Site logo

Persekitaran Orang Miskin Bandar Di Malaysia: Bahagian 2

urban poor in Kuala Lumpur

Baca Persekitaran Orang Miskin Bandar Di Malaysia: Bahagian I dan kenali maksud urbanisasi dan apakah impaknya terhadap kemiskinan.

Keadaan Rumah Miskin dan Akibatnya

Biasanya andaian pertama tentang bagaimana tempat tingal orang miskin di bandar adalah ianya kotor. Kenyataan ini tidak semestinya salah, tetapi adalah penting untuk kita ingat bahawa ini merangkumi orang miskin yang tinggal di jalanan, kawasan kumuh,dan projek perumahan ramai yang dianjurkan pihak kerajaan dan syarikat swasta. Keadaan ini tidak spesifik kepada yang tiada tempat tinggal, tetapi untuk semua keluarga yang tinggal dalam kemiskinan.

Kumpulan B40 boleh dibahagikan kepada B1 (pendapatan keluarga kurang RM2,500), B2 (RM2,501-RM3,169), B3 (RM3,170-RM3,969) and B4 (RM3,970-RM4,849). [Sumber: Department of Statistics Malaysia].

Sumber: Malay Mail | Credit: Choo Choy May

Oleh kerana harga perumahan terlalu mahal, kumpulan miskin di bandar terpaksa hidup dalam unit perumahan yang harga lebih berpatutan, tetapi mungkin mempunyai kesulitan dan risiko lain yang melibatkan kehidupan yang selamat dan sihat.

Perumahan yang kurang memuaskan didefinisikan sebagai keadaan yang sesak, sempit dan perumahan yang dibina dengan buruk yang kurang satu atau lebih kondisi-kondisi yang berikut[1]:

  1. Akses kepada sumber air yang selamat
  2. Akses kepada sanitasi yang selamat
  3. Kawasan hidup yang mencukupi
  4. Perumahan yang tahan lama
Sumber: Leaders Online

Malangnya, perumahan yang lebih murah biasanya sempit, tiada regulasi, sesak, berdekatan dengan pembetung, malah dibina di tempat berbahaya dalam segi geografi seperti di tepi sungai dan di tepi bukit. Kawasan-kawasan ini buruk kerana mendedahkan penghuni kepada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.[2].

Source: Cili Sos

Oleh kerana kebanyakkan perumahan ini berada di kawasan kotor atau dalam keadaan yang buruk, kesihatan penghuni juga diperbahayakan. Pembetung yang terbuka dan air yang tidak mengalir mendedahkan penghuni kepada sisa cecair yang tidak sihat.[2].

Source: The Star | Credit: Mustafa Ahmad

Penyakit berjangkit juga boleh dibawa oleh haiwan dan perosak, bukan sahaja jangkitan melalui manusia ke manusia. Penyakit-penyakit yang lazimnya dijumpa di kawasan bandar termasuk malaria, kolera, tuberkulosis, denggi dan lain-lain lagi.[2].

Pembinaan buruk pula boleh menyebabkan apa yang diketahui sebagai ‘sick building syndrome’.

Sick building syndrome’ dihuraikan sebagai kumpulan simptom yang tidak spesifik yang boleh melibatkan mata, kegatalan hidung atau tekak, masalah kulit, sakit kepala, loya, dan reaksi hyper-sensitif lain yang tidak dinyatakan.

World Health Centre (2002)

Hal ini disebabkan bahan pembinaan yang digunakan. Ventilasi yang kurang baik kerana reka bentuk yang teruk juga merupakan satu penyebab. Keadaan ini senang diketahui melalui kekurangan tingkap atau perigi angin, siling rendah, dan keadaan terlalu dekat dengan bangunan-bangunan yang berdekatan. Malangnya, ciri-ciri ini biasa dijumpai dalam perumahan murah di merata dunia.[2].

Sumber: Free Malaysia Today

Perumahan dengan sanitasi, sistem paip, dan pembinaan yang buruk menyebabkan penghuni untuk jatuh sakit kepada penyakit pernafasan, parasit usus, dan penyakit kardiovaskular[2]. Kesemua ini boleh menjangkit penghuni lain di kawasan perumahan yang sama.

Sumber: Malay Mail | Credit: Choo Choy May

Kebanyakan perumahan murah hanya mempunyai 2 bilik tidur dalam satu unit. Tetapi, kebanyakan keluarga Malaysia mempunyai 5 ahli dalam keluarga mereka. Mempunyai lebih daripada dua orang di dalam satu bilik dikira sesak dan terlalu ramai. Satu kajian telah mendapati keadaan ini sebagai indikator yang paling banyak digunakan apabila menghuraikan kondisi perumahan orang miskin di bandar. Kekurangan ruang juga menyebabkan beberapa isu mengenai keselesaan dan privasi[3].

Sumber: Malay Mail | Credit: Choo Choy May

Kajian telah mendapati bahawa kondisi perumahan dan keadaan sesak mempengaruhi pembangunan kanak-kanak secara langsung dalam segi pendidikan, kesihatan, perangai dan keselamatan.

Kondisi fizikal perumahan seperti kebersihan, perosak, masalah pemanasan dan penyejukan dan juga masalah sistem paip menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan, perasaan tidak berdaya, kesedihan dan kekecewaan emosi.

Source: Penang Monthly

Satu lagi kajian yang dijalankan sepanjang 7 tahun juga mendedahkan bahawa kesesakan dalam fasa kehidupan awal kanak-kanak boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kanser perut, masalah pernafasan, dan penyakit-penyakit berjangkit[3].

Kajian UNICEF yang dijalankan di Kuala Lumpur menjumpai bahawa di perumahan murah, 22% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mempunyai tumbesaran terbantut. Kajian ini juga menjumpai 15% kanak-kanak di kurang berat badan, manakala 23% mempunyai obesiti atau melebihi berat badan yang sepatutnya[4].

Sumber: Malay Mail | Credit: Choo Choy May

Kawasan persekitaran juga memainkan peranan untuk kehidupan yang sihat. Orang miskin di bandar lazimnya hidup di kawasan yang mempunyai ruang terhad dan tiada kawasan rekreasi.

Sumber: Markin Malaysia

Contohnya, taman permainan dan taman yang boleh dinikmati komuniti. Sebuah kajian mendapati bahawa ada peratusan tinggi wanita-wanita miskin di Semenanjung Malaysia tidak berpuas hati dengan kualiti perumahan mereka berbanding dengan wanita-wanita yang tinggal di kawasan luar bandar[3]. Hal ini boleh dikait rapat dengan kekurangan ruangan untuk mereka sekeluarga.

Bagaimana menyelesaikan masalah ini?

Rancangan yang paling ketara adalah untuk menyediakan polisi pembinaan yang lebih baik untuk mendorong kondisi perumahan yang lebih memuaskan. Tetapi, adalah diketahui juga bahawa keadaan hidup untuk orang miskin di bandar boleh dikaitkan dengan keadaan ekonomi dan urbanisasi. Selain menambahbaikkan keadaan sosio-ekonomi untuk orang miskin di bandar, masalah populasi berkurang di kawasan luar bandar dan urbanisasi mendadak di bandar hendaklah dibincang.

Source: New Straits Times

Apabila lebih banyak orang masuk bandar untuk mencari kerja, ini menyebabkan populasi kawasan luar bandar berkurang, dan turut menyebabkan kekurangan dalam tenaga kerja luar bandar. Hal ini menyebabkan penjejasan rantaian bekalan makanan secara tempatan dan antarabangsa akibat kekurangan tenaga kerja.

Peningkatan dalam populasi bandar bermaksud keperluan barangan dan servis turut meningkat, yang mendorong peningkatan harga sumber asas seperti makanan, barangan konsumer dan juga perumahan[1]; kesemuanya yang orang miskin terpaksa bergelut untuk mendapati.

Walaupun tiada solusi yang jelas dan terus terang untuk jangka masa yang pendek, sudah tentu lebih perhatian patut diberi kepada penambahbaikkan dan peningkatan kawasan luar bandar supaya boleh melambatkan migrasi pekerja, dan untuk melibatkan perancangan perbandaran yang lebih effisyen untuk meningkatkan taraf hidup orang miskin di bandar.

Rujukan:

  1. Herranz, A. (2019). Urban overcrowding and rural depopulation: Are there any solutions to these problems? Tomorrow City. Link.
  2. Kuddus, MA. et al. (2020). Urbanization: a problem for the rich and the poor?. Biomedcentral. Link.
  3. Zainal, NR. et al. (2012). Housing Conditions and Quality of Life of the Urban Poor in Malaysia. Sciencedirect. Link.
  4. UNICEF. (2018). Children Without: A study of urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?