Masyarakat Orang Asli di Malaysia merupakan antara 178,197 orang daripada populasi kita. Sebagai kumpulan orang yang pertama di tanah ini, mereka sepatutnya lebih progresif, kalau tidak, sama tahap ekonomi dengan masyarakat Malaysia yang lain. Tetapi pada tahun 2000 mereka dikenalpasti sebagai populasi terkecam dengan 83% daripada populasi mereka yang masih hidup dalam kemiskinan.[2].
Kebanyakan populasi Orang Asli masih merupakan pemburu dan pengumpul bahan makanan. Kehidupan dan pendapatan mereka amat berhubung dengan alam semulajadi dan tanah air.
Source: Visit Terengganu
Pergelutan untuk hidup sangat ketara untuk masyarakat ini, terutamanya pada waktu pandemik. Banyak daripada mereka telah kehilangan kerja dan dalam beberapa bulan ini, keluarga-keluarga mereka menghadapi kesusahan mencari sumber makanan yang tetap.
Menurut ‘Center for Orang Asli Concern’ (COAC), program pertolongan makanan dari kerajaan dan pakej rangsangan wang belum diimplimentasikan dengan sepenuhnya,dan komuniti-komuniti mereka terdesak untuk mendapatkan bantuan.
Source: COAC
Banyak komuniti Orang Asli dalam situasi terdesak dalam segi makanan pada akhir MCO yang pertama. Penyelaras tempatan diberi duit untuk membeli barangan yang diperlukan oleh komuniti dan untuk mengambil tanggungjawab atas mereka – Kempen TACAO
Kemurahan Hati Semasa Pandemik
‘Covid-19 Orang Asli Fund’ (TaC-OA) merupakan dana bantuan yang diketuai COAC,Raleigh International (KL) dan Impian Malaysia. Kerjasama mereka berjaya mengumpul sebanyak RM 353,730 dan duit ini digunakan dengan segera untuk membeli makanan serta keperluan lain.[5].
Source: COAC
Dalam fasa pertama program ini, mereka dapat memberi bantuan makanan kepada 29,874 Orang Asli dan sejak itu telah bergerak ke fasa kedua di mana mereka berharap untuk meluas kepada 12 lebih komuniti yang memerlukan bantuan makanan.
Disebabkan publisiti meluas kempen ini di kalangan komuniti Orang Asli, kami masih menerima permintaan untuk bantuan makanan yang tidak pernah terhenti-henti. Oleh itu, kami akan tetap menerima dermaan daripada sesiapa yang masih ingin menolong. Dan kami akan terus menyebarkan seluruh jumlah yang diderma dalam bentuk bantuan makanan kepada komuniti-komuniti yang masih belum berjaya mendapat bantuan daripada sumber lain – Kempen TACAO
Mencari Suara dan Mendorong Komuniti Orang Asli
Bagi memastikan suara mereka dapat disampaikan, beberapa organisasi telah mengambil inisiatif untuk menyebarkan cerita-cerita kesusahan dan kejayaan Orang Asli. Sebagai sebuah masyarakat, kita semua boleh membuat lebih baik untuk menekankan dan menghargai kumpulan orang yang pertama tanah ini.
Senarai organisasi di bawah juga aktif dalam menolong komuniti Orang Asli dalam bidang pendidikan, pembinaan rumah dan keperluan asas. Hubungilah mereka dan menyumbang masa, sumber dan kemahiran anda.
Rujukan:
- Husin, KA. (2018). Demografi Orang Asli. Kementeriaan Pembangunan Luar Bandar. Link.
- Abdullah, MF. et al. (2019). Multidimensional Poverty Index of Marginalized Orang Asli in Terengganu, Malaysia. Pertanika Journals. Link.
- Ramli, MW. (2020). Keadaan ekonomi komuniti orang asli Semoq Beri di Kampung Sungai Berua, Terengganu. Research Gate. Link.
- Kaos, J. Zainal, F. (2020) National Poverty Line Revised. The Star. Link.
- Metro News. (2020). Covid-19 fund for Orang Asli successfully disbursed. The Star. Link.
- Center for Orang Asli Concerns (COAC). (2020). The TaC-OA Campaign Is Moving Into A New Phase. Facebook. Link.