Artikel diterjemahkan oleh Mazliana M (LinkedIn | Instagram)
Versi Bahasa Inggeris
Negeri Sabah merupakan penyumbang terbesar kes COVID-19 di seluruh negara sejak akhir bulan September sehingga kini. Ada ketikanya negeri ini juga merekodkan sehingga 80% daripada keseluruhan kes.
Dalam pada itu, terdapat juga peningkatan kes kritikal pesakit COVID-19 di Sabah yakni pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, menurut sumber seorang pegawai perubatan di Tawau.
ADAKAH SABAH SEBAGAI NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN KRISIS KESIHATAN INI?
Mungkinkah adanya kaitan antara kemiskinan dan sistem kesihatan negara? Berikut merupakan 7 pemerhatian untuk dipertimbangkan:
#1 – Kebanyakan pesakit COVID-19 berasal dari Semporna yang dipindahkan ke hospital di Tawau mendapati keadaan mereka bertambah teruk sesampainya di hospital.[1] Rata-rata para pesakit tersebut diintubasi dan memerlukan alat sokongan pernafasan.
#2 – 54 daripada 58 kematian akibat COVID-19 pada 9-22 Oktober 2020 adalah daripada Sabah. Korban COVID-19 di Sabah mencatatkan kadar kematian 7.3 kali ganda lebih tinggi daripada purata kes negara. Kes COVID-19 di Sabah juga adalah 12.8 kali ganda lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Re posting this as I was not clear in expressing the gravity of the situation:
— Amar-Singh HSS (@DrAmarMOH) October 23, 2020
Sabah’s mortality is 7x higher that rest of the nation.
Sabah’s infection rate is 13x higher that rest of the nation.@codebluenews @malaysiakini @aidilarazak @dririshsea @melisa_idris pic.twitter.com/ZyuN1fSscC
Kumulatif jumlah kematian COVID-19 di Sabah telah mencapai 114 – 89% daripadanya adalah dalam bulan Oktober sahaja. Laporan terkini pada 28 Oktober 2020 menunjukkan tahap keparahan kes COVID-19 di Sabah:
#3 – Pada satu ketika, Unit Rawatan Rapi yang dalam keadaan padat terpaksa mengarahkan pesakit ke Hospital Lahad Datu yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam dan 30 minit.
#4 – Kebanyakan pesakit tersebut lewat tiba di hospital selepas mereka dikesan mempunyai simptom virus ini. Hal ini adalah kerana terdapat pesakit yang perlu berjalan kaki, dan ada yang terpaksa memakai bot dari rumah mereka ke tanah besar sebelum meneruskan perjalan dengan kereta ke hospital. Yang menerukkan lagi keadaan adalah masa menunggu berjam-jam untuk diuji atau dirawat.
#5 – Untuk memberikan konteks tentang keluasan sesuatu kawasan di negeri Sabah, daerah Kinabatangan itu sendiri adalah seluas negeri Selangor.
#6 – Terdapat isu logistik dalam menjalankan pengesanan kontak. Secara hipotetikalnya, penyebaran virus ini adalah lebih terkawal sekiranya pasukan barisan hadapan yang ditugaskan untuk berkunjung ke rumah pesakit bagi menjalankan ujian ke atas keluarga mereka serta komuniti setempat adalah mencukupi. Walaubagaimanapun, dalam situasi ini, pengesanan tempat tinggal pesakit pun sudah menjadi satu cabaran kerana kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan yang sukar dijejaki.
Ayuh kita dengar penjelasan tentang isu logistik di Sabah oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Masalah di Sabah adalah dari segi logistik iaitu dari satu tempat ke satu tempat..- Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr @DGHisham #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/jpO7XmjDTP
— ????????Astro AWANI???????? (@501Awani) October 28, 2020
#7 – Secara puratanya, kekurangan doktor di Sabah adalah sebanyak 50% berbanding dengan purata kebangsaan. Menurut National Healthcare Establishment & Workforce Statistics Hospital 2012-2013,[2] Sabah mempunyai hanya 33.4 doktor per 100,000 penduduk berbanding dengan purata kebangsaan iaitu sebanyak 67.1.
SECARA DASARNYA, CETUSAN PANDEMIK INI MENGETENGAHKAN PANDANGAN YANG LEBIH JELAS TERHADAP ISU BERKAITAN DENGAN KEMISKINAN. MENGAPAKAH NEGERI YANG LEBIH MISKIN TERPAKSA MENGHADAPI KRISIS INI DENGAN KEADAAN YANG LEBIH KERUH?
Sila hubungi kami untuk memperbaiki senarai ini!