Segamat yang mana telah mendapat persetujuan pemilik bangunan. Kami (JKM) berjaya membawa pasangan ini dan membekalkan mereka dengan barangan keperluan untuk digunakan bagi bilik mereka di samping menyediakan mereka dengan alatan dan barangan seperti tikar, selimut dan tilam. – Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat, Mohamad Kamil Helmi Mohd Pang[2]

Sebagai langkah untuk masa yang panjang, pasangan tersebut akan dibantu melalui bantuan sebanyak RM300 setiap bulan untuk setahun sehingga mereka berada dalam keadaan kewangan yang stabil.

Masih Ramai Yang Tiada Tempat Tinggal

Pandemik telah mendedahkan sisi buruk situasi yang tiada siapa pernah jangkakan akan terjadi. Tiada yang berharap untuk tinggal di bawah jambatan atau tersadai di tepi kaki lima. Namun, Malaysia sudah tidak boleh mengabaikan masalah kehilangan tempat tinggal ini terutamanya apabila pandemik yang berpanjangan dan ‘lockdown’ akan terus memburukkan keadaan kewangan mereka yang terjejas dengan teruk.

Tiada data kukuh mengenai bilangan mereka yang kehilangan tempat tinggal di Malaysia dan telah terbukti sukar untuk mencari maklumat mengenainya tetapi trend secara menaik telah dijangka terutamanya dengan ‘lockdown’ yang dikuatkuasakan baru-baru ini telah menunjukkan pelbagai rayuan rakyat untuk pertolongan melalui inisiatif #benderaputih.

Source: Unreserved Media

Pada tahun 2010, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melakukan tinjauan di antara golongan mereka yang kehilangan tempat tinggal sekitar jalan-jalan Kuala Lumpur. Hasil tinjauan mendapati 1,387 individu telah berdepan masalah kehilangan tempat tinggal pada waktu itu.[3]. Pada tahun 2014, populasi ini dijangka berkurang kepada 600 orang tetapi pada tahun 2016, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaporkan bahawa bilangan mereka yang kehilangan tempat tinggal telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. DIanggarkan pada tahun 2016 terdapat 1,500 sehingga 2,000 individu yang kehilangan tempat tinggal di Kuala Lumpur.[4]

Masalah kehilangan tempat tinggal di Johor bertambah teruk setelah ramai yang kehilangan pekerjaan di Singapura dan terpaksa tinggal di jalanan. Yayasan Suria, sebuah organisasi kebajikan mengagihkan dalam anggaran 1,200 pek makanan kepada 400-500 orang di Johor Bahru setiap hari. Pengasasnya, James Ho telah berkongsi permerhatiannya mengenai bilangan mereka yang memerlukan yang semakin meningkat akibat pandemik dan pelaksanaan ‘lockdown’.

Source: Mercy Mission Malaysia

Kita melihat peningkatan sebanyak 10% ke 15% dari ‘lockdown’ yang sebelumnya. Bukan semua dari mereka tiada tempat tinggal. Terdapat 70 peratus yang tiada tempat tinggal dan 30 peratus yang selebihnya miskin. Majoriti yang terkesan ialah mereka yang bekerja di Singapura. Sekarang mereka tiada pekerjaan langsung. Mereka tidur di jalanan dan jika hujan mereka duduk di kaki kedai. – James Ho, Yayasan Suria[5] 

‘Changemakers’ Yang Menolong Mereka Yang Kehilangan Tempat Tinggal

Pasangan suami isteri di Johor telah berjaya mendapat tempat berteduh yang elok kerana satu video yang disebarkan secara meluas. Mungkin bukanlah niat mereka untuk menunjukkan kepada dunia tentang keadaan kehidupan mereka yang sebegitu tetapi kerana video tersebut, sebuah tempat berteduh telah diberikan kepada mereka. Kita tidak perlu meletakkan jawatan sebagai pekerja tetap atau membelanjakan semua wang simpanan untuk membantu sesama rakyat Malaysia yang memerlukan. Namun, apa yang diperlukan adalah niat untuk membantu dan memberikan sokongan dalam usaha murni yang mana akan memudahkan proses untuk menghulurkan pertolongan. 

Ini adalah antara ‘changemakers’ yang membantu golongan yang tiada tempat tinggal di Malaysia. Hal-hal yang berkenaan mereka yang tiada tempat tinggal berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama-sama tiga organisasi yang dilantik iaitu Desa Bina Diri (DBD) untuk mereka yang berumur 18 ke 59 tahun dan Rumah Ehsan dan Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, mereka yang sakit dan tidak mempunyai waris.

Ini adalah senarai pusat perlindungan sementara dan tetap di seluruh Malaysia untuk golongan yang terjejas dari pelbagai kumpulan masyarakat. Hubungi mereka untuk menghulurkan bantuan. 

Explore Our Sources: 

  1. Siti Riaana. (July 2021). Facebook. Video. Link.
  2. Ismail, A. (2021). Tinggal bawah jambatan, suami isteri dipindahkan. Berita Harian. Link. 
  3. Penang Institute. (2015). Homelessness in Our Cities. Link
  4. N. S. Hamdan, S. S. Herman. (2020). Homeless in Kuala Lumpur: A Way Out of The Streets. Malaysian Architectural Journal. Link.
  5. Rodzi, NH and Hassan, H. (2021). Malaysia’s hungry and it’s not just the homeless as Covid-19 lockdown extended. The Straits Times. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?