Semasa kita kecil, satu kepercayaan yang dimomokkan kepada kita adalah sekiranya tidak menghabiskan makanan, kita akan mendapat pasangan yang hodoh. Kepercayaan lain yang tidak kurang terkenalnya adalah setiap butir nasi yang tertinggal di dalam pinggan bersamaan dengan satu jerawat di muka bakal pasangan kita. Kepercayaan ini mungkinlah karut dan ketinggalan zaman namun membawa erti yang amat besar. Di Malaysia, dengan wujudnya pelbagai pilihan makanan telah menyebabkan kita menjadi buta kepada mereka yang kelaparan kerana kemiskinan.
Setiap butir nasi membawa perubahan
Kita sedang bergelut untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan yang dihadapi golongan miskin. 900,000 rakyat Malaysia hidup dalam kelaparan dalam tahun 2019 dan mereka makan kurang dari tiga kali sehari kerana bimbang akan kos dan tidak mendapat akses kepada makanan[1]. Walaupun bekalan makanan telah diberikan oleh pelbagai organisasi, namun jangkaan yang diberikan adalah seramai 9.76 juta rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kelaparan terutamanya ketika dunia sedang dilanda pandemik[2].
Oleh disebabkan masalah kewangan dan peningkatan harga barangan, 53% rakyat Malaysia dari golongan B40 telah mengurangkan pengambilan makanan mereka, contohnya, mereka mengurangkan perbelanjaan atas makanan yang bernutrisi tinggi seperti makanan yang mengandungi protein, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin[3]. Diet pemakanan mereka selalunya terdiri daripada makanan yang berharga rendah yang membekalkan tenaga yang banyak dan mempunyai tempoh tarikh luput yang lama seperti mi segera, makanan berproses dan telur. Berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tiada penghujung, lebih kurang 60% individu tidak dapat membeli makanan untuk keluarga mereka. Angka ini meningkat sebanyak dua kali ganda jika dibandingkan dengan masa sebelum pandemik[4].
Masalah pembantutan fizikal boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mendapat akses kepada diet yang seimbang pada tempoh awal perkembangan mereka. Masalah pembantutan yang terjadi semasa kanak-kanak boleh menyebabkan masalah jangka masa panjang seperti obesiti. Walaupun obesiti sering dikatakan sebagai ‘masalah orang kaya’, secara ironinya ia adalah masalah kesihatan yang lebih sinonim dengan kemiskinan.
Mengikut angka, 65.1% dewasa dalam kawasan miskin bandar di Kuala Lumpur diketahui mempunyai masalah lebihan berat badan atau obes[6]. We are well aware that obesity is a time bomb that would lead to diabetes and cardiovascular diseases in the fKita mengetahui bahawa masalah obesiti adalah salah satu tanda yang boleh menyebabkan diabetes dan penyakit kardiovaskular di masa hadapan. uture.
Jumlah makanan yang terdapat di dunia ini amatlah cukup untuk diberikan kepada semua manusia namun mengapakah masih ada di antara mereka yang tinggal dalam kelaparan? Jawapannya terdapat dalam jumlah makanan yang dibazirkan[7].
Data yang menunjukkan realiti isu pembaziran makanan
Sisa makanan merujuk bukan sahaja kepada sisa yang dihasilkan apabila memasak atau setelah makan, tetapi termasuklah juga sisa organik seperti buah dan sayur yang dibuang kerana tidak ‘sempurna’. Rekod menunjukkan kepada kita bahawa rakyat Malaysia membuang 38,000 tan sisa domestik setiap hari manakala 4,080 tan daripada itu adalah makanan yang masih boleh dimakan[8].
Food and Agriculture Organisation (FAO) menyatakan bahawa kita sedang hidup dalam keadaan yang kritikal di mana sekuriti makanan adalah satu isu mendesak dan perlu diperhatikan. Dijangka bahawa pada tahun 2021, terdapat 720 orang sehingga 811 orang di seluruh dunia akan berada dalam kelaparan[10].
Jutaan manusia di seluruh dunia tidur dalam kelaparan pada setiap malam namun, jutaan tan makanan masih dibuang ke dalam tong sampah atau rosak ketika dalam perjalanan. Kita haruslah mengatasi masalah ini di setiap negara untuk menjamin sekuriti makanan dan menghapuskan kemiskinan – Jim Yong Kim, Presiden, World Food Bank[11]
Bukanlah susah untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan masalah pembuangan sisa makanan, hanya menyalurkan makanan yang tidak digunakan atau dimakan kepada mereka yang memerlukan. Dalam kiraan, jumlah makanan yang dibazirkan rakyat Malaysia setiap hari mampu memberi makan kepada 2.2 juta orang sebanyak tiga kali sehari pada tahun 2019[12].
Kita boleh berasa serba-salah terhadap makanan yang dibazirkan pada setiap hari namun, masalah utama bukan datang daripada pengguna. Tempat pembuangan sampah di Malaysia sebenarnya dipenuhi dengan sekurang-kurangnya 49% sisa organik yang datang daripada pembekal atau pekebun[12].
Produk segar akan dibuang apabila berlaku sedikit kerosakan, kerana tidak boleh dijual kepada pasar raya. Dalam memastikan komuniti yang memerlukan tidak lagi hidup dalam kelaparan, semuanya harus bermula dari kebun atau ladang sehingga kepada pengguna. Jika kita mampu mengawal penghasilan makanan dan menyelamatkan makanan yang masih boleh dimakan, kita sudah selangkah dalam mengatasi masalah mereka yang hidup dalam kelaparan di Malaysia.
Mencari tempat untuk makanan yang tiada hala tuju
Terdapat pelbagai organisasi yang berusaha untuk mengurangkan jumlah makanan yang yang dibuang setiap hari. Perusahaan sosial dan organisasi bukan berasaskan keuntungan seperti The Lost Food Project (TLFP), What a Waste (WaW), dan MAEKO, mengatasi masalah ini dengan cara masing-masing.
The Lost Food Project bercita-cita untuk menyelamatkan makanan yang masih boleh dimakan daripada tempat pengumpulan sampah dan menyalurkan kepada mereka yang memerlukan. Sejak tahun 2016, TLFP telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 2 juta kilogram makanan yang bersamaan dengan 7,000 hidangan[13].
What a Waste adalah perusahaan sosial yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan mereka mengumpulkan lebihan makanan yang dimasak dan makanan sedia ada untuk dihidangkan daripada pelbagai sumber seperti acara, rumah dan tempat F&B dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Pada waktu yang sama, mereka mengumpulkan bahan mentah daripada pembekal atau pembuat. Setakat ini, WaW telah berjaya menyelamatkan 1.256 juta kilogram makanan yang akan dibuang begitu sahaja tetapi berjaya diselamatkan untuk diberikan kepada 100,000 keluarga. WaW juga telah memulakan Program ‘B40 Partner Cooks’ yang melatih dan menggajikan individu yang berpendapatan rendah untuk memasak supaya dapat memberikan hidangan yang lengkap kepada mereka yang memerlukan[14].
Saya merasakan bahawa kita kurang rasa hormat terhadap makanan. Kita seharusnya lebih bertanggungjawab semasa memesan, membeli dan memasak makanan. Janganlah berlebihan. Cubalah untuk bersederhana. – Alvin Chen, Pengasas bersama What a Waste (WAW) Project[14]
MAEKO pula menggunakan mesin kompos yang berteknologi tinggi untuk menukarkan segala sisa organik kepada baja dalam masa 24 jam. Sekurang-kurangnya 7 juta kilogram sisa makanan telah ditukarkan kepada kompos melalui cara ini. MAEKO juga telah berkolaborasi dengan Bahagian ‘Sustainable Development’ bagi Kumpulan Sunway dan memasangkan mesin kompos di Bandar Sunway untuk mengurangkan sisa makanan dari 34 rakan kongsi F&B mereka[12].
Kerajaan dengan penubuhan Yayasan Food Bank Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada tahun 2019 telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan dan pasar raya dalam menjayakan misi mereka untuk mengumpulkan lebihan makanan yang tidak dapat dijual dan menyalurkannya kepada mereka yang tinggal di flat PPR, rumah kebajikan dan gelandangan. Pada tahun 2020, organisasi ini telah berjaya menyelamatkan lebih daripada 1,000 kilogram makanan sehari daripada hotel, pasar raya, pasar borong dan kilang makanan di Lembah Klang. 622,726 buah keluarga mendapat manfaat daripada usaha ini. Selain itu, semasa PKP berlangsung, makanan kering dan masih boleh dimakan yang mana menghampiri tarikh luput telah disumbangkan kepada 77,251 pelajar universiti yang terkandas di kampus[15].
Hubungan yang lebih baik dengan makanan
Walaupun terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh organisasi, mungkin sudah sampai waktunya kita melihat kembali hubungan kita dengan makanan dan mengelakkan diri daripada membeli secara berlebihan kerana salah satu punca sisa makanan di negara perindustrian adalah pembelian makanan secara berlebihan[16]. Telah dinyatakan bahawa pembuangan makanan adalah kerana pembelian secara berlebihan, penyimpanan yang tidak sempurna, penyediaan makanan yang berlebihan dan terlalu memilih makanan. Sesetengahnya juga berpendapat bahawa budaya kita yang sering berlebihan dalam pemakanan juga merupakan punca kepada masalah pembaziran. Oleh itu,pentingnya bagi setiap individu diajar untuk bersederhana dalam pemakanan[17].
Budaya pemakanan di Malaysia ialah kita agak tamak ketika mengambil makanan. Hal ini sudah sebati dalam diri kita. Jadi, sudah sampai waktunya untuk kita mengetahui jumlah pengambilan makanan yang sihat. – Mohd Syazwan, Pengurus Besar, The Lost Food Project[17]
Sebanyak mana kita menghargai kepelbagaian makanan, sebegitu pentingnya juga untuk kita berfikir sejenak ketika memilih makanan di bufet. Tanyalah kepada diri jika makanan yang kita ambil itu, adakah ia terlalu berlebihan atau sudah mencukupi? Nasihat yang ibu bapa kita telah berikan semasa kita kecil supaya sentiasa menghabiskan makanan perlu kita amati dengan lebih mendalam lagi.
Explore our sources:
- FAO. (2019). Number of people undernourished (millions) (3-year average). Link.
- UNICEF. (2020). Addressing Malaysia’s nutrition crisis post -COVID 19. Time for nutrition-focused social protection. Link
- Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. 2020. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Vol. I: NCDs – Non-Communicable Diseases: Risk Factors and other Health Problems.
- UNICEF. (2021). Families on the Edge: Issue 4 Two-steps forward, one step back: The new normal for Malaysian’s Urban Poor. Link
- UNICEF. (2018). Child Without. Link.
- J. Andoy-Galvan, H. Lugova, SS.Patil et al.(2020). Income and obesity in an urban poor community: a cross-sectional study. Link.
- UN World Food Program USA. (2021). 8 Facts to Know about Food Waste and Hunger. Link
- F.Zainal. (2021). Daily food waste staggering. The Star. Link
- A.Dermawan. (2021). Call to reduce food wastage during Ramadan. New Straits Times. Link
- FAO.(2021). The State of Food Security and Nutrition in the World 2021. The world is at a critical juncture. Link
- The World Bank. (2014). Food Loss and Waste a Barrier to Poverty Reduction. Link
- A.H. Zaki. (2019). Waste not, want not – it’s time to get serious about food waste. New Straits Times. Link
- The Lost Food Project. Link
- Our Better World. (2021).3Rs of food waste: reduce, reuse & redistribute. Link
- Bernama. (2020). SWCorp:Food waste drops during MCO, rises again soon after. Link
- UNEP. Worldwide food waste. Link
- A. Azuar. (2020). Waste not, want not. The Malaysian Reserve. Link