Site logo

Rakyat Malaysia Yang Memberi Inspirasi Dengan Tidak Membenarkan Kekurangupayaan Mendefinisi Mereka

Dalam dunia di mana pendapat majoriti masyarakat dikuasai stigma sosial dan diskriminasi, sungguh sukar untuk mempercayai bahawa golongan yang berkelainan upaya boleh berkembang maju. Walaupun ada di kalangan masyarakat awam memikirkan bagaimana komuniti ini mampu mengatasi kekurangupayaan mereka, ada segelintir yang mengabaikan keberadaan mereka. Sebenarnya, kebanyakan daripada demografi ini menjalani kehidupan mereka di bawah radar, hanya kerana walaupun terdapat variasi diantara mereka, mereka adalah golongan minoriti.

Sebagai definisi, seseorang yang berkelainan upaya ialah orang yang mempunyai kekurangupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif di dalam masyarakat[1].

Walau bagaimanapun, ‘halangan’ ini jarang menjadi batasan kepada golongan ini. Pada realitinya, golongan OKU merupakan antara ahli masyarakat yang bermotivasi, berorientasikan matlamat serta bercita-cita tinggi. Kehidupan kita penuh dengan kesukaran namun kehidupan golongan ini lebih sukar. Dengan cabaran tambahan iaitu mengatasi stigma sosial masyarakat, pencapaian kejayaan dalam kehidupan sebagai seorang ahli OKU merupakan sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Di bawah ialah kisah empat rakyat Malaysia yang memberi inspirasi dari golongan OKU yang hidup dengan kekurangupayaan masing-masing.

#1: Zy Kher Lee: ‘Iron Boy’ Berumur 14 Tahun Yang Mencabar Erti Berkelainan Upaya

Saya amat suka berenang [walaupun] pada permulaannya saya takut air. Walaupun ia agak sukar pada permulaannya, saya jatuh cinta dengan sukan ini, saya mempelajari sukan ini dari bapa dan jurulatih saya.[2]

 Zy melakukan latihan renang di Kelab Sukan Pulau Pinang. — Gambar Bernama
Zy berenang di Penang Sports Club. Sumber: Utusan

Dliahirkan tanpa kaki kanan dan sebahagian lengan kanan yang hilang serta malformasi di kaki kiri dan sendi pinggul yang terkehel, sukan renang tentulah aktiviti terakhir yang akan dilakukan oleh pemuda ini . Namun begitu, Zy secara semulajadinya berenang seperti itik di dalam air.

Dengan sokongan berterusan daripada bapanya, Walter Lee, kebolehan Zy terus berkembang pesat. Sebagai seorang bapa yang mempunyai keyakinan penuh dalam potensi anaknya, Walter telah bertungkus-lumus membela nasib Zy agar dia tidak bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Walter telah mendapatkan bantuan daripada sekumpulan pakar prostetik dari negara Jerman untuk membantu Zy berdiri dan berjalan[3]. Bapa Zy juga yang membawanya ke kelas renangnya yang pertama. Dengan menghadiri kelas renang tiga kali seminggu di Kelab Sukan Penang, minat Zy terhadap sukan renang mulai mekar.

Usaha keras serta minatnya terhadap sukan ini terbayar di Para Circuit Swimming Tournament pada tahun 2017, di mana Zy berjaya merangkul satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa. Pada tahun lepas, Zy telah berlatih dengan giat sebanyak dua jam, enam kali seminggu agar layak untuk menyertai Sukan Paralimpik di Jepun.

Selain sukan renang, pasangan bapa dan anak ini mendahagakan pengembaraan. Pada umur 14 tahun, Zy telah berjaya mendaki Gunung KInabalu, Gunung Fuji di Jepun serta Tembok Besar China. Beliau juga memiliki lesen memandu!

Demi membantu banyak lagi kanak-kanak seperti Zy, Walter telah menubuhkan ‘Zy Movement Foundation’ untuk membantu kanak-kanak berkelainan upaya di Thailand dan Asia Tenggara. Pertubuhan ini bermatlamat untuk membantu 10 juta kanak-kanak di negara-negara ASEAN yang memiliki kekurangupayaan dari segi pergerakan dan membantu mereka untuk hidup lebih berdikari. Pertubuhan ini turut mengadakan beberapa acara setiap tahun bagi tujuan meningkatkan kesedaran terhadap kekurangupayaan ini dan membantu membina keyakinan diri kanak-kanak melalui penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal mereka[3].

Maklumat lebih lanjut tentang Zy Movement Foundation.

#2: Hemaruben: Pemuda Tanpa Penglihatan Yang Memiliki Wawasan

Sebagai seorang chef pastri yang berjaya di DoubleTree Hilton Hotel di Pulau Pinang, kita tidak akan menyangka bahawa Hemaruben cacat penglihatannya. Dilahirkan dengan kekurangan tersebut, Hemaruben telah menjalani pembedahan apabila dia berusia 6 bulan dengan harapan untuk memulihkan penglihatannya. Namun begitu, dia hanya dapat memulihkan penglihatannya di satu mata sahaja[4].

Kekurangupayaan tidak pernah menjadi satu halangan dalam usaha pemuda ini untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupannya. Selepas menjadi seorang chef pastri, Hemaruben terus cemerlang di dalam bidangnya. Sehingga pada suatu hari, dia terbangun dari tidur dalam kegelapan, Hemaruben menyedari bahawa dia telah kehilangan kebolehan untuk melihat. Walau bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa dan menjalani pembedahan mata. Dia kembali bekerja selepas mengambil cuti sakit selama enam bulan. Namun, pada masa yang sama, pandemik COVID-19 mulai menular dan Hemaruben kehilangan pekerjaannya[4].

Sedar bahawa proses mencari pekerjaan baru bukan sesuatu yang mudah disebabkan kekurangupayaannya serta pasaran pekerjaan yang mengecewakan, Hemaruben menyertai kelas membakar roti dan kek di St Nicholas Home Penang. Tidak lama kemudian, dia memulakan sebuah perniagaan roti dan kek dari rumahnya dengan pertolongan daripada rakan zaman kanak-kanaknya, Lim. [5]. Lim yakin terhadap etika kerja serta sikap berdikari rakannya, kerana Lim maklum baik dengan sifat rakannya sejak zaman persekolahan lagi.

Hemaruben membuat biskut. Source: Varnam

Kini, perniagaan Hemaruben mampu menjana pendapatan sebanyak RM1000 sebulan dan kadang kala lebih daripada jumlah itu semasa musim perayaan seperti Deepavali. Pada masa ini, dia berusaha keras agar dapat menjadi lebih daripada seorang usahawan. Dia juga bercita-cita untuk menjadi ‘role model’ serta seorang mentor kepada golongan buta dan berminat untuk berkongsi kemahirannya dalam membakar roti kepada orang sepertinya, dengan harapan mereka juga dapat menjana pendapatan.

Hubungi Hemaruben untuk menempah biskut bagi perayaan yang akan datang:

Hemaruben 010- 7871997

#3: Uncle Robert: Penjual Roti Yang Paling Disukai di Pulau Pinang

Mr Robert Cheah

Encik Robert Cheah (72 tahun), juga dikenali sebagai ‘Uncle Robert’ oleh pelanggan tetapnya, terkenal sebagai individu yang selalu memberi kembali kepada masyarakat walaupun memiliki kekurangupayaan selepas kehilangan sebahagian daripada kaki kirinya[6]. Sebelum ini, beliau menjual kupon letak kereta sebagai sumber rezeki. Namun begitu, pekerjaan Encik Robert telah berubah apabila Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) beralih ke sistem tempat letak kereta digital.

Selepas itu, beliau mula menjual karipap sebagai punca rezeki tetapi pekerjaan tersebut tidak menghasilkan pendapatan yang banyak. Akhirnya, beliau mengambil nasihat seorang ahli gereja dengan menubuhkan sebuah bakeri. Sejak itu, Encik Robert mula mendirikan gerainya di depan Kolej Sentral dengan bantuan daripada beberapa orang pengawal keselamatan yang menyediakan meja dan kerusi untuk gerainya. Tart telur, tart pandan kaya, roti seven-seed serta roti three-seed adalah antara jualan yang mendapat sambutan orang ramai. Jika terdapat lebihan, Encik Robert akan menghantar roti-roti tersebut kepada pelanggannya selepas merapikan gerainya pada penghujung hari.

Di halaman Facebook peribadi Encik Robert, beliau akan mengemas kini menu bakeri dan berkongsi faedah kesihatannya pada setiap hari. Tunjukkan sokongan anda dengan menghubungi beliau dua hari lebih awal bagi membuat tempahan di 013-4894808, atau lihat menu harian beliau di laman Facebooknya.

#4: Agatha Yu: Wanita Yang Bersungguh-sungguh Merealisasikan Impiannya

Disabled former Penang state badminton player goes 'bake' to basics
Agatha Yu

Agatha Yu ialah seorang individu yang berkebolehan dari semua aspek. Dia adalah bekas pemain badminton, penghibur jalanan atau ‘busker’ dan kini dia memiliki perniagaan bakeri dari rumah. Berumur 39 tahun dan berasal dari Pulau Pinang, suatu ketika dahulu, dia adalah pemain badminton negeri dan berlatih disamping Lee Chong Wei ketika berusia 15 tahun.

Malangnya, bencana menimpanya, ketika dia kehilangan kaki kirinya dalam kemalangan kereta. Kesannya, dia terpaksa meninggalkan impiannya untuk menjadi seorang pemain badminton profesional. Selepas mendengar bahawa rakannya cuba membunuh diri, Agatha merasa keinginan untuk keluar dari zon selesa nya dan menyertai ekspedisi untuk mendaki ke kem pangkalan Everest. Agatha ingin menjadii contoh kepada orang lain bahawa, walaupun seseorang telah kehilangan begitu banyak dalam kehidupannya, tetapi seseorang itu masih mampu menyumbang kepada dunia ini.

Pada tahun 2015, kehidupan memberi cabaran baru kepada Agatha – dia didiagnosis dengan ‘peripheral neuropathy’, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan kesakitan, kelemahan serta kekebasan di kakinya. Selepas peristiwa itu, dia meninggalkan jawatannya dalam sektor korporat untuk menjadi seorang ‘busker’, iaitu seorang yang bernyanyi atau bermain muzik di tempat awam sebagai sumber pendapatan. Selalunya, dia akan berada di perhentian bas berseberangan dari Berjaya Times Square, Sunway Giza dan Sunway Nexis. Namun, sumber pencariannya harus diketepikan untuk sementara waktu akibat Perintah Kawalan Pergerakan[7].


Agatha kemudian beralih ke minatnya di ruang dapur, di mana dia gemar membakar biskut. Pada tahun lepas, dia bersama sekumpulan ibu tunggal telah menubuhkan sebuah perniagaan bakeri dan mereka telah berjaya menjual 120 buah bekas biskut semasa perayaan Tahun Baru Cina[7]. Di samping membakar biskut, Agatha juga mempunyai ruang dalam hatinya bagi golongan yang kurang bernasib baik.

Dia juga bekerja sebagai sukarelawan di Pusat Penjagaan Warga Emas Tong Sim di Salak Selatan dan menggalakkan orang ramai untuk menghantar biskut buatannya ke pusat penjagaan warga emas dan rumah anak yatim. Sokong Agatha dan perniagaannya dengan menghubungi atau menghantar mesej Whatsapp kepadanya di 016-7729613. Dia melakukan penghantaran ke seluruh Lembah Klang.

This article was written by Rachel Tan and edited by the Wiki Impact team.

Explore Our Sources:

  1. Laws of Malaysia. (2008). Persons with Disabilities Act 2008. Link. 
  2. International Paralympic Committee. (n.d). Zy Kher Lee. Link. 
  3. The Straits Times. (2018). Thai court orders S$42,000 payout to Malaysian celebrity chef over child’s birth defects. Link. 
  4. M. V. Segaran. (2020). Hemaruben; Blind By Sight, Yet Awakened By Vision To Start ‘Ruben’s Pastry’. Varnam. Link. 
  5. K. K. Dewi. (2020). Making good use of his skills. The Star. Link. 
  6. T. Yeap. (2020). This Disabled Uncle Delivers Bread And Cakes Around Penang To Support Himself. Penang Foodie. Link.
  7.  Head Topics. (2021). Disabled former Penang state badminton player goes ‘bake’ to basics. Link. 

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?