Site logo

“Saya Mahu Ke Sekolah”: Tangisan Kanak-Kanak Yang Tidak Mempunyai Kewarganegaraan.

Tidak mempunyai kewarganegaraan adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ribuan orang di Malaysia. Walaupun adanya anggaran penduduk di Semenanjung Malaysia, bagi masyarakat tanpa kewarganegaraan di Malaysia Timur pula, tidak ada data konkrit mengenainya kerana kerumitan sejarah dan aliran pendatang yang tidak teratur ke negeri ini. Di Sabah, kebanyakkan masyarakat yang tidak mempunyai identiti kewarganegaraan adalah terdiri daripada keturunan Filipina atau Indonesia.[1].

Sebilangan besar komuniti ini terpaksa menjalani sebahagian besar kehidupan mereka di Malaysia (generasi ketiga atau keempat), namun mereka tidak diberi hak untuk mendapat identiti kewarganegaraan.. Mereka yang mengalami kesukaran ini terdiri daripada golongan kanak-kanak, kerana masa depan mereka bergantung pada status undang-undang untuk memperolehi pendidikan, mencari nafkah dan mempunyai anak sendiri.

Pembuat filem Putri Purnama Sugua dari Sandakan tinggal dalam kalangan masyarakat tanpa kewarganegaraan. Dalam sebuah artikel berita, beliau menyatakan bahawa beliau berasa aneh bahawa kanak-kanak tanpa kewarganegaraan tidak bersekolah di sekolah yang sama dengan beliau. Hal ini menyebabkan sifat ingin tahu beliau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mereka dan akhirnya menjadi penerbit filem yang fokus untuk mengambarkan sebuah kisah tentang layanan masyarakat yang terpinggir di Malaysia.

Filem yang bertajuk Aku Mau Skola di mana kanak – kanak tanpa kewarganegaraan berkeja sebagai pengutip sampah. Sumber: Aku Mau Skola

Hal ini amat mengerikan apabila mereka menyedari sejak awal kehidupan mereka bahawa mereka tidak dapat pergi ke mana-mana tanpa mempunyai satu dokumen yang dimiliki oleh orang lain, dan ini tidak adil[1].

Pendidikan adalah hak asasi manusia untuk setiap orang. Artikel 26 dari Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia menetapkan bahwa semua orang berhak untuk mendapatkan pendidikan percuma dan wajib, paling tidak pada tahap dasar[2].

Sebuah pondok yang dipenuhi dengan anak-anak yang ingin belajar Sumber: Free Malaysia Today

Kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, tanpa kesalahan mereka sendiri, telah dilahirkan dalam dunia dimana mereka akan menghadapi penolakan, kekecewaan dan diskriminasi seumur hidup mereka. Dengan adanya perubahan ini kanak-kanak ini terpaksa mencari rasa kekitaan yang tidak akan disahkan dengan sebarang dokumen.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia telah melihat beberapa penambahbaikan baru-baru ini dengan memperkenalkan “Zero Reject Policy” oleh Kementerian Pendidikan. Dengan perubahan ini, 2.635 kanak-kanak tanpa kewarganegaraan telahpun didaftarkan di sekolah awam pada tahun 2019[3].

Walau bagaimanapun, Malaysia belum lagi menandatangani Konvensyen 1954 dan 1961 mengenai Pengurangan Tanpa Kewarganegaraan dan tidak mempunyai kerangka undang-undang dan dasar yang dapat melindungi hak orang tanpa kewarganegaraan[3].

Sumber: Facebook | Iskul Sama DiLaut Omadal

Konvensyen 1954 menetapkan tahap rawatan minimum bagi orang yang tidak mempunyai identiti kewarganegaraan tetapi tidak terhad kepada hak pendidikan, pekerjaan dan perumahan. Tambahan pula, hal ini dapat menjamin mereka mengenai hak untuk pengesahan, dokumen permastautin / dokumen untuk merantau serta bantuan pentadbiran[4].

Jangan Menyekat Impian Kanak – Kanak

‘Di Sini Aku’ (I am here) menangkapkan sentimen seorang kanak-kanak yang takut untuk bermimpi besar kerana halangan yang tidak dapat dilihat di hadapannya. Raina, seorang gadis tanpa kewarganegaraan yang berusia 10 tahun berjuang untuk menyuarakan cita-citanya serta berjuang untuk mencari identiti dan tempat kepunyaan. Video tersebut dirakam di Pusat Pembelajaran Alternatif Kampung Lok Urai di Pulau Gaya, Sabah. Raina merupakan salah seorang kanak-kanak ‘tanpa suara’ di Malaysia.

Jangan Menafikan Hak Kanak – Kanak Untuk Belajar

Video yang berjudul ‘Aku Mau Skola’ (I want to go to school) adalah satu lagi dokumentari berinspirasi pendek yang dibuat oleh pembuat filem yang sama mengenai keadaan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sandakan, dimana dia dibesarkan. Dia mempunyai perasaan yang kuat mengenai isu tersebut dengan mengatakan:

Hati saya sangat kecewa apabila melihat kesungguhan kanak-kanak kanak-kanak ini untuk mendapatkan pendidikan. Mereka tidak mempunyai apa-apa lagi. Walaupun mereka hidup susah, namun mereka mahu pergi ke sekolah. Sekolah didapati murah di sini. Kebiasaannya, seseorang akan membayar 50 sen sehari, tetapi ini tidak mudah bagi kebanyakkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Mereka sangat mendahagakan pengetahuan, malah ingin berjaya di dunia luar.[1].

Dokumentari ini menampilkan Rujiah Sami, seorang pendidik yang berdedikasi dan bersemangat yang tanpa lelah sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 70 orang tidak mempunyai identiti kewarganegaraan tanpa kewarganegaraan di sebuah gubuk kayu yang buruk di sebuah kampung di Sandakan. Rujiah mendirikan sebuah sekolah empat tahun lalu untuk memberi pendidikan asas kepada mereka yang tinggal di komunitinya. Aku Mau Skola mengikuti sekumpulan kanak-kanak kecil dan usaha mereka yang tanpa henti untuk mendapatkan pendidikan – mengumpulkan sampah pada setiap hari untuk mendapatkan wang dan berjalan ke sekolah pada setiap hari untuk mempelajari satu atau dua perkara yang baharu.

SETIAP KANAK-KANAK MESTILAH MEMPUNYAI HAK PENDIDIKAN. HAL INI TIDAK SEWAJARNYA TERTUMPU HANYA KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI HAK ISTIMEWA SAHAJA.

Rujukan:

  1. Pillai, V. (2018). Stateless in Sabah: The boys and girls who can’t go to school. Free Malaysia Today. Link.
  2. Bashir, S. (2021). All children have a right to education. Letters, The Star. Link.
  3. United Nations. (2019). Education for Stateless Children and Climate Change Take Centre Stage at Global Migration Film Festival. Link.
  4. The UN Refugee Agency (UNHCR). (2021). UN Conventions On Statelessness. Link.

Diterjemahkan Oleh: Aida Iliana

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?