Site logo

Realiti Kehidupan Golongan Pelarian Di Malaysia

Menurut United Nations High Commissioner for Refugees (UNCHR), setakat Januari 2021, terdapat 178,710 golongan pelarian berdaftar, tidak termasuk 80,000 pelarian tidak berdokumen yang masih menunggu pendaftaran daripada UNCHR.

Kira-kira 86% pelarian ini berasal dari Myanmar, kebanyakannya terdiri daripada etnik Rohingya, Chins dan kumpulan etnik lain yang melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar. 24,560 orang pelarian selebihnya berasal dari negara-negara lain yang dilanda perang seperti Palestin, Somalia, Syria dan Afghanistan[1].

A Rohingya refugee working in Selayang market. Source: Tzu Chi Foundation

Dengan keadaan yang menyedihkan — ketiadaan wang dan sehelai sepinggang, ramai pelarian berada dalam keadaan kemiskinan yang teruk. Dengan sejumlah besar pelarian yang mencari tempat perlindungan di Malaysia, muncul sebuah persoalan — di manakah mereka tinggal? Atau lebih tepat lagi, bagaimanakah situasi kehidupan mereka?

Masalah Jelas Tanpa Bicara

Ianya penting untuk mengetahui bahawa Malaysia tidak mengesahkan Konvensyen Pelarian PBB 1951 dan Protokol 1967, oleh itu Malaysia tidak mempunyai kerangka undang-undang untuk menangani golongan pelarian[2]. Dengan ini, para pelarian telah dibiarkan untuk menguruskan diri mereka sendiri kerana Malaysia tidak mempunyai khemah khusus untuk pelarian atau tempat pelindungan sementara bagi menempatkan mereka sebelum menunggu penempatan semula.

Gagal Menanda Aras MPI

Multidimensional Poverty Index (MPI) telah mengenal pasti kemiskinan dalam tiga dimensi, iaitu penjagaan kesihatan, taraf hidup, dan pendidikan[3]. Perkara ini membantu kita memahami bahawa kemiskinan bukan sahaja dari segi wang. Instrumen ini juga dapat membantu menjelaskan lagi tahap kekurangan taraf hidup golongan pelarian ini dengan mengkaji petunjuk di dalam dimensi-dimensi berikut.

Bersatu Padu Dan Bertahan

Menurut sebuah kajian mengenai kehidupan bandar dan kehidupan komuniti pendatang asing dan pelarian di Kuala Lumpur, majoriti pelarian telah membentuk komuniti masing-masing mengikut rangkaian sosial dan tempat kerja mereka. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Cheras, Ampang dan Selayang[4].

Di peringkat kebangsaan, jika ketiadaan kem pelarian, mereka akan dibahagikan ke bandar-bandar dan diberikan tempat perlindungan sementara di sekitar tapak pembinaan, pangsapuri kos rendah dan unit perumahan di seluruh negara[5].

Source: Al Jazeera

Saiz purata pangsapuri kos rendah di Malaysia berada dalam anggaran 600 hingga 750 kaki persegi termasuk satu bilik air dan dua bilik tidur. Rumah bersaiz ini dapat memuatkan 3 ahli keluarga tetapi situasi ini amat berbeza dengan komuniti pelarian.

Orang pelarian yang tinggal di Kuala Lumpur sering berkongsi dengan keluarga pelarian yang lain. Kadang-kadang sehingga tiga buah keluarga akan berkongsi satu tempat tinggal kerana kos yang tinggi, masalah keselamatan, dan kepentingan komuniti[4]. Seorang pelarian Rohingya bercerita tentang kepuasan tinggal bersama.

Kami ada sebuah komuniti disini. Ia lebih baik daripada tinggal berasingan kerana kami rasa lebih selesa, senang, dan selamat sesama komuniti sendiri. Kami boleh duduk bersama-sama, dan ia membuatkan kami rasa gembira dan mengingatkan kami kepada negara asal kami.[4]

Source: Al Jazeera

Kehidupan berkomuniti dilihat sebagai suatu keperluan bagi golongan pelarian kerana mereka mempunyai ‘kampung’ sendiri, menjaga antara satu sama lain dan membentuk ‘keluarga’ baru di sebuah negara asing. Terdapat seorang pelarian etnik Chin yang sedang tinggal bersama 50 orang di Kuala Lumpur. Beliau rasa lebih gemar tinggal bersama orang lain walaupun dalam keadaan sempit dan tidak selesa.

Kita tidak boleh tinggal secara berasingan; tiada siapa boleh tinggal bersendirian. Apabila kami tinggal bersama, kami akan berkongsi duit, makanan, dan saling tolong-menolong. Ibarat sebuah ‘perkampungan’ dimana kita masak secara beramai-ramai dan bantu-membantu. Siapa yang dapat mencari pendapatan boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan.[6]

Walau bagaimanapun, terdapat juga had-had tertentu. Bukan semua orang suka tinggal beramai-ramai. Contohnya, seorang pelarian beretnik Chin memberitahu bahawa kadangkala dia tidak dapat menahan tinggal bersama 30 orang dalam keadaan yang tidak selesa dan sempit, tetapi dia tiada pilihan lain.

Bukan senang untuk tinggal dengan ramai orang dalam satu tempat. Walaupun begitu, saya masih hidup, keluarga saya pun masih hidup. Kami miskin disini tapi kami selamat. Tempat tinggal kami sangat sempit sehingga saya terpaksa jadikan balkoni sebagai satu bilik baharu agar boleh memuatkan semua penghuni.[6]

Rintangan Ruang Yang Sempit

Terdapat banyak masalah yang datang apabila tinggal di dalam ruang yang sempit. Antaranya adalah masalah kesihatan psikologi dan fizikal. Sebuah kajian yang dijalankan di UK telah menunjukkan bahawa 71% daripada responden sangat bersetuju bahawa hidup dalam kesesakan boleh membawa kepada masalah kesihatan kepada ahli keluarga. Tambahan pula, penyakit kemurungan, stress, dan kegelisahan juga boleh didapati di kalangan ahli keluarga dalam satu rumah disebabkan ruangan yang sempit[7].

Source: Maurico Lima | New York Times

Keadaan pangsapuri berkos rendah juga menjadi satu isu yang membimbangkan. Walaupun golongan pelarian hanya mampu menyewa pangsapuri kerana harganya yang berpatutan, unit-unit rumah pangsapuri ini selalunya tidak menjaga kebersihan ataupun sering mengalami masalah gangguan elektrik. 

Mereka yang tinggal di tempat sebegini berkemungkinan besar menghadapi sindrom yang dikenali sebagai Sick Building Syndrome (SBS) dimana sesiapa yang tinggal di dalam bangunan tersebut akan rasa simptom-simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab. Faktor-faktor seperti sanitasi bangunan yang teruk, kehadiran makhluk perosak, dan pencahayaan yang teruk juga boleh menjadi punca sindrom ini.[8]

Source: Aliran

Keadaan-keadaan tersebut serta tempat tinggal yang sempit dan sesak juga membawa kepada penyebaran penyakit berjangkit. Hal ini merupakan satu kebimbangan, lebih-lebih lagi sewaktu pandemik.

Di samping itu, kesesakan tempat tinggal juga membawa kepada isu-isu lain seperti gangguan seksual dan keganasan fizikal dalam komuniti. Pelaku-pelaku jenayah tersebut tidak perlu risau kerana mangsa-mangsa mereka jarang melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kerana takut ditangkap dan ditahan oleh mereka[6].

Source: Tzu Chi Foundation

Konklusinya, warga pelarian juga sama seperti kita – manusia yang bernafas udara yang sama – cuma bezanya mereka telah meninggalkan segala untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Malaysia, walaupun hanya sekadar titik transit. Dengan semangat untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, mereka telah datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan dan tidak sepatutnya dihalang daripada menerima hak-hak seperti orang lain.

Carilah organisasi lokal yang menolong komuniti-komuniti ini dengan menggunakan Changemakers Map kami dan ketahui bagaimana anda boleh membantu meringankan beban komuniti pelarian yang tinggal di sekeliling anda.

Explore Our Sources:

  1. UNHCR. (2021). Figures at a Glance in Malaysia. Link.
  2. A. A. Jalil. (2019). The right to work can empower refugees in Malaysia. The Sun Daily. Link. 
  3. Santos, Emma Maria and Alkire, Sabina. (2011). Training Material For Producing National Human Development Reports. The Multidimensional Poverty Index (MPI). Oxford Poverty and Human Development Initiative (OPHI). Link.
  4. Mixed Migration Center (MMC). (2020). Urban Mixed Migration Kuala Lumpur Case Study. Link. 
  5. Shelterhome. (2004). Refugees and their children. Link.
  6. Nah, A. M. (2010). Refugees and Space in Urban Areas in Malaysia. ALNAP – Overseas Development Institute. Link. 
  7. L. Reynolds. (2005). Full House? How Overcrowded Housing Affects Families. Link. 
  8. P. Rimpau. (2016). What is Sick Building Syndrome? Kementerian Kesihatan Malaysia. Link. 

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aliesya Sofea.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?