Site logo

Adakah Rakyat Malaysia Mempunyai Wang Yang Cukup Untuk Bersara Dengan Selesa?

Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kebanyakan orang menantikan tahun keemasan mereka di mana kerja tidak lagi menjadi keutamaan dan mereka dapat menikmati simpanan persaraan masing-masing.

75% daripada tenaga buruh di Malaysia mampu berkata dengan yakin bahawa mereka akan bersara dengan selesa[1].

Mereka yang berkata demikian juga mengakui bahawa kehidupan selepas bersara mungkin tidak mewah tetapi mereka berpuas hati dengan apa yang dimiliki.

Sumber: World Bank

Namun, juga diakui bahawa 50% daripada pesara di Malaysia berasa kesal kerana tidak menyimpan wang lebih awal sebagai dana persaraan mereka. Sebenarnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menghadapi realiti persaraan dan betapa banyak wang yang diperlukan untuk bertahan dalam tahun keemasan mereka.

Umur persaraan di Malaysia ditetapkan pada usia 60 tahun. Sesetengah individu mempunyai kelebihan untuk bersara lebih awal, namun, selebihnya berharap untuk bekerja lebih lama. Statistik menunjukkan bahawa 45.2% rakyat Malaysia masih bekerja pada usia 55 – 64 tahun. Data juga menunjukkan bahawa lebih sedikit wanita yang masih bekerja dalam kelompok usia ini[2].

Bagaimanakah Umur Mempengaruhi Dana Persaraan Anda?

Kebanyakan orang bergantung kepada simpanan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah menjadi warga emas. Walau bagaimapun, bukanlah suatu kewajipan untuk menyimpan di bawah KWSP apabila anda tidak lagi bekerja, menyebabkan tahun simpanan semakin kurang.

Mereka yang lebih bijak dari segi kewangan biasanya mempunyai cara simpanan lain seperti pelaburan, insurans dan aset. Jika anda seorang pekerja biasa, KWSP merupakan cara yang paling mudah untuk menyimpan. Namun begitu, adalah mengejutkan untuk mengetahui bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai akaun KWSP.

Hanya 60.8% daripada tenaga buruh Malaysia menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang mana lebih rendah berbanding dengan kumpulan aspirasi negara berpendapatan tinggi[2].

Bank Dunia menggunakan data rasmi untuk mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa 39.2% tenaga buruh di Malaysia tidak didaftarkan di bawah dana persaraan sama ada di sektor swasta atau pencen kerajaan pada tahun 2019[3].

Keselamatan Pendapatan Persaraan Mungkin Kekal Menjadi Mimpi

Masih tiada jaminan bahawa seseorang akan hidup dengan selesa tanpa bimbang tentang kewangan walaupun dengan caruman KWSP. Dalam kajian yang sama oleh Bank Dunia, didapati bahawa kebanyakan warga emas hanya boleh mengeluarkan jumlah bulanan yang rendah dari akaun mereka. Salah satu sebabnya ialah kebanyakan mereka cenderung untuk mengeluarkan sejumlah besar simpanan mereka semasa berusia 50 – 55 tahun, meninggalkan baki akaun yang sedikit[3].

Sumber: World Bank

Pekerja yang mencapai usia minimum tidak membiarkan akaun mereka berkembang sebagai pelaburan bagi simpanan masa hadapan, sebaliknya mengosongkan akaun KWSP sebelum benar-benar bersara. KWSP juga telah mendedahkan bahawa lebih daripada dua pertiga pencarum KWSP mengeluarkan keseluruhan simpanan mereka ketika berusia 55 tahun[4].

Hampir 75% daripada ahli KWSP mempunyai baki akaun di bawah RM250,000 pada usia 54 tahun. Simulasi menunjukkan bahawa amaun ini akan ditukarkan kepada pendapatan bulanan kurang daripada RM1,050[2].

Ramai mengimpikan untuk menikmati tahun keemasan mereka tanpa menghiraukan hakikat bahawa simpanan mereka jauh lebih rendah daripada apa yang dibayangkan. Kecenderungan untuk mengeluarkan dana lebih awal hanya memburukkan keadaan dan seterusnya mengurangkan dana mereka pada masa akan datang.

Pekerja Berpendapatan Rendah, Wanita dan Dana Persaraan

Summer: World Bank

Isu ini lebih ketara bagi golongan wanita dan isi rumah berpendapatan rendah. Kedua-dua kumpulan ini untuk mempunyai simpanan KWSP yang lebih rendah disebabkan sumbangan bulanan yang sedikit hasil daripada upah yang lebih rendah. Hal ini juga disebabkan, sumbangan bulanan yang tidak konsisten akibat bekerja secara kontrak atau sambilan[3].

Pada tahun 2019, perbezaan jumlah tenaga buruh lelaki dan wanita di Malaysia adalah sangat ketara dengan masing-masing mempunyai peratusan 80.8% dan 55.5%[3].

Jurang pekerjaan antara lelaki dan wanita adalah yang terbesar pada usia 50 hingga 60 tahun. Hanya 17.9% wanita yang direkodkan masih bekerja pada julat usia ini sedangkan lelaki merekodkan 59.7%[2].

Summer: The Edge Markets

Apabila membincangkan isu persaraan, jantina memainkan peranan utama. Wanita membentuk sebahagian besar kumpulan pekerja yang bekerja sendiri atau suri rumah yang tidak dibayar, menyebabkan mereka kurang mendapat perlindungan insurans sosial.

Pada usia 54 tahun, wanita secara purata mempunyai baki KWSP sebanyak RM177,000 berbanding RM233,000 bagi lelaki[2].

Berapa Banyak Yang Diperlukan Untuk Bersara Dengan Selesa?

Perkara ini sebenarnya bergantung kepada diri sendiri kerana terdapat gaya hidup yang berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa, seringkali kita memandang rendah kepada jumlah duit simpanan yang diperlukan untuk hidup dengan selesa apabila mencapai tahun keemasan.

Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah jangka hayat, keadaan kesihatan, komitmen kewangan, keadaan tempat tinggal, kadar inflasi dan sama ada kita mempunyai simpanan atau pelaburan lain.

Terdapat pelbagai cara untuk bersedia menghadapi persaraan tetapi simpanan perlu dilakukan bermula hari ini. KWSP merupakan cara yang paling selamat dan terjamin agar anda dapat memulakan simpanan dengan sejumlah wang dan kemudiannya mempertimbangkan pilihan simpanan lain, walaupun dengan jumlah yang kecil setiap bulan.

Kalkulator Perancangan Persaraan dan Skim Persaraan Swasta wajar dicuba untuk melihat sejauh mana anda perlu menyimpan bermula hari ini.

Nota: Wiki Impact tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana skim persaraan yang disebutkan.

Explore Our Sources:

  1. Mazlan, Mazlena.(2015). Time to be mindful of old-age poverty. New Strait Times. Link.
  2. World Bank. (2020). A Silver Lining: Productive and Inclusive Aging for Malaysia. Link.
  3. Lim, Ida. (2020). Malaysia’s ageing population challenge: World Bank moots RM350 monthly govt-funded ‘social pension’ for B40 elderly as a start. Malay Mail. Link.
  4. Bhattacharjee, Rash Behari. (2020). Politics and Policy: Old and out of money. The Edge Markets. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?